Sabtu, 28 Mac 2009

Teori Rahman sempurna sudah ; Mungkinkah Najib PM terakhir dari UMNO?



1) Secara rasminya semalam, Najib dinobatkan sebagai Presiden UMNO. Pak Lah dalam ucapan penggulungannya pagi ini, kemungkinan akan mengumumkan tarikh peralihan kuasa kepada Najib dan akan mengadap Yang di Pertuan Agong dalam masa yang terdekat.

2) Seperti biasa, naiknya Najib dalam keadaan masih banyak pertikaian. Bukan sahaja ke atas dirinya, tetapi juga ke atas isterinya. Dikatakan suka bergaya, cerewet dalam berurusan, ramai orang menyatakan lebih mudah berbanding isteri Pak Lah ; Jeane. Apapun, lihatlah bagaimana keadaannya nanti.

3) Didokong oleh "saf yang padu" seperti yang diminta, bermula Timbalan Presiden-Muhyiddin, barisan Naib Presiden-Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Shapie Afdal, serta barisan MT UMNO seramai 25 orang, menyaksikan mereka yang ada rekod rasuah diketepikan. Namun begitu, masih ada di antara senarai nama itu, yang dilihat masih tidak bersih. Shahrir Samad secara gentleman, dalam tindakan yang terpuji, menawarkan untuk mengundur diri dari Kabinet, kerana merasakan jika beliau tidak dipilih sebagai MT, bermakna beliau tidak perform dalam tugasannya sebagai Menteri. Alangkah baiknya, sekiranya semua pimpinan UMNO mempunyai sikap seperti Shahir Samad ini.

4) Entah dari mana datangnya teori "RAHMAN", kini ada yang mengandaikan, jika Najib secara rasmi dilantik PM Malaysia yang ke-6, maka sempurna sudah teori ini. Kata orang-R-Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, A-Tun Abdul Razak, H-Tun Hussein Onn, M-Tun Mahathir, A-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sepatutnya Anwar, tetapi ketentuan Allah mengatasi segalanya) dan N-Datuk Seri Najib. Dan dengan sempurnyanya teori itu, samada kebetulan ataupun ketentuan Allah, ada yang bertanya, mungkinkah Najib PM terakhir dari UMNO dan BN?

5) 3 PR kecil di Bukit GaNtang, Bukit Selambau dan Batang Ai, akan menjadi ujian pertama buat Najib dan Muhyiddin, yang dilantik sebagai Pengarah ketiga-tiga PR kecil ini. Andaikata sekali lagi BN ditolak rakyat, menandakan talian hayat UMNO sudah tidak berfungsi, dan PRU 08 menyaksikan kali terakhir, UMNO dan BN sebagai pemerintah; sebagaimana tegas Pak Lah dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden UMNO.



28 Mac 09, 1 Rabi'ul Akhir 1430 Hijrah,

6.37 pagi, Malaysia Timur

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya Pak Lah menyerahkan tugas PM kepada Najib, maka Pak Lah akan dipertanggungjawapkan keatas kehancuran negara ini.
Pak Lah mesti berani dan bertanggungjawap kepada agama, bangsa dan negara kerana kesilapan yang dilakukan nya amat berbahaya kepada negara ini.
Rakyat pasti akan bangkit menentang kepincangan ini. Penghujung teori RAHMAN - N bermakna END sesuai dengan Be End. Semoga doa majoriti rakyat di makbulkan.

iskandar zulkarnain berkata...

Tk atas komentar saudara. Kita tunggu dan lihat kesudahannya

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude