
1) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 baru berlalu. Saya bukanlah nak mengulas sangat persembahan pada malam itu, sebaliknya beberapa pengajaran yang boleh diambil.
2) Bagi saya, hanya artis terpilih yang boleh menjadi ikon seperti Almarhum Ustaz Asri Rabbani. Dengan laungan suara yang merdu, menyuntik keinsafan di hati kita, bahkan mesra dengan artis yang tidak sealiran dengan artis nasyid. Memberi nasihat dengan penuh hikmah dan menunjukkan contoh dengan kata dan perbuatan.
3) Bintang Mawi yang semakin malap menandakan tidak selamanya kita akan berada di puncak kemashyuran. Datuk Siti Nurhaliza yang meraih Bintang paling popular buat kali ketujuh menandakan masyarakat mengharap artis yang kurang kontroversi sebagai contoh, namun penampilan yang masih belum sempurna dalam menutup aurat, mencacatkan sedikit peribadi beliau.
4) Persembahan campuran antara One Nation Emcees dan Dato M Daud Kilau agak jelek kerana percampuran yang berlaku antara beliau dengan artis perempuan di samping gelek yang mengghairahkan.
5) Saya bukan anti artis. Namun, artis perlu menjadi contoh kepada masyarakat dari sudut penampilan, peribadi dan akhlak. Masyarakat kini terlalu gilakan artis. Rugilah jika artis tidak mampu memanfaatkan peluang dakwah, untuk membentuk sikap dan pemikiran mereka, dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
6) Akhir kalam, kita masih ketandusan artis dakwah seumpama Almarhum Ustaz Asri Rabbani yang berjaya masuk dengan pelbagai golongan artis, dengan sikap arwah yang ramah dan menerapkan unsur dakwah dalam apa jua perlakuan.
6 April 2010, 21 Rabi'ul Akhir 1431 Hijrah,
10.19 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan