
1) Sudah lama saya mengikuti perkembangan Sisters in Islam. Para pengunjung blog ini boleh merujuk kepada pautan artikel Siapakah Sisters in Islam di dalam blog ini.
2) Saya ada berseloroh kepada jamaah masjid bahawa kita kuat solat, namun di luar masjid banyak gerakan yang mengancam aqidah kita dan anak-anak kita-antaranya Sisters in Islam.
3) Jadi saya cadangkan kepada jamaah masjid yang majoritinya lelaki, apa kata jika ditubuhkan Brothers in Islam di atas acuan yang betul, untuk mempertahankan Islam dari terus diperlekeh.
4) Sisters in Islam memang terkenal dengan kontoversi yang menongkah arus. Pakaian taqwa lebih utama berbanding pakai tudung untuk menutup rambut yang merupakan aurat wanita Muslim, kenapa perlu dihalang orang murtad kerana beragama adalah hak asasi individu, dan yang terbaru membantah hukuman sebat mengikut kaedah syarak kepada 3 pesalah wanita Muslim yang berzina.
5) Justeru kita mempersoalkan, di mana wajarnya Islam diletakkan dalam organisasi mereka sedangkan waktu yang sama, kenyataan mereka tidak melambangkan identiti keIslaman mereka?
6) Bagi saya amat tidak wajar SIS mempersoalkan hukuman sebat tersebut, apatah lagi ia tidaklah benar-benar mewakili hukuman syarak yang sebenar. Bahkan, justifikasi bantahan kerana berlaku diskrimani kepada wanita adalah tidak benar. Ini kerana, pesalah yang telah disebat mengaku insaf dan bertaubat di atas kesalahan yang lalu.
7) Sisters in Islam selaku organisasi dan seluruh penggeraknya perlu bertaubat di atas kenyataan mereka yang jelas membantah hukuman yang ditetapkan Allah, walaupun belum dilaksanakan secara sempurna.
19 Februari 2010, 5 Rabi'ul Awwal 1431 Hijrah,
10.43 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan