Jumaat, 6 Mac 2009

Kasih ibu membawa ke syurga

1) Terharu saya pagi ini, apabila didatangi oleh seorang ibu yang mengadu perihal masalah akhlak anaknya. Beliau memberitahu, bahawa anaknya baru dirotan oleh pihak sekolah kerana didapati bersalah merokok. Baru di Tingkatan 3, beliau sangat risau dengan gelagat anaknya yang mungkin terpengaruh dengan rakan di sekolah.
2) Lantas, beliau bertanya jika ada kursus yang boleh diikuti oleh anaknya, agar dengan itu dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada anaknya. Saya berkata tiada masalah dan kebetulan ada satu program minggu depan, yang melibatkan pelajar sebuah sekolah menengah di Bahagian Samarahan akan dibuat. Justeru, saya syorkan agar beliau menghantar anaknya ke kursus tersebut.
3) Beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu. Beliau menyatakan bahawa beliau sentiasa berdoa agar anaknya berubah, tetapi dengan doa sahaja mungkin tidak cukup kalau tidak disertai dengan usaha. Beliau cuba mencari ruang kem motivasi di Semenanjung, tetapi juga telah penuh penyertaan. Justeru, tidak hairan apabila beliau yang kini sedang menyiapkan PhD, tidak putus-putus menyatakan rasa syukur kerana ada ruang untuk anaknya dikursuskan.
4) Saya menyatakan pujian kepada beliau inilah contoh ibu bapa yang prihatin apabila anak-anaknya bermasalah(seperti merokok, ponteng sekolah, membuli pelajar dan lain-lain). Dan saya dapat melihat betapa keikhlasan terpancar di wajahnya, dan rasa gembira yang amat sangat, bila mengetahui anaknya boleh mengikuti kursus yang kami tawarkan. Di dalam hati, saya berdoa agar beliau dikurniakan anak-anak yang soleh solehah. Sekiranya anaknya mengetahui, betapa ibunya sanggup berusaha mendapatkan yang terbaik, demi anak yang disayangi, sudah tentu anaknya akan menghargainya, itupun kalau dia sedar begitu mendalam kasihnya ibunya kepada dirinya! Benarlah ungkapan "Kasih ibu membawa ke syurga".
p/s: Kini kejadian membuli pelajar semakin menjadi-jadi. Ibu bapa, guru dan masyarakat perlu membimbing mereka ini dengan kembali kepada asas agama. Ibu bapa jangan membela anak yang bersalah. Guru, jangan hanya menghabiskan silibus semata-mata, tanpa menghiraukan gelagat dan tingkah laku anak muridnya. Masyarakat pula perlu berusaha membentuk suasana yang penuh kasih sayang, dalam memberi contoh teladan kepada mereka.
6 Mac 2009, 9 Rabiul Awwal 1430 Hijrah,
11.15 pagi, Malaysia Timur.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude