Selasa, 30 Jun 2009

Apabila Najib menolak berdebat dengan Nik Aziz




1) Selepas merasmikan kempen bulan sembahyang di Kota Bharu, Tuan Guru Nik Aziz mengajak Najib untuk berdebat di bawah suatu tajuk-mengapa menolak Islam?.

2) Ini kerana, propaganda media arus perdana menyatakan Tuan Guru Nik Aziz menyamakan UMNO seumpama komunis dan ajaran sesat Ayah Pin. Bagi orang yang cerdik dan bijaksana pasti dapat menangkap maksud Tuan Guru. Ia hanya kiasan dan perumpamaan. Komunis kerana ia adalah isme ciptaan manusia sama seperti nasionalisme yang didokong UMNO.

2) Ajaran sesat Ayah Pin menyatakan beliau adalah wakil Kerajaan Langit dan utusan Tuhan untuk semua agama. UMNO mungkin tidak sampai tahap itu, tetapi pendokong tegar kepada faham sekularisme dalam pentadbiran. Orang agama hanya di masjid, biarkan golongan profesional yang mentadbir. Selain itu, kalau benar ingin mendaulatkan Islam, mengapa banyak benar alasan apabila diminta melaksanakan hukum Allah?

3) Justeru, tidak hairan mengapa Najib dan Mahathir menganggap ia membuang masa dan kononnya tidak berfaedah. Kini, di US dan Indonesia, dalam nak memilih calon Presiden diadakan debat secara langsung. Bukankah berdebat dengan hujjah yang kukuh di antara saranan Islam?

4) Apabila Najib menolak untuk berdebat dengan Nik Aziz, kita telah menjangka-mungkin kerana malu berhadapan dengan Tuan Guru dan tiada hujjah yang dapat dipertahankan mengapa UMNO menolak Islam!



30 Jun 2009, 7 Rajab 1430 Hijrah,

6.50 pagi, Malaysia Timur

1 ulasan:

syukri ismail berkata...

assalamualaikum..sya ahli Bdk smap kajang.boleh tak sya nak jemput ustaz a.k.a abg untuk bagi ceramah di smapk? kalau boleh,tolong hantarkan alamat tempat kerja ustaz dan number telefon untuk dilampirkan dalam kertas kerja.ustaz boleh hantar ke email saya- sharkdeath_92@yahoo.com..syukran.

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude