Rabu, 24 Februari 2010

Beramal kerana Allah



1) Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih buat Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak, yang telah menjemput saya ke Miri untuk program Kempen Cintai Rasulullah.

2) Alhamdulillah saya sempat bersama jamaah di Kg Pulau Melayu, Masjid Darul Ihsan, Piasau Jaya dan Masjid al-Taqwa di Bandaraya Miri.

3) Saya menegaskan bahawa dalam melakukan amal kebajikan-niat hanyalah kerana Allah. Bukan kerana balasan dan inginkan sesuatu.

4) Apabila kita membantu orang yang susah, menolong mereka yang memerlukan, pastinya kita ditolong Allah dan dimudahkan urusan.

5) Sebaliknya, jika bersikap bakhil dan kikir serta merasa cukup dengan apa yang ada, pastinya urusan kita bakal menemui kesulitan da kepayahan.

6) Justeru, beramallah kerana Allah selagi ada peluang.



24 Februari 2010,9 Rabi'ul Awwal 1431 Hijrah,

11.29 pagi, Malaysia Timur

Selasa, 23 Februari 2010

Pilihanraya DUN Sarawak semakin hampir?



1) Turunnya Najib ke Sarawak selama 2 hari bagi lawatan kerja dan mengumumkan pemberian sebanyak RM 3.4 bilion, memberi isyarat seolah-olah pilihanraya DUN Sarawak yang melibatkan 71 kerusi, sudah semakin hampir.

2) Ada yang meramalkan sebelum bulan Julai tahun ini, dan seawal-awalnya pada bulan Mei atau Jun tahun ini.

3) Bagi BN Sarawak yang diterajui Pertubuhan Pesaka Bumiputera(PBB) di bawah pimpinan Taib Mahmud, kelihatan selesa mengekalkan status quo mereka.

4) Namun, Najib mengingatkan tidak mustahil tsunami politik yang berlaku di Semenanjung pada 2008, boleh menimpa Sarawak jika isu yang ada tidak ditangani dengan baik.

5) Pakatan Rakyat di Sarawak pula nampaknya masih belum begitu kuat dan kukuh. Masih jauh dari menyaingi kekuatan BN Sarawak.

6) Namun begitu BN Sarawak tidak boleh begitu selesa. DAP, PKR dan PAS mula menjadi pilihan rakyat di sini, khususnya yang dapat mengakses pelbagai maklumat alternatif.

7) Justeru bagi pemerhati politik, tidak mustahil Pakatan Rakyat di Sarawak boleh mencipta kejutan, jika BN Sarawak memandang rendah keupayaan mereka.



23 Februari 2010, 9 Rabi'ul Awwal 1431 Hijrah,

3.35 petang, Malaysia Timur

Jumaat, 19 Februari 2010

Di mana Islamnya Sisters in Islam?



1) Sudah lama saya mengikuti perkembangan Sisters in Islam. Para pengunjung blog ini boleh merujuk kepada pautan artikel Siapakah Sisters in Islam di dalam blog ini.

2) Saya ada berseloroh kepada jamaah masjid bahawa kita kuat solat, namun di luar masjid banyak gerakan yang mengancam aqidah kita dan anak-anak kita-antaranya Sisters in Islam.

3) Jadi saya cadangkan kepada jamaah masjid yang majoritinya lelaki, apa kata jika ditubuhkan Brothers in Islam di atas acuan yang betul, untuk mempertahankan Islam dari terus diperlekeh.

4) Sisters in Islam memang terkenal dengan kontoversi yang menongkah arus. Pakaian taqwa lebih utama berbanding pakai tudung untuk menutup rambut yang merupakan aurat wanita Muslim, kenapa perlu dihalang orang murtad kerana beragama adalah hak asasi individu, dan yang terbaru membantah hukuman sebat mengikut kaedah syarak kepada 3 pesalah wanita Muslim yang berzina.

5) Justeru kita mempersoalkan, di mana wajarnya Islam diletakkan dalam organisasi mereka sedangkan waktu yang sama, kenyataan mereka tidak melambangkan identiti keIslaman mereka?

6) Bagi saya amat tidak wajar SIS mempersoalkan hukuman sebat tersebut, apatah lagi ia tidaklah benar-benar mewakili hukuman syarak yang sebenar. Bahkan, justifikasi bantahan kerana berlaku diskrimani kepada wanita adalah tidak benar. Ini kerana, pesalah yang telah disebat mengaku insaf dan bertaubat di atas kesalahan yang lalu.

7) Sisters in Islam selaku organisasi dan seluruh penggeraknya perlu bertaubat di atas kenyataan mereka yang jelas membantah hukuman yang ditetapkan Allah, walaupun belum dilaksanakan secara sempurna.



19 Februari 2010, 5 Rabi'ul Awwal 1431 Hijrah,

10.43 pagi, Malaysia Timur

Khamis, 18 Februari 2010

Jalan jalan cari pengalaman



1) Hampir seminggu, blog ini tidak diupdate.

2) Ini kerana cuti Tahun Baru Cina yang agak panjang, menyebabkan saya dan famili memilih untuk musafir ke bandar-bandar utama di Sarawak-Serian, Sri Aman, Betong, Saratok, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri.

3) Perjalanan yang mengambil masa 4 hari dan 3 malam itu sangat bermakna. Dalam musafir ini, banyak ragam dan pemandangan yang dapat dilihat.

4) Ketika di jalan raya, ada yang seperti pelesit yang lajunya mungkin sekitar 150-160 km sejam. Ada juga yang terlalu perlahan seperti nak bersiar-siar.

5) Ketika singgah di kedai makan, perlu tabah menghadapi gelagat anak-anak yang masih kecil.

6) Menginap di hotel juga, tidak terlepas dari pengalaman yang pelbagai. Alhamdulillah semua hotel yang kami menginap available dan dimudahkan urusan oleh Allah, meskipun on the spot.

7) Perjalanan dari Kuching ke Miri dan balik semula ke Kuching, memakan jarak hampir 1700 km. Dengan perjalanan yang sebegitu jauh, perlu bersedia dari sudut mental dan fizikal serta kewangan yang mencukupi. Alhamdulillah suasana ceria isteri sebagai teman dan anak-anak sebagai penghibur, diselangi dengan alunan nasyid dan bacaan ayat-ayat al-Qur'an dari CD, memberikan semangat dan motivasi kepada kami mengharungi perjalanan sejauh itu.

8) Paling kami bersyukur, kos minyak hanya menelan belanja sekitar RM180 sahaja bagi jarak sejauh 1700 km itu. Meskipun, kami sengaja tidak menghubungi sahabat-sahabat di Miri dan Bintulu kerana beranggapan tidak mahu menyusahkan, saya bersyukur musafir kami tidak ditimpa banyak halangan dan dugaan. Semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah.

9) Bagi yang berminat ke Bumi Kenyalang, silakan dan alamilah perbezaan di sini!



18 Februari 2010, 4 Rabi'ul Awwal 1431 Hijrah,

12.48 tengahari, Malaysia Timur

Jumaat, 12 Februari 2010

Pahit manis dalam berjuang



1) Saya teringat ungkapan "Kekeruhan dalam jamaah, lebih baik dari kejernihan ketika bersendirian".

2) Bila berada dalam jamaah, kita tidak lari dari pelbagai masalah. Yang penting bagaimana kita mengurus masalah itu, agar ianya tidak menjadi beban untuk kita terus bergerak.

3) Di antara punca ahli gerakan Islam futur(tercicir) dalam perjuangan Islam, apabila tidak sanggup menghadapi masalah, tidak sabar dengan kerenah ahli yang ada, dan mengambil tindakan bersendirian tanpa merujuk keputusan jamaah.

4) Oleh itu, ukhuwwah perlu menjadi sebati dalam diri ahli gerakan Islam. Bila sahabat diumpat, sanggup menafikan umpatan yang tidak benar.

5) Serendah-rendah nilai ukhuwwah ialah bersangka baik, manakala yang paling hebat-al-Ithar, iaitu melebihkan diri sahabat berbanding dirinya sendiri.

6) Manis dalam berjuang apabila ahli gerakan Islam bersatu hati, tiada dengki dan khianat serta semua kerja dipikul bersama. Bahkan umpama madu, bila kesalahan diri dicerminkan oleh sahabat melalui nasihat yang berhikmah. Pahit dalam gerakan Islam ialah segala macam konflik dalaman dan apabila ada yang merasakan dirinya sempurna dan tidak boleh ditegur.

7) Kunci kepada istiqamah dalam perjuangan ialah sabar dan thabat di atas apa jua yang melanda, kerana pastinya setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.



12 Februari 2010, 28 Safar 1431 Hijrah,

4.05 petang, Malaysia Timur

Khamis, 11 Februari 2010

Anwar dan Saiful;Siapa benar dan siapa salah?




1) Masih belum jelas perjalanan kes ini. Jika dilihat dari ulasan media massa terutamanya Utusan Malaysia, Anwar dilihat sudah bersalah, manakala Saiful dapat menjawab segala soalan pendakwaraya dengan tepat mengikut kronologi kejadian.

2) Terbaru, Anwar pula bersama peguamnya memohon agar hakim yang kini mengendalikan kesnya, ditukar kerana bersikap bias tentang laporan Utusan Malaysia.

3) Semalam, Saiful pula melaporkan bahawa dia diugut bunuh oleh seorang individu dalam laman facebook peminat Anwar.

4) Kita masih belum benar-benar pasti, samada pertuduhan Saiful ke atas Anwar benar-benar berlaku atau tidak.

5) Jika benar, berdosa dan terpenjaralah Anwar dan jika sebaliknya, berdosalah Saiful kerana membuat pertuduhan palsu dan mungkin dipenjara.

6) Kesimpulannya, hanya Allah, malaikat dan iblis ketika hari kejadian yang didakwa Saiful, benar-benar mengetahui kejadian liwat itu berlaku atau tidak.



11 Februari 2010, 26 Safar 1431 Hijrah,

10.29 pagi, Malaysia Timur

Rabu, 10 Februari 2010

Nizar tidak perlu bersedih!



1) Sudah terang lagi bersuluh, Zambry sah sebagai MB Perak, manakala Nizar tersingkir.

2) Yang tinggal harapan kini, hanyalah menunggu pilihanraya akan datang untuk membuktikan sokongan rakyat berpihak kepada siapa sebenarnya.

3) Zambry boleh sahaja mendabik dada, mengatakan proses perundangan sudah membuktikan dia sebagai MB Perak yang sah.

4) Namun jangan lupa, dalam demokrasi hak rakyat memilih perlu diambil kira.

5) Nizar tidak perlu bersedih, kerana pantang pahlawan rakyat berundur, tetapi terus mengatur strategi untuk menewaskan lawan.

6) Hari semalam bukan hari Nizar, tetapi hari Zambry. Namun di sisi Allah, lebih mengetahui siapakah sebenarnya yang menzalimi dan dizalimi.



10 Februari 2010, 25 Safar 1431 Hijrah,

12.35 tengahari, Malaysia Timur

Isnin, 8 Februari 2010

Ibu bapa pencorak masa depan anak-anak



1) Saya dijemput untuk berceramah kepada ibu bapa sebuah sekolah, di kampung yang berhampiran dengan Bandar Kuching.

2) Saya dimaklumkan oleh para guru, bahawa jika dapat saya menekankan betapa ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak-anak.

3) Ini kerana berlaku beberapa masalah di kalangan pelajar-seperti tidak menutup aurat, tidak menghormati guru, ponteng sekolah serta menghisap rokok.

4) Kesempatan bersama ibu bapa saya anggap sangat bermakna kerana biasanya ceramah diberikan kepada pelajar. Saya mengingatkan mereka dan diri saya bahawa sebagai ibu bapa-kitalah pencorak masa depan anak-anak.

5) Justeru, kita perlu menjadi contoh dari sudut pakaian yang menutup aurat, cara berkomunikasi dengan anak-anak, serta tidak menunjukkan teladan yang buruk kepada anak-anak.

6) Saya menyatakan peranan ibadah sangat penting dalam keluarga. Menunaikan solat, membaca al-Quran dan solat berjamaah, merupakan asbab masuknya malaikat Rahmat ke dalam rumah dan rumahtangga diredhai Allah.

7) Sebaliknya, jika rumah tersebut dihiasi dengan kesuraman penghuni yang tidak bersolat, tidak pernah didengar alunan al-Qur'an dan sentiasa bergaduh-sudah pasti rumah itu jauh dari rahmat Allah.

8) Saya menutup ceramah saya dengan klip video di mana anak-anak dan ibu bapa saling bermaafan di atas kesalahan masing-masing dan Alhamdulillah, ia mendatangkan sedikit sebanyak kesedaran kepada ibu bapa yang hadir. Kepada pihak sekolah dan ibu bapa, jutaan terima kasih saya ucapkan atas jemputan dan perhatian yang diberikan.



8 Februari, 23 Safar 1431 Hijrah,

11.39, Malaysia Timur

Jumaat, 5 Februari 2010

Hak Muslim kepada Muslim yang lain



1) Sabda Nabi SAW-Hak Muslim kepada Muslim yang lain 5 perkara: Menjawab salam, menziarahinya apabila sakit, mengiringi jenazahnya ke perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakannya apabila dia bersin.

2) Kini, kita jarang dan susah memberikan salam kepada mereka yang kita tidak kenal. Ingat, hukum memberi salam adalah sunat, tetapi menjawabnya adalah wajib. Salam adalah permulaan kepada dakwah fardiyyah yang sangat efektif.

3) Sahabat yang sedang sakit tidak sangat mengharapkan buah tangan yang kita bawa, tetapi cukuplah dengan memerhati wajah kita, ia mampu menjadi penawar kesakitannya.

4) Sayang sekali, ramai saudara Muslim kita yang meninggal dunia tetapi kita tidak mengambil iktibar dari kematiannya. Bahkan bila ada orang mati, kita hanya menziarahi rumah orang mati(berborak dan bergelak ketawa) dan bukannya menziarahi orang mati( menyedekahkan al-Fatihah dan membaca ayat-ayat al-Qur'an).

5) Wajib memenuhi jemputan selama mana tiada unsur maksiat di dalamnya. Namun, jika sudah berada dalam majlis tersebut, maksiat yang berlaku tetap tidak kita redha di dalam hati, dan jika ada kesempatan untuk berucap dan berdoa, sampaikanlah mesej dakwah di dalamnya.

6) Kita jarang mendoakan orang yang bersin. Doakanlah agar Allah merahmati kamu(Yarhamkallah) dan yang didoakan menjawab balik, moga Allah memberi hidayah kepadaku dan kepadamu(Yahdi Yahdikumullah).



5 Februari 2010,

10.53 pagi, Malaysia Timur

Khamis, 4 Februari 2010

Menjadi pemimpin tidak mudah



1) Menjadi pemimpin perlu bijak dan cekap membuat keputusan

2) Menjadi pemimpin perlu berhati waja seteguh gunung menghadapi cabaran dan dugaan

3) Menjadi pemimpin perlu berwaspada terhadap musuh dalaman dan luaran organisasi

4) Menjadi pemimpin perlu memelihara hubungan yang mantap dengan Allah SWT

5) Menjadi pemimpin perlu pandai mengurus dan mentadbir organisasi

6) Menjadi pemimpin bukan sekadar pandai berhujah dan berucap

7) Menjadi pemimpin perlu berani menghadapi risiko yang bakal mendatang

8) Menjadi pemimpin perlu bersedia untuk rebah dan digulingkan

8) Benarlah, menjadi pemimpin tidak mudah!


4 Februari 2010,

4.40 petang, Malaysia Timur

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude