
1) Siapa sangka, dalam keadaan Mukhriz mendapat pencalonan paling banyak, beliau akhirnya tewas tersungkur di tangan Khairy.
2) Siapa sangka, dalam keadaan Tun Mahahtir amat benci kepada Pak Lah yang dipengaruhi Khairy, akhirnya Khairy diangkat sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru.
3) Dan seperti sangkaan ramai dan penyokong Mukhriz, apabila Khairy menang, maka mereka meneriakkan Khairy telah merasuah perwakilan.
4) Dan mungkin tidak ramai menyangka, adanya konspirasi dan pakatan antara Pak Lah dan Najib, walaupun tidak lagi menjadi PM, pastikan Khairy mendapat tempat dalam Kabinet dan dipilih sebagai Ketua Pemuda yang baru.
5) Dan sangkaan ramai serta persespi semasa, Najib mungkin berdepan dengan konflik dengan Pemuda, apabila Khairy menjadi ketuanya. Ini kerana, anak kesayangan mentornya; Mukhriz tewas mengejut.
6) Dan tidak mustahil, malam ini, Muhammad Taib akan mencipta sekali kejutan menewaskan Muhyiddin. Sebagai proksi Pak Lah, nampaknya mungkin UMNO semakin berpecah di peringkat dalaman. Seperti kata Kadir Jasin dan SaifulIslam, jika perwakilan UMNO memilih pesalah laku seks, yang terlibat dengan rasuah, dan yang ditolak oleh rakyat, maka tidak mustahil UMNO akan menjadi bahan sejarah dalam Muzium Negara, setelah lebih 60 tahun memerintah negara.
7) Dan cabaran buat Pemuda PAS, Keadilan dan DAP, berwaspada dengan kelibat Khairy yang nampak mantap pidatonya, bersifat kepemudaan dan mesra pergaulannya(ibarat kata Sayuti Omar). Jika tidak bersedia berdepan dengan beliau, tidak mustahil Pemuda Pakatan Rakyat akan dimalukan. Bersiap siagalah!
26 Mac 09, 28 Rabi'ul Awwal 1430 Hijrah,
10.11 pagi, Malaysia Timur
3 ulasan:
setuju sungguh dengan point no 7.
adindamu,
http://pemikir.blogspot.com
Wan kena bertanding..
Syukran pakdi. Insya allah abang Mat bila tiba masanya.
Catat Ulasan