(Diambil dari http://www.myspace.com/zubirali)
1) Terkejut bila mendengar penyanyi lagu puisi terkenal-Zubir Ali meninggal dunia pada jam 11.30 pagi tadi. Beliau yang terkenal dengan kerendahan hati dan kehebatan berpuisi meninggalkan kita.
2) Jarang untuk mendengar penyanyi masa kini, dalam aliran yang sama dengan beliau. Kebanyakannya lebih suka mendendangkan lagu putus cinta, bercinta tanpa batas agama dan unsur-unsur lagha yang lain.
3) Balada Seorang Gadis Kecil sangat menyentuh jiwa kita. Lagu yang dicipta pada tahun 1982, akan dikumandangkan setiap kali Palestin diserang oleh Israel laknatullah. Lagu yang mengisahkan tragedi Shabra dan Shatila pada tahun 1982, dengan alunan muzik yang harmoni dan mendayu, mampu meruntun perasaan mereka yang pertama kali mendengarnya.
4) Akhir kalam, moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.
BALADA SEORANG GADIS KECIL.
Gadis kecil itu telah bertahun, dikecam derita,
Di khemah pelarian, yang menjanjikan dukacita.
Munir tak mengenal erti cinta, telah kering airmata,
menangisi kematian, ayah bonda dan saudara.
Pada suatu senja langit Shatila,
Menyaksikan pembunuhan, anak kecil dan wanita,
Munir ditembak penuh luka, tapi ajalnya belum tiba,
Kerana Tuhan mengasihi dia.
Peristiwa hitam 17 September, telah menjadi bukti,
Sempurnalah kekejaman suatu bangsa yang sombong dan hina.
Berapa banyak lagi, gadis kecil tak berdosa,
akan menjadi mangsa, kekejaman manusia.
Berapa abad lagi gadis kecil seperti Munir,
Akan menjadi korban, peperangan.
Zubir Ali (17 Disember 1982).
6 Mac 2009, 9 Rabi'ul Awwal 1430 Hijrah,
2.27 petang Malaysia Timur
2 ulasan:
Ya, suara Zubir Ali, cukup kuat membesarkan saya dengan kesedaran betapa ironiknya kekejaman Palestin lewat lagu-lagunya. Moga jadi jariah buat arwah.
Ye insya allah. Pemergiannya sukar dicari ganti. Suaranya yg lemak merdu sangat mendamaikan hati. Moga ditempatkan arwah di kalangan para solehin. Amin
Catat Ulasan