


1) Adakah akan berlaku peralihan kuasa secara aman dan harmoni dari Pak Lah kepada Najib, atau Allah SWT mempunyai ketentuanNya?
2) Di saat ini, Najib tampak yakin akan menjadi PM Malaysia ke-6 dengan izin Allah. Namun, belum ada sebarang signal yang jelas dari Pak Lah, bila beliau akan menyerahkan jawatan PM, kerana tiada tarikh putus yang ditetapkan.
3) Apakah Muhyiddin akan menjadi Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri di atas kelayakan dan calon favourite, atau Muhammad Taib akan mencipta keputusan upset setelah Ali Rustam terkeluar dari pertandingan?
4) Bagaimana pertembungan antara Rafidah dan Shahrizat dalam pertandingan Ketua Wanita UMNO? Sahrizat nampak nada dan gayanya mutakhir ini, agak Islamik dan Rafidah tetap dengan cara tegas dan lagaknya.
5) Apakah Mukhriz akan mewarisi kepimpinan Tun Mahathir sebagai Ketua Pemuda UMNO, setelah Khairy Jamaluddin didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin, tetapi masih dibenarkan bertanding, manakala Khir Toyo pula disiasat dan akhirnya terbukti tidak bersalah?
6) Apakah benar UMNO memperjuangkan Bahasa Melayu, kerana UMNO sendiri dipanggil UMNO (United Malay National Organization)? Kenapa tidak dipanggil sahaja PKMB (Pertubuhan Kebangsaa Melayu Bersatu)? Ibarat kata Pak Samad Said, jika benar UMNO mendokong PPSMI, pastikan kempen pilihanraya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air, berkempenlah dalam Bahasa Inggeris!
7) Adakah benar UMNO ikhlas untuk membersihkan dirinya dari rasuah? Jika tidak mengapa masih kedengaran semakin hampir dengan PAU 09 bermula 24-28 Mac, semakin banyak wang yang ditabur demi memenangi jawatan yang dipertandingkan? Moga Allah memberikan hidayah kepada pimpinan UMNO dan ahlinya, yang kesemuanya adalah Melayu Islam! Amin.
23 Mac 2009, 25 Rabi'ul Awwal 1430 Hijrah,
1.04 petang, Malaysia Timur
2 ulasan:
Kunci ilmu dengan bertanya, tapi tanya banyak tanya, tanya nak tahu, tanya nak sindir, tanya nak hina, tanya nak puji, tanya rasa bimbang, tanya rasa gembira.
Tidak semua soalan berguna sama dengan tidak semua jawapan bermanfaat.
Selamat dan teruskan menulis, menganalisa dan memberi pandangan.
Syukran Abang Mat. Betul,tanya yang ada maksud tu
Catat Ulasan