Sabtu, 31 Januari 2009

Erdogan ; Hero baru dunia Islam!



ISTANBUL, (AFP) – Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan returned home to a hero's welcome Friday after storming off the stage at the World Economic Forum during a spat over Israel's war in the Gaza Strip.

Around 3,000 followers gathered at Istanbul's Ataturk airport, draped in red and white Turkish flags, to acclaim Erdogan as he flew back overnight from the Swiss resort of Davos.

Many carried banners denouncing Israel, even though Turkey is traditionally the Jewish state's closest ally in the Muslim world.

"I did what I had to do," he told reporters gathered at the airport.

"I cannot remain apathetic when it comes to these things, it's just not in my nature. I am duty-bound to defend the honour of my country."

In one of the most dramatic moments seen at the normally restrained Davos meetings, Erdogan marched off in front of UN Secretary-General Ban Ki-moon and other panel members on Thursday complaining that his comments on Israel's recent war on the Gaza Strip were cut short.

"I do not think I will be coming back to Davos after this because you do not let me speak," the prime minister shouted as he left, though he said later he could reconsider.

Erdogan criticised the audience for applauding veteran Israeli President Shimon Peres's emotional defence of Israel's war against the Islamist movement Hamas in Gaza, which left more than 1,300 Palestinians dead.

Erdogan, who has sought a peacemaker's role in the Middle East conflict, said Israel had carried out "barbarian" actions in Gaza.

Speaking on his arrival in Istanbul, Erdogan said that he was not "at heart a diplomat but a politician".

Peres, a winner of the Nobel peace prize, later rang Erdogan to apologise, Turkey's Anatolia news agency reported.

p/s: Sepatutnya Peres patut diperlakukan begitu. Ban Kim Moon hanya mampu melihat menampakkan tiada karisma sebagai SU Agung PBB. Pengerusi forum pula bertindak berat sebelah. Ternyata Israel mula sedar bahawa Turki yang selama ini ada hubungan diplomatik dengannya pun, tidak membiarkan kezaliman itu diakui sebagai tindakan yang betul. Hancur Israel !


Jumaat, 30 Januari 2009

Apabila ekonomi dunia meleset!










































































































Bangga si ibu melepas mujahid pergi


Tersentak dan terharu apabila saya mendengar bicara penuh semangat sang ibu anak-anak Palestin yang terbunuh.

1) Seorang ibu berkata " Saya berbangga kerana anak saya seorang telah syahid dalam perjuangan menentang Israel. Anak saya akan tenang di dalam syurga, manakala tentera Israel di dalam neraka!".

2) Seorang ibu yang lain mengatakan " Kami telah biasa dengan keadaan peperangan ini. Namun kami berjanji kepada diri dan anak-anak, sedikit pun kami tidak akan berganjak dari bumi suci umat Islam ini!".

3) Seorang guru Muslimah menegaskan kepada anak muridnya " Andainya sekalian muslimin gugur syahid mempertahankan maruah tanah air Palestin, kami para Muslimat akan mengikut jejak langkah mereka untuk bertempur dengan mengangkat senjata membunuh tentera Israel".

4) Bagaimana pula niat kita di sini untuk mati dalam membantu menegakkan agama Allah SWT?


30 JANUARI 2009, 3 SAFAR 1430 HIJRAH,

8.56 PAGI, MALAYSIA TIMUR



Khamis, 29 Januari 2009

Musim Landas di Sarawak



Sekadar untuk berkongsi catatan pengalaman musafir dari Kuching ke Miri minggu lepas melalui jalan darat

1) Perjalanan kami dari Kuching ke Betong mengambil masa hampir 4 jam. Kemudian kami sampai ke Sibu 3 jam yang berikutnya.

2) Kebanyakan jalan tidak rata dan berlubang di sana-sini, menyebabkan ia merbahaya kepada kenderaan kecil seperti Kancil, Viva dan Savvy.

3) Musim banjir di sini dipanggil musim landas. Semasa tiba di Tatau(dalam perjalanan dari Sibu ke Bintulu), berlaku kejadian jalan putus akibat tanah runtuh(sebagaimana gambar di atas). Kami tersekat hampir 3 jam sebelum jalan alternatif dibina.

4) Perjalanan dari Bintulu ke Miri ada dua jalan-jalan lama dan jalan pesisir pantai. Semasa pergi, kami mengikut jalan lama-teruk dan rosak. Manakala sewaktu balik, kami mengikut jalan pesisir pantai yang lebih baik keadaannya.

5) Selepas di Miri, kami berpatah balik dan tidur di Sibu. Sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan harinya dan selamat sampai di Kuching pada petang Jumaat 23 Januari 2009.

6) Jarak perjalanan dari Kuching ke Miri adalah 848 kilometer dan pergi balik berjumlah hampir 1300 kilometer. Jika perjalanan terus tanpa henti, boleh memakan masa 14 jam. Namun, disebabkan kami perlu meneliti beberapa tempat, maka musafir kami memakan masa 4 hari 3 malam.

