
1) Ramai orang berbincang tentang perlunya berubah. Dari jahat kepada baik, dari baik kepada lebih baik, dari miskin kepada kaya, dari kaya kepada lebih kaya.
2) Untuk berubah tidak mudah. Perlu berkorban dan perlu sanggup menghadapi cabaran dan dugaan.
3) Sukarnya berubah kerana telah lama berada di zon yang selesa dan amalan rutin melakukan sesuatu. Bagi yang menulis dengan tangan kanan, amat payah dan kekok bila menukar kepada tangan kiri. Begitulah sebaliknya.
4) Dalam suasana kehidupan hari ini, semua pihak perlu berubah, jika mahu negara ini aman dan selamat serta mencapai status negara maju dan dihormati.
5) Ahli politik berbincang tentang hal dasar dan bukannya isu remeh, pihak polis melaksanakan tugas dengan penuh komited dan meminimumkan kesilapan, penjawat awam menghindari rasuah, manakala pihak swasta jangan hanya berorientasikan keuntungan semata-mata. Para alim ulama perlu lebih tegas dan berani dalam menunjuk, membimbing masyarakat dan pimpinan yang tersalah dalam memahami tuntutan syariat.
6) Akhir kalam, anda mampu mengubahnya, jika pokok pangkalnya-tepuk dada, tanya iman.
29 April 2010, 14 Jamadil Awwal 1431 Hijrah,
12.17 tengahari, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan