Rabu, 4 Mac 2009

Penjelasan mengenai "Sajak Air Mata Palestin"

Berikut adalah email saya kepada wartawan Berita Harian dan Pegawai Perancang Bahasa DBP :
Assalamualaikum.

Saya ingin memohon penjelasan mengenai berita di atas yang disiarkan di dalam Berita Harian bertarikh 26 Februari 2009, Khamis(hari ini).

Ia merujuk kepada sajak Air Mata Palestin yang dideklamasikan oleh Pegawai Perancang Bahasa DBP-En Azman al-Khurowi. Ia sebenarnya merupakan sajak nukilan saya yang telah dihantar ke email ruangan surat pembaca Berita Harian pada hari Khamis 15 Januari 2009, dan disiarkan di ruangan surat pembaca Beita Harian pada hari Jumaat 16 Januari 2009.

Saya ingin memastikan samada beliau menyatakan ataupun tidak, saya sebagai penulis sebenar sajak di atas. Saya bersangka baik beliau akan menyatakan, namun begitu jika sebaliknya, saya berasa sedih, kerana sebagai Pegawai di DBP seharusnya memahami akta dan undang-undang berkaitan dengan hakcipta.

Semoga isu tersebut dapat dijelaskan. Di sini saya sertakan nukilan penuh sajak bertajuk "Air Mata Palestin" yang dikarang oleh saya. Sekian, terima kasih.


Air Mata Palestin (Nukilan sajakku khas buat umat Islam Palestin)


Sudah kering air mata Palestin
Menangisi para syuhada yang gugur di medan jihad
Bertempur dengan Israel Laknatullah


Sudah kering air mata Palestin
Melihat bantuan tidak kunjung tiba
Saudara seIslam di Timur Tengah hanya diam seribu bahasa


Sudah kering air mata Palestin
Melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa, wanita dan pemuda gugur satu persatu
Di saat para pejuang Hamas sedang bertempur
Hanya doa qunut nazilah menjadi bekalan pengharapan
Umat Islam seluruh dunia tulus mengadu kepada Allah
Agar diberi bantuan dari langit dan segala tenteraNya


Sudah kering air mata Palestin
Sayu melihat darah menjadi murah
Nyawa seakan tidak berharga lagi
Hanya menunggu saat kematian
Di penjara terbesar dunia
Sempadan Gaza yang terpinggir dari bantuan dunia
Akibat kekejaman Israel durjana


Sudah kering air mata Palestin
Meratapi kematian sanak saudara
Hanya membilang hari
Bilakah diriku akan dijemput Allah
Dalam episod kezaliman Israel dan Amerika yang tidak berkesudahan

Berikut pula adalah jawapan mereka :

1) Askum...

saya mohon maaf atas perkara tersebut.
Saya tidak diberitahu bahawa puisi berkenaan kepunyaan encik, namun saya berasa bersalah dan bertanggungjawab sepenuhnya kerana saya yang seharusnya bertanya kepada beliau mengenai hak cipta puisi itu.


Sekali lagi saya memohon maaf kerana tidak memberi 'kredit' kepada encik atas kecuaian saya . Bagaimanapun seperti yang dinyatakan saya tidak meletakkan sajak itu kepunyaan sesiapa malah hanya menyatakan beliau membaca sajak berkenaan.

Sekali lagi, saya memohon maaf.

Sekian, Terima Kasih.

rashiqah@bharian.com.my

2) Assalamualaikum,

Saudara,

Saya, Haji Azman bin Haji Ahmad, Pegawai Perancang Bahasa DBP, menafikan membaca sajak saudara seperti yang disiarkan dalam Beita Harian bertarikh 26 Februari 2009, Khamis. Saya amat yakin editor Berita Harian terkhilaf memuatkan sajak sebenar saya yang bertajuk ‘Prolog Nakbah Palestin’. Saudara boleh merujuk catatan lebih awal saya di http//:ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com.

Saudara jangan bersedih,
Kami sebagai Pegawai Perancang Dewan Bahasa dan Pustaka sangat memahami akta dan undang-undang berkaitan dengan hakcipta seperti sangkaan baik saudara. Terima kasih.

Haji Azman Haji Ahmad,
Pegawai Perancang Bahasa,
Pejabat Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
0321481221

Sebagai kesimpulan, saya meyakini bahawa wartawan Berita Harian tersebut telah tersalah memasukkan sajak yang dibaca oleh Haji Azman dari DBP. Dan permohonan maaf itu juga saya terima dan sepatutnya beliau juga memohon maaf kepada Haji Azman dari DBP, yang akhirnya mengundang kekeliruan ini. Sebagai seorang Muslim, saya sentiasa bersangka baik bahawa pegawai DBP memahami akta dan undang-undang berkaitan hakcipta. Di atas segala penjelasan ini, saya menganggap isu ini selesai.

4 Mac 2009, 7 Rabiul Awwal 1430 Hijrah,

8.30 pagi, Malaysia Timur



6 ulasan:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Assalamualaikum, Saudara Iskandar.

Terima kasihlah. Saudara Rashiqah juga sudah memohon maaf. Sayapun tidak ada masalah apa-apa, al-maklum, saya hanya penulis kecilan yang sedang merangkak-rangkak belajar menulis. Ada hikmahnya, moga hikmah tersebut baik untuk kita bersama.

al-Kurauwi
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

Syukran atas ziarah Tuan Haji Azman @ al-Kurauwi. Saya sokong bahawa setiap yg berlaku ada hikmahnya. Moga ukhuwwah yg baru terbina terus dijalin-iskandar

Tanpa Nama berkata...

asslamualaikum..semua yg berlaku ada hikmahnya.kita jgn terlalu cepat berkecil hati malah sebagai bangsa Melayu dan umat Islam, kita patut saling bermaaf-maafan. Tiada orang yang tak pernah melakukan kesilapan. Tahniah kepada Haji Azman kerana bersikap profesional dalam hal ini. Sikap ini wajar dicontohi karyawan lain.

Tanpa Nama berkata...

Cara haji azman tangani hal ini sangat berhemah. Sikapnya yang tidak membesar2kan hal ini, membuatkan saya percaya masih ada di kalangan orang bahasa dan budaya yang sangat bermurah hati kerana sanggup memaafkan kesilapan orang lain. salam perkenalan. (peminat puisi ibnu al-khurawi)

iskandar zulkarnain berkata...

Terima kasih tanpa nama dan peminat puisi al-khurawi. Saya juga tiada masalah selagi isu tersebut dijelaskan dengan sebaiknya. Sebagaimana yang saya tekankan di akhir surat saya kepada beliau, saya bersangka baik dengan beliau. Apapun alhamdulillah isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan semua pihak berlapang dada Itu juga akhlak Islam yang dituntut.

Tanpa Nama berkata...

sy mengenali al-khurawi dan rashikah tapi masih belum mengenali siapa itu iskandar. Hanya bila isu ini tertimbul, sy tahu iskandar juga pengkarya puisi yang hebat. semoga ikatan ukhwah akan lebih teguh. jgn bertelagah dan mudah kecil hati kerana kesilapan kecil.

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude