Khamis, 29 April 2010

Kita perlu berubah !



1) Ramai orang berbincang tentang perlunya berubah. Dari jahat kepada baik, dari baik kepada lebih baik, dari miskin kepada kaya, dari kaya kepada lebih kaya.

2) Untuk berubah tidak mudah. Perlu berkorban dan perlu sanggup menghadapi cabaran dan dugaan.

3) Sukarnya berubah kerana telah lama berada di zon yang selesa dan amalan rutin melakukan sesuatu. Bagi yang menulis dengan tangan kanan, amat payah dan kekok bila menukar kepada tangan kiri. Begitulah sebaliknya.

4) Dalam suasana kehidupan hari ini, semua pihak perlu berubah, jika mahu negara ini aman dan selamat serta mencapai status negara maju dan dihormati.

5) Ahli politik berbincang tentang hal dasar dan bukannya isu remeh, pihak polis melaksanakan tugas dengan penuh komited dan meminimumkan kesilapan, penjawat awam menghindari rasuah, manakala pihak swasta jangan hanya berorientasikan keuntungan semata-mata. Para alim ulama perlu lebih tegas dan berani dalam menunjuk, membimbing masyarakat dan pimpinan yang tersalah dalam memahami tuntutan syariat.

6) Akhir kalam, anda mampu mengubahnya, jika pokok pangkalnya-tepuk dada, tanya iman.


29 April 2010, 14 Jamadil Awwal 1431 Hijrah,

12.17 tengahari, Malaysia Timur

Selasa, 27 April 2010

Bertaubatlah Sang Pencuri !



1) Ada hikmah yang sangat besar bila Allah menetapkan hukuman potong tangan kepada para pencuri. Dan dimulai ayat Allah," Dan pencuri lelaki dan pencuri wanita, hendaklah dipotong kedua belah tangannya....- menunjukkan betapa orang lelaki lebih expert dalam bab mencuri.

2)Dan itulah yang berlaku apabila rumah saya dipecah masuk semalam oleh pencuri tidak bertauliah.

3) Barangan penting seperti laptop dan printer habis semua dikebas, termasuklah aiskrim anak saya di dalam peti ais.

4) Saya hanya berdoa agar pencuri tersebut terbuka hatinya, untuk mengembalikan barangan penting yang telah dicuri itu.

5) Benar, segala yang berlaku-ada hikmah di sebaliknya, dan saya serta keluarga menerimanya dengan redha.

6) Yang membuatkan saya sangat bersyukur kerana isteri dan anak-anak selamat. Itu lebih bermakna dari barangan tadi. Moga Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik dengan kehilangan ini. Amin


27 April 2010, 12 Jamadil Awwal 1431 Hijrah,

10.32 pagi, Malaysia Timur

Isnin, 26 April 2010

Zaid Ibrahim tewas, Kamalanathan menang-Tunaikan Janji Anda!




1) Akhirnya, Kamalanathan berjaya menewaskan Zaid Ibrahim untuk bergelar YB Hulu Selangor.

2) Meskipun tewas, kelihatan Zaid Ibrahim menerimanya dengan tenang.

3) Kamalanathan pula akan dilihat, samada melaksanakan atau tidak segala janji yang ditaburkan BN.

4) Pakatan Rakyat di Selangor harus berwaspada dengan kebangkitan gelombang biru. Meskipun, majoriti yang diperoleh BN tidak berpadanan dengan kempen agresif dan ada unsur rasuah, hakikatnya BN telah menang.

5) Selepas ini, Parlimen Sibu pula akan menjadi tumpuan. Sehingga kini, DAP akan berdepan dengan SUPP.

6) Akhirnya, meskipun PR kalah, ia jangan sekali melemahkan semangat para pendokong. Manakala bagi BN, jangan terlalu bongkak, kerana pengundi Cina masih bersama PR. Ibarat kata MB Selangor-saya kalah di Ijok dan kemudiannya menang dan menguasai Selangor.



26 April 2010,

12.29 tengahari, Malaysia Timur

Sabtu, 24 April 2010

BN favourite di Hulu Selangor; PR underdog



1) Tinggal kira-kira 24 jam lagi, pengundi di Hulu Selangor akan membuat keputusan.

2) Samada Kamalanathan atau Zaid Ibrahim; semuanya bergantung kepada naluri pengundi, setelah menilai pendekatan dan strategi bagi memancing undi oleh BN dan PR.

3) Sebagaimana biasa, BN dengan segala jenteranya dimanipulasi sebegitu rupa, demi mendapatkan talian hayat kemenangan, bagi menjaja BN dan 1Malaysia diterima rakyat.

4) Penganalisis berpendapat BN berpeluang cerah untuk menang, namun PKR dan PR mampu membuat kejutan.

5) Pengundi tidak mustahil akan melakukan swing undi meskipun ditaburkan dengan pelbagai gula-gula dan wang tunai.

6) Dengan 3 Dun dikuasai BN, P94-Hulu Selangor akan menyaksikan BN sebagai favourite dan PR sebagai underdog.

7) Apapun pilihan akhir di tangan pengundi. Mengundilah dengan mata hati, bukan pandangan mata zahir semata-mata. Di saat dirasakan pihak pemerintah Pusat menggerakkan seluruh jentera bagi menawan kembali Hulu Selangor, munajat kepada Allah agar ditunjukkan pihak yang benar jangan diabaikan. Moga bantuan dari langit memenangkan pihak yang dianiaya dan dizalimi. Amin



23 April 2010

9.45 pagi, Malaysia Timur

Selasa, 20 April 2010

Hulu Selangor semakin panas!



1) P94-Hulu Selangor terus hangat sepanjang musim kempen sepanjang minggu ini.

2) Seperti biasa calon BN mendapat publisti meluas dari media pro pemerintah termasuk dalam temubual secara eksklusif di TV3 malam tadi. Dipotretkan sebagai anak muda yang berwawasan dan calon 1Malaysia kerana namanya yang unik-Kamal, Alan dan Nathan-Kamalanathan.

3) Manakala Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan PR terus dijahanamkan peribadinya dengan tuduhan kaki arak dan kaki judi. Sememangnya, bagi pengundi Melayu Islam-isu arak dan judi sangat sensitif, namun Zaid Ibrahim mengakui sebagai insan dia pernah melakukan kesilapan.

4) Kita hanya mampu mengharapkan agar pengundi di Hulu Selangor memilih calon yang terbaik mewakili mereka. Kedua-dua parti pasti mengatur strategi, demi untuk mencapai kemenangan, bahkan kadangkala sampai tahap matlamat menghalalkan cara.

5) Bagi mereka yang sedar dan celik, pasti dapat membuat keputusan pengundian yang bijak. Jangan oleh kerana provokasi dari suatu pihak, maka akhirnya kita turut bersekongkol dengan pihak yang merestui kezaliman Israel ke atas umat Islam di Palestin.


20 April 2010, 5 Jamadil Awwal 1431 Hijrah,

1.13 petang, Malaysia Timur

Khamis, 15 April 2010

Bukan senang mendidik nafsu



1) Dalam surah al-Syams>Allah SWT menyatakan dan kami ilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan. Beruntung bagi mereka yang menyucikan diri mereka dengan iman dan amal, dan rugilah mereka yang mengotorinya dengan fasiq dan maksiat.

2) Antara cabaran terbesar dalam diri seorang manusia adalah nafsu. Jika mampu mengawalnya, ia akan mendorong tuannya ke arah jalan yang diredhai Allah.

3) Namun sebaliknya jika gagal, tuannya akan musnah akibat bertuhankan nafsu.

