
1) Takziah buat Ali Rustam kerana dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Namun begitu, ia merupakan pengajaran terbesar buat dirinya, yang terlalu kemaruk memperoleh jawatan, lalu jadilah matlamat menghalalkan cara.
2) Persoalan yang timbul, mengapa beliau masih kekal sebagai Ketua Menteri Melaka, pada waktu yang sama dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO? Apakah berlaku double standard? Diharapkan SPRM dapat menyiasat isu ini. Atau mungkinkah Lembaga Disiplin UMNO lebih tinggi daripada SPRM?
3) Orang yang memberi rasuah demi sesuatu(jawatan/projek), adalah mereka yang tidak yakin dengan keupayaan diri sendiri. Mereka terpaksa bergantung kepada duit atau habuan tertentu, sebagai daya penarik agar orang menyokongnya.
4) Buat Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo, amaran yang diberikan dan tidak didapati bersalah, juga menjadi pengajaran buat mereka, agar sekali-kali tidak melibatkan diri dengan rasuah(dikaburi dengan istilah politik wang).
5) Akhir kalam, UMNO perlu menerima hakikat, bahawa rasuah sudah menjadi darah daging kebanyakan ahlinya. Untuk meyucikannya-kembailah ke pangkal jalan dengan menghayati panduan al-Qur'an dan al-Sunnah. Sesungguhnya, perjuangan berdasarkan Islam, melangkaui perjuangan sempit demi memartabatkan bangsa semata-mata.
18 Mac 2009, 20 Rabi'ul Awwal 1430 Hijrah,
8.10 pagi, Malaysia Timur
2 ulasan:
http://politikbaru.blogspot.com/
moga2 negar dipimpinan oleh pemimpinan yg telus
lucu jugak tengok keputusan mereka membabitkan politik wang ni..
hehe...
adindamu
http://pakdi.my
Catat Ulasan