1) Alhamdulillah, setelah2 hari di dalam wad, isteri dan anak dibenarkan pulang.
2) Bagi saya, alhamdulillah kerana kedua-duanya selamat. Dan telah lahir seorang lagi putera atau hero dalam keluarga kami.
3) Bagi ibu dan ayah saya, Muhammad Azam adalah cucu ketiga dan setakat ini, semuanya hero. Anak adik perempuan saya juga lelaki. Manakala bagi mertua saya, ini adalah cucu yang ke-24. Maklumlah saya berkahwin dengan anak bongsu perempuan mereka, yang juga ketujuh dari lapan orang adik beradik.
4) Menyedari, anak-anak adalah amanah Allah, kami perlu sedaya upaya memberikan pendidikan dan tarbiyyah terbaik kepada mereka. Di saat ada pasangan yang tidak dikurniakan anak, kami masih beruntung walaupun kedua-duanya lelaki, kerana harapan isteri kalau boleh mahukan anak perempuan.
5) Apapun itulah taqdir Allah. Apa yang penting tidak kira lelaki mahupun perempuan, mereka tetap anak-anak yang merupakan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Dalam suasana kini, yang penuh mencabar, memerlukan kepekaan dan keprihatinan tinggi dari aspek pendidikan mereka, terutamanya melengkapkan dari sudut aqidah, ibadah dan akhlak.
6) Meletakkan nama Muhammad Azam, sempena mengambil makna, keazaman yang kuat dalam melakukan sesuatu itu penting. Bahkan, ada juga pejuang terkenal yang bernama al-Syahid Dr Abdullah al-Azam. Selain itu, dengan nama yang ringkas, tepat dan padat, ia mudah diingati dan disebut secara penuh biasanya. Kadang-kadang ada yang memberikan nama anak agak panjang, tetapi tidak dipanggil penuh. Apapun ia terpulang pada masing-masing selagi maknanya baik kerana nama adalah doa.
12 Jun 2009, 18 Jamadil Akhir 1430 Hijrah,
4.25 petang, Malaysia Timur
4 ulasan:
Mabrook ya Akhi.. moga menjadi penyeri keluarga dan penyemarak perjuangan.. :)
salam mabruk dari kami gak... moga tambah seri dan cahaya dalam rumahtangga...
moga membesar sebagai pejuang Islam yang digeruni kawan dan lawan...
Membaca entri ni, teringat plan kami. Kalu ditakdirkan kami dikurniakan anak lelaki baru2 ini, kami berkira-kira untuk namakan ABDULLAH AZZAM... mungkin anak seterusnya insyaAllah...
apapun... tahniah buat enta dan keluarga... :)
from klang with love:
hamidi, zaimah, muazz, hajar dan asma'
Tahniah Wan atas putera yg kedua. Ana sekarang dengan 3 org puteri. Muktamar pemuda hari tu jumpa Syahrizal (org Kubang Pasu)dari Bintulu...minta dia sampaikan salam kat enta bila jumpa..
Tk atas doa kalian. Mg dimakbulkan Allah. Anak adalah amanah Allah
Catat Ulasan