4) Untuk mendidik nafsu bukan mudah-perlukan konsistensi, doa dan mujahadah yang berterusan.Adakala kita berjaya mengawal nafsu, dan tak kurang pula kita dikawal nafsu.

5) Nafsu bentuknya pelbagai-nafsu seks, nafsu makan, nafsu kepada benda yang indah, cantik dan mewah. Islam mengajar umatnya bersederhana(wasatiyyah) dalam semua keadaan. La tafrit wa la ifrat(tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu longgar).

6) Justeru, kita berdoa kepada Allah agar kita dapat mendidik nafsu yang tidak pernah puas dalam perkara-perkara yang dilarang Allah.



15 April 2010, 30 Rabi'ul Akhir 1431 Hijrah,

9.30 malam, Malaysia Timur

Rabu, 14 April 2010

Zaid Ibrahim wakil PKR dan PR




1) Telah sah Datuk Zaid Ibrahim akan menjadi calon PKR dan mewakili Pakatan Rakyat dalam PR kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April nanti.


2) Di peringkat BN-masih berlaku tarik tali antara calon pilihan MIC-Palanivel dan calon pilihan UMNO-Mugilan.


3) Jika Palanivel dipilih, UMNO bimbang rakyat akan menolak. Sebaliknya, jika Mugilan dipilih, MIC akan memberontak.


4) Begitulah adat resam politik, perebutan kuasa dan pengaruh tidak akan selesai sehinggalah ke lubang kubur.


5) Kecuali mereka yang ikhlas berjuang untuk memartabatkan hidup rakyat teramai dan bukannya memenuhi kepentingan peribadi semata-mata.


6) Rakyat Hulu Selangor perlu bijak menilai dan memilih. Dengan komposisi 60% Melayu Islam diikuti bangsa India, Cina dan Orang Asli-persaingan antara PR dan BN dilihat sengit.

7) Barangsiapa yang mengatur strategi dengan tepat, pasti akan memenangi pertarungan ini. Kita nantikan...


14 April 2010, 29 Rab'iul Akhir 1431 Hijrah,

10.22 pagi, Malaysia Timur

Selasa, 13 April 2010

Bukanlah ketenangan jiwa pada banyaknya harta



1) Hari ini ramai orang mencari ketenangan jiwa.

2) Ada yang menganggap pada banyaknya harta, besarnya rumah dan duit yang melimpah ruah. Namun, anggapan itu selalu meleset.

3) Berapa ramai orang yang berjaya mengumpul harta kekayaan yang banyak, kadangkala menjadi angkuh dan sombong, bahkan mengikut jejak langkah Qarun.

4) Berapa ramai yang terpedaya dengan kuasa dan pengaruh, lalu menganggap dirinya paling hebat, bakal menuruti jejak langkah Firaun.

5) Dan tidak kurang juga berapa ramai yang menjadi penasihat yang akhirnya menjadi punahsihat seperti Haman ataupun Kasim Patalon dalam 3 Abdul.

6)Justeru, ketenangan jiwa dapat dikecapi apabila kembali kepada Pencipta kita-Allah SWT.



13 April 2010, 28 Rabi'ul Akhir 1431 Hijrah,

10.48 pagi, Malaysia Timur

Isnin, 12 April 2010

Facebook lebih berpengaruh berbanding blog menjelang PRU-13



1) Sambutan kepada blog kini agak berkurangan akibat penangan Facebook.

2) Jika dulu Coca Cola terkenal dengan tagline-Makan bola, minum bola dan tidur bola, kini boleh diibaratkan makan facebook, minum facebook dan tidur facebook.

3) Bahkan, ada pandangan mengatakan menjelang PRU-13, Facebook akan menjadi lebih berpengaruh berbanding blog.

4) Justeru, bagi pimpinan politik, mahu tidak mahu, Facebook perlu dioptimakan sebaik mungkin dalam menerangkan sesuatu isu dan respon yang diperoleh adalah segera, berbanding blog.

5) Maka tidak hairanlah, Najib amat berbangga apabila peminat Facebooknya mencecah hampir 120,000 orang.

6) Bagi para pendakwah, Facebook boleh digunakan untuk menyuntik risalah dakwah secara langsung dalam membangkitkan kesedaran Islam di kalangan pengguna Facebook.



12 April 2010, 27 Rabi'ul Akhir 1431 Hijrah,

10.00 pagi, Malaysia Timur

Rabu, 7 April 2010

BN mengorak langkah ; Awas Pakatan Rakyat



1) Umno dan BN mula menggempur Hulu Selangor dengan Konvensyen BN Selangor semalam.

2) Dengan tema BN mampu berubah, Cintai Selangor, Yakin BN, kelihatan BN sememangnya bersungguh-sungguh ingin menawan kembali Selangor.

3) Bagi Pakatan Rakyat, jika tersilap mengatur langkah, pastinya Parlimen Hulu Selangor akan terlepas.

4) Bagi Najib, kemenangan BN di Parlimen Hulu Selangor sangat penting dalam mengekalkan momentum sokongan rakyat yang mula lunak dan meyakini gagasan 1 Malaysia.

5) Meskipun, diketahui 3 Dun di bawah Parlimen ini dikuasai BN dan harapan Pakatan Rakyat untuk menang adalah tipis, namun jika BN salah memilih calon, tidak mustahil Pakatan Rakyat boleh mengekalkan kemenangan arwah Datuk Dr Zainal Abidin, mantan MP.

6) Justeru, penamaan calon yang akan berlangsung pada 17 April dan pengundian pada 25April, akan menyaksikan arah sokongan rakyat samada berpihak kepada BN ataupun PR.



7 April 2010, 22 Rabi'ul Akhir 1431 Hijrah,

12.42 tengahari, Malaysia Timur

Selasa, 6 April 2010

Hanya artis terpilih mampu menjadi ikon kepada masyarakat



1) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 baru berlalu. Saya bukanlah nak mengulas sangat persembahan pada malam itu, sebaliknya beberapa pengajaran yang boleh diambil.

2) Bagi saya, hanya artis terpilih yang boleh menjadi ikon seperti Almarhum Ustaz Asri Rabbani. Dengan laungan suara yang merdu, menyuntik keinsafan di hati kita, bahkan mesra dengan artis yang tidak sealiran dengan artis nasyid. Memberi nasihat dengan penuh hikmah dan menunjukkan contoh dengan kata dan perbuatan.

3) Bintang Mawi yang semakin malap menandakan tidak selamanya kita akan berada di puncak kemashyuran. Datuk Siti Nurhaliza yang meraih Bintang paling popular buat kali ketujuh menandakan masyarakat mengharap artis yang kurang kontroversi sebagai contoh, namun penampilan yang masih belum sempurna dalam menutup aurat, mencacatkan sedikit peribadi beliau.

4) Persembahan campuran antara One Nation Emcees dan Dato M Daud Kilau agak jelek kerana percampuran yang berlaku antara beliau dengan artis perempuan di samping gelek yang mengghairahkan.

5) Saya bukan anti artis. Namun, artis perlu menjadi contoh kepada masyarakat dari sudut penampilan, peribadi dan akhlak. Masyarakat kini terlalu gilakan artis. Rugilah jika artis tidak mampu memanfaatkan peluang dakwah, untuk membentuk sikap dan pemikiran mereka, dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

6) Akhir kalam, kita masih ketandusan artis dakwah seumpama Almarhum Ustaz Asri Rabbani yang berjaya masuk dengan pelbagai golongan artis, dengan sikap arwah yang ramah dan menerapkan unsur dakwah dalam apa jua perlakuan.



6 April 2010, 21 Rabi'ul Akhir 1431 Hijrah,

10.19 pagi, Malaysia Timur

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude