Isnin, 9 Mac 2009

Salam Maulidur Rasul 1430 Hijrah



1) Salam Maulidur Rasul 1430 Hijrah dari saya. Di sini saya berkongsi, beberapa isi penting dari ceramah yang saya sampaikan berkaitan kelahiran Nabi SAW yang dipetik dari al-Qur'an, al-Hadith, kitab Fiqh Sirah (Dr Sa'id Ramadan al-Buti), buku 100 Most Influential Person in History (Micheal H. Hart).

“ Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu.(al-Ahzab ; 21)

“ Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk alam sejagat”.(al-Anbiya’ ; 107)

“ Dan sesunggunya, kamu(Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung”.(al-Qalam ; 4)

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”

(Hadith riwayat Imam Muslim)

“ Siapakah saya ini? Para sahabat menjawab “Engkau utusan Allah”. Ujar Baginda lagi “ Saya Muhammad anak Abdullah anak Abdul Mutalib. Sesungguhnya Allah telah jadikan saya dalam golongan paling baik, qabilah yang paling baik, berada dalam rumah yang paling baik dan orang yang paling baik. (Hadith riwayat Tirmizi)

Michael Hart di dalam bukunya “ The 100 Most Influential Persons in History” menyatakan :

“ Pilihan saya terhadap Muhammad untuk mendahului senarai nama orang-orang yang paling berpengaruh mungkin akan memeranjatkan sebahagian pembaca. Tetapi hanya dialah satu-satunya manusia dalam sejarah yang amat berjaya dalam kedua-dua peringkat agama dan keduniaan. Jadi ini telah melayakkan Muhammad dipertimbangkan sebagai satu-satunya individu yang paling berpengaruh dalam sejarah umat manusia”

Kenapa bumi Makkah dipilih sebagai tapak dakwah Islam?

Geografinya yang kering kontang, tandus dan dipenuhi dengan padang pasir yg luas bayangkan kesukaran dakwah yang akan dihadapi Nabi SAW

2 perkara sangat penting untuk bangsa Arab:

a) Pokok Kurma-multipurpose

b) Unta – Kapal Gurun

Kenapa bangsa Arab dipilih ?

Bangsa Arab dalam jahiliyyah. Mereka bukan tidak berilmu tapi tidak kenal Pencipta – Allah SWT

Antara sifat buruk mereka:

Kasar, berpuak-puak, minum arak, tindas wanita, sembah berhala, berbunuhan

Antara sifat baik mereka:

Tepati janji dan muliakan tetamu

Jadi Nabi SAW lahir dari bangsa yang masih ada nilai baik yang boleh dikembangkan dan aqidah yang boleh dibetulkan.

“Aku lahir dari keturunan 2 orang yg hampir disembelih”. Mereka ialah:

I) Nabi Ismail yang hendak disembelih oleh Nabi Ibrahim atas perintah Allah

II) Abdullah-bapa Nabi SAW sendiri kerana datuknya Abdul Mutalib pernah bernazar, jika dapat 10 orang anak lelaki, seorang darinya akan disembelih.

Nabi SAW lahir pada 12 Rabi’ul Awal, 571 Masihi, Tahun Gajah.

Ibu Nabi, 3 bulan pertama apabila mengandung, tidak rasa seperti mengandung

Nabi SAW lahir dalam keadaan:

Tidak menangis, bercelak matanya, telah berkhatan, tali pusat sedia terpotong, api sembahan Majusi padam, takhta Rom dan Parsi bergegar, Makkah disinari suatu cahaya terang- ITULAH KELEBIHAN NABI SAW

Nabi anak yatim bila lahir. Yatim piatu bila umur 6 tahun.(Nabi sangat sayang anak yatim)

Datuk meninggal waktu Nabi umur 8 tahun dan selepas itu dibela oleh Abu Talib;bapa saudara Nabi SAW

Allah jaga dan didik Nabi SAW. Buktinya:

Dada Nabi pernah dibelah

Sewaktu Nabi SAW melihat konsert di zamannya

Sewaktu Nabi SAW nak mengangkat jubahnya hinggat atas paha, lalu Nabi SAW tersungkur

Kesimpulan apabila menyambut Maulid Nabi SAW :

1) Banyakkan menyebut nama Nabi SAW – Berselawat, marhaban dan berzanji

2) Contohi akhlaq Nabi SAW. Di antaranya:

Sabar bila dihina, dikeji

Bantu orang yang susah

Doakan kebaikan utk umatnya

3) Pelihara pusaka Nabi SAW ( al-Qur’an dan al-Sunnah)


Lagu Hijjaz (Dia Kekasih Allah)

Malu rasanya mengatakan cinta kepada dia kekasih Allah

Kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa

Kupujuk jua hati dan jiwa meluahkan rasa cinta membara

Di dalam pujian ucapan selawat tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya kuturuti ajarannya, apa terdaya kuamalkan sunnahnya, moga di dunia mendapat berkat, di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona, kerna budinya aku jatuh cinta, rinduku padanya tiada terkata, nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang kudambakan adalah cinta Allah Yang Esa, kerana cinta kepada Rasulullah bererti cinta kepada Allah


9 Mac 2008, 12 Rabi'ul Awwal 1430 Hijrah,

11.18 pagi, Malaysia Timur


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maklumat yg baik. Thanks for sharring.

View Profile: Rantong™

Tanpa Nama berkata...

Sama-sama. Moga ada manfaat bersama

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude