Ahad, 7 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan atau meneguhkan Pakatan Rakyat?




1) Salam buat semua pembaca budiman. Saya yakin, walaupun pemilihan Timb Pres, Naib Pres dan AJK PAS Pusat telah selesai berlangsung, masih kedengaran pertikaian di antara idea kerajaan perpaduan dan idea meneguhkan kedudukan Pakatan Rakyat.

2) Saya berpandangan bahawa, di pihak yang menyokong kerajaan perpaduan, berdiri di atas prinsip-kita sebagai daie dan perlu menerangkan dakwah kepada semua pihak samada kawan mahupun lawan. Selaras dengan slogan PAS For All, kumpulan ini berpandangan tidak salah jika rundingan dilakukan bersama UMNO demi kebaikan bersama. Jaminan Timb Pres yang mengekalkan jawatannya buat kali ketiga -Ust Nasa, bahawa, PAS tidak akan bergabung dengan UMNO, sebaliknya berbincang isu utama negara demi kepentingan rakyat.

3) Di satu pihak pula, yang berkeras-agar tiada rundingan bersama UMNO, berhujjah bahawa UMNO seumpama kawan yang akan menikam belakang. Bahkan hujjah Datuk Husam Musa, yang perlu kini, PAS memperkasa dirinya agar dapat menjadi pengganti UMNO dalam PRU Ke-13 akan datang, sekaligus menjadi pentadbir baru negara ini. Kumpulan ini juga berhujjah, bahawa UMNO adalah suatu pihak yang tidak boleh dipercayai-terutamanya apa yang melibatkan krisis di Perak.

4) Di peringkat personal saya, saya lebih bersetuju dengan idea meneguhkan Pakatan Rakyat. Ini kerana di atas beberapa hujjah :
a) Rakyat mula menyedari Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik kepada UMNO dan BN.
b) Pimpinan utama Pakatan Rakyat rata-ratanya tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan yang melibatkan UMNO dan BN, kerana bagi mereka ia adalah langkah mundur ke belakang.
c) Berdepan dengan kuffar yang tidak mendokong Islam tetapi boleh bersama di atas isu keadilan dan kebenaran seperti DAP lebih mampu ditangani, berbanding berhadapan dengan golongan munafiq yang mengaku dirinya Islam, tetapi di dalam hatinya penuh dengan dendam dan kesumat kepada perjuangan mendaulatkan Islam.
d) Pimpinan PAS perlu mengambil kira kebimbangan Mursyidul Am PAS yang pernah merasai betapa azabnya apabila ditendang keluar oleh UMNO dan BN dalam kerajaan campuran pada tahun 1974.

Akhir kalam, dengan meneliti senarai kepimpinan bermula dari Presiden hinggalah kepada AJK PAS Pusat, kita mengharapkan agar mampu mengemudi bahtera perjuangan Islam di atas landasan yang benar, Insya Allah. Siru 'ala baraktillah!




Presiden- Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden - PAS Nasharudin Mat Isa, (480)

Naib Presiden :
1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)

Ahli Jawatankuasa Kerja :

1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)>
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)



7 Jun 2009,

3.33 petang, Malaysia Timur

4 ulasan:

org memali berkata...

Org Umno kata PAS mengamalkan ajaran sesat dan PAS pula kata org UMNO munafik jadi kalau macam ni dua2 masuk neraka samada mereka benar atau tidak . Tuduh menuduh , fitnah memfitnah sudah jadi budaya tidak kira samada seseorang itu buta atau celik agama . Tidak ada satu pun yg betul melainkan kedua2nya mengalami nasib yg sama . Kasih sayang yg dianjurkan Rasullulah saw terus diabaikan . Beginilah nasib Islam di Tanah Melayu , tipis iman tebal nafsu ,tamak dan hasad menjadi sandaran . Yg berilmu dgn riak dan yg dungu dgn sombong bodonya tiada kesudahan . Ilmu ada tapi tiada amal . Umat2 diakhir zaman adakah ini sepertimana dijanjikan atau perubahan dapat dilakukan dgn izin Allah .

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz
sebagai parti Islam, pada hemat saya, perlu untuk PAS berjiwa besar dan sentiasa membuka pintu muzakarah demi kelangsungan Islam
YA, saya bersetuju, perkukuhkan Pakatan Rakyat namun pada masa yang sama, PAS perlu peluaskankan dakwah kepada sesiapa sahaja.. UMNO, DAP atau pun sesiapa yang inginkan keamanan dan kesejahteraan.
Janganlah terlalu berpolitik.
Jadilah sebuah parti dakwah, bukan politik semata-mata.
Rakyat perlukan sebuah parti yang jelas hala tujunya, bukannya parti yang penuh dengan kebenciaan.
Saya merasakan Tuan Guru Hadi Awang, Ust Haron Din dan teman-teman ulama dalam PAS faham benar dengan sepak terajang politik Malaysia.
Mereka telah menjelajah ke seluruh pelusok dunia. Bertemu, berbincang dengan rakan partai Islam.

Jangan kita jadi seperti peistiwa sebelum merdeka; ulama yang berjuang bermatian2, golongan nasionalis yang memerintah Malaya. Begitu juga di Indonesia, Masyumi yang berperanan besar dalam kemerdekaan Indonesia, puak2 sekular pula yang memerintah Indonesia.
Bukan itu sahaja, golongan Islam di pinggirkan dan di tekan.

Biarlah Islam yang memimpin. Bukan golongan yang mempunyai agenda tersendiri demi mendapat kuasa.

Ingat, ada orang tubuhkan parti kerana mahu menjadi Perdana Menteri, jadi nya, sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa.

www.muhammadridwanto.wordpress.com

theking berkata...

Salam!
pada pendapat saya PAS jangan sekali-kali berunding dgn UMNO kerana dari segi politik nya akan menyebabkan org yg menyokong PAS dan PR dlm PRU12 merasa tertipu. Dari politik semasa akan merugikan. Tetapi berbincang dgn individu individu amat dialukan utk menyampaikan dakwah Islam. PAS mesti bezakan UMNO sbg organisasi dan ahli UMNO yg perlu diyakin dgn islam.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa beria-ia nak jumpa UMNO? Biarlah UMNO yang nak jumpa PAS.
Idea kerajaan perpaduan memberi isyarat kepada umum bahawa segelintir pemimpin PAS gilakan kuasa di Putrajaya. Walaupun saya yakin itu bukan hasrat sebenar pendokong idea kerajaan perpaduan ini, tetapi dalam politik, persepsi orang ramai yang akan menentukannya.
Satu lagi perkara, dan ini mungkin kena dengan enta berada di Sarawak. Presiden kata nak kembangkan sayap ke Borneo. Kenapa tak tanya dulu apa yang orang Borneo harapkan dari PAS. Listen first, then only talk.
- Fitri Shukri

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude