
1) Salam buat semua. Melihat kepada ucapan perasmian perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri oleh Timbalan Presidennya-Najib, membuatkan kita merenung panjang.
2) Alhamdulillah ada ayat-ayat al-Quran disertakan dan kalimah Arab digunakan seperti muhasabah, mazmumah, mahmudah, saf dan sebagainya. Namun, hendaklah dibuktikan penghayatan Islam itu dalam bentuk praktikal.
3) Kenyataan beri duit rebah, tak beri duit kalah-membenarkan persepsi dan realiti yang berlaku dalam UMNO kini, bahawa rasuah telah berakar umbi dan sukar dibanteras.
4) Mendokong PPSMI, ternyata menidakkan kehendak rakyat teramai yang menolak dasar ini. Mungkin PRU ke-13, UMNO akan dihukum sekali lagi, dan Najib bakal PM terakhir dari UMNO dan BN.
5) Ucapan oleh Rafidah, Hishamuddin dan Noraini, sesungguhnya banyak menyalahkan Pakatan Rakyat, di atas segala ketidakstabilan politik yang berlaku kini. Tidak dinafikan Pakatan Rakyat juga tidak sempurna, namun telah dilihat alternatif kepada UMNO dan BN.3 pilihanraya kecil di 2 bukit dan 1 batang, akan menjadi kayu pengukur, adakah UMNO dan BN masih relevan.
6) Tema Berani Berubah nampak hebat dan gagah seperti dicadangkan Najib. Namun dengan imej yang dipertikai ramai, memungkinkan UMNO susah berubah dalam jangka masa yang singkat. Kini, sebagai parti yang dilihat elitis, menafikan hak demokrasi pembangkang dan menguasai segala media massa,UMNO dilihat sukar untuk membendung kemaraan generasi netizen(golongan muda celik internet) yang menjadikan blog dan media aternatif sebagai sumber maklumat utama mereka. Seperti kata MB Kelantan, jika Harakah dan Keadilan digantung, kita gantung (pulau) akhbar mereka (Utusan dan Berita). Dan kena ingat, kami ada golongan bloggers yang teguh mendokong perjuangan kami.
7) Dengan Shahrizat menang sebagai Ketua Wanita UMNO, Rosnah dikhabarkan sebagai Ketua Puteri dan antara Khairy dan Mukhriz sebagai Ketua Pemuda, tidak banyak harapan yang boleh diletakkan. Jika UMNO ikhlas untuk berubah, jadikan Islam sebagai landasan utama perubahan dan bukan hanya kosmetik dan sampingan semata-mata.Jika tidak, UMNO bakal rebah dan dikuburkan sebagaimana ingatan Najib di akhir ucapan beliau.
25 Mac 09, 27 Rabi'ul Awwal 1430 Hijrah,
10.45 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan