
1) Tahniah diucapkan kepada beliau, yang dipilih menjadi calon PAS di Parlimen Bukit Gantang. Walaupun masih bergelut dengan isu jawatan Menteri Besar, yang dirampas secara tidak sah oleh UMNO dan BN, beliau telah diputuskan oleh PAS untuk bertanding. Mungkin kerana sentimen rakyat Perak yang masih membuak dengan tragedi demokrasi yang dicabul, maka inilah peluang untuk rakyat untuk menunjukkan keputusan mereka.
2) Namun begitu, saya teringat kata-kata Mursyidul Am PAS, agar dipilih calon lain kerana Nizar masih MB Perak yang sah, dan perlu menumpukan perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri.
3) Apapun kita berharap, ini adalah keputusan bersama dan dipersetujui oleh Majlis Syura Ulamak PAS, dan tidak timbul lagi soal cakap belakang di kemudian hari.
4) Melihat kepada senario semasa, dengan UMNO akan melaksanakan Perhimpunan Agungnya bermula hari ini, PKR mengumumkan bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama 5 penggal ; Jawah Gerang, akhbar Suara Keadilan dan Harakah digantung permit 3 bulan, menampakkan politik tetap menjadi keutamaan dalam masa yang terdekat, di samping soal penafian hak demokrasi yang adil masih berlaku.
5) Apapun pertarungan di 2 bukit dan 1 batang, akan menguji adakah Pakatan Rakyat mampu mengekalkan penguasaan di 2 bukit dan menawan 1 batang? Ataupun nanti, UMNO dan BN mendapat semangat baru setelah PAU 09, dan merampas 2 bukit serta mengekalkan 1 batang? Walau bagaimanapun, menjelang PAU 09 yang bermula hari ini, saya merasakan mungkin akan berlaku sesuatu peristiwa besar dan tidak dijangka. Wallahu a'lam.
24 Mac 09, 26 Rabi'ul Awwal 1430 Hijrah,
9.39 pagi, Malaysia Timur
2 ulasan:
Adat pertarungan ada yang menang ada yang kalah. Selain dari matlamat untuk menang, matlamat utama mukmin ialah keredhaan Allah. Tidak semua menang mendapat keredhaan Allah seperti mana tidak semua yang kalah juga mendapat keredhaan Allah. Jika keredhaan Allah menjadi tunjang, yang menang tidak akan sombong dan yang kalah tidak akan kecewa. Semua sama, yang lebihnya yang menang ada tanggung jawab yang lebih di hadapanNya
Ana setuju abang Mat. Sebab itu, perjuangan utama YB ialah membela kebajikan rakyat. Menjadi Yang Berkhidmat dan bukan Yang Berhormat yang mahu dihormati sepanjang masa.
Ikhlas, redha Allah dan menegakkan Islam dalam diri keluarga dan masyarakat-pra syarat mendapat bantuan Allah
Catat Ulasan