7) Kepada isteri dan anak tersayang, bersabarlah kerana kerap ditinggalkan demi urusan kerja.


Justify Full29 Januari 2009, 2 Safar 1430 Hijrah,

1.02 petang, Malaysia Timur



Rabu, 28 Januari 2009

3 Tokoh Yang Mencuri Perhatian

Dr Juanda Yahya secara rasmi dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru menggantikan Dr Asri Zainal Abidin yang telah tamat kontraknya. Anak jati Sarawak yang berumur 38 tahun ini diketahui, bahawa mereka berdua dari aliran yang sama dan boleh dianggap sebagai golongan yang pro tajdid-membasmi kejumudan minda di kalangan umat Islam di negara kita.

Namun sebagai ingatan, sebagai anak Sarawak dan akan berkhidmat di Perlis, beliau perlu lebih berhati-hati dari sudut pendekatan kerana dianggap orang luar dan bukan anak jati Perlis. Dan teguran dari KP JAKIM-Dato Wan Mohammad-janganlah kerana kita mempunyai kelayakan akedmik yang baik(PhD)-membolehkan kita untuk mengkritik segala kelemahan di kalangan agamawan dan umat Islam tanpa adab yang baik.

Tahniah diucapkan kepada beliau di atas pelantikan ini dan moga dapat menjalankan tugas dengan baik.

Datuk Nasaruddin Hashim-Adun Bota mengejutkan politik tanahair, apabila mengumumkan keluar dari BN dan menyertai PKR. Secara automatik, Pakatan Rakyat di Perak bertambah kukuh dengan 32 kerusi berbanding BN 27 kerusi.

Difahamkan PM dan TPM mengambil langkah segera untuk memujuk beliau kembali ke pangkuan BN. Ternyata, dalam politik segala yang dirasakan mustahil boleh berlaku. Dan tidak mustahil selepas ini, lebih ramai Adun BN akan melompat ke Pakatan Rakyat.

Apa yang penting, biarlah perubahan itu berdasarkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat dapat membawa perubahan ke arah yang lebih baik dan bukan hanya kerana kecewa di dalam UMNO semata-mata. Apapun syabas, diucapkan kepada beliau.

Di antara tindakan praktikal dan segera Obama selepas menjadi Presiden US ialah menutup kem tahanan Guantanamo di Cuba. Dan semalam, dalam satu temuramah bersama al-Arabiyya, beliau menyatakan US dan rakyatnya bukan musuh dunia Islam.

Kita ingin beliau membuktikan kata-katanya itu. Slogan We Need to Change memberikan harapan baru kepada manusia seluruh dunia, agar US tidak bersifat unilateral dan menjadi polis dunia, di samping sentiasa memihak kepada anak emasnya-Israel.

Kita faham Amerika tidak menyerang Palestin secara langsung, tetapi dengan membekalkan senjata kepada Israel, Amerika juga sebenarnya bersubahat di atas kematian 1200 umat Islam Palestin yang tidak berdosa. Semoga Obama mengotakan apa yang dikata-jika tidak harapan hanya tinggal harapan untuk beliau.


28 Januari 2009, Malaysia Timur

7.48 pagi

Isnin, 19 Januari 2009

Segala Puji Bagi Allah !


Justify Full
1) Segala puji bagi Allah, kerana dengan izinNya, YB Abdul Wahid Endut mewakili PAS, yang juga Adun Wakaf Mempelam memenangi pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu mengalahkan calon BN ; Datuk Wan Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,613 undi. Kemenangan yang telah dijangka sangat mengkagumkan kerana pengundi Cina beralih arah. Di samping itu, BN kalah kerana beberapa faktor. Di antaranya :

a) Calon yang dipersepsikan sebagai elitis, tidak mesra dan sombong.
b) Masalah dalaman UMNO ; perpecahan pelbagai kumpulan.
c) Para penceramah UMNO dan BN tidak menyentuh isu yang dekat dengan hati pengundi di KT, sebaliknya menjadi medan mempromosi diri sempenan Perhimpunan Agung UMNO pada Mac 2009.
d) Segala janji pembangunan dianggap sebagai tanggungjawab oleh rakyat dan bukan gula-gula pilihanraya.
e) Hubungan mantap langit dan bumi di kalangan pimpinan dan ahli PAS di samping dokongan ahli Pakatan Rakyat.(Dr Wan Abdul Rahman Wan Latif). Disebutkan juga oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharudin dalam analisis PR 36 KT di Astro Awani-laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya bakal bergantung kepada pilihanraya DUN di Sarawak, yang dijangka antara 2010 atau 2011.


2) Segala puji bagi Allah kerana sajak nukilan saya yang bertajuk Air Mata Palestin disiarkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 16 Januari 2009(Jumaat).


3) Segala puji bagi Allah, kerana selesai saya menjiwai khutbah dan membacanya dengan penuh bersemangat Ustaz Hasrizal Jamil(www.saifulislam.com) "Palestin Memanggilmu Kembali Kepada Islam", para jamaah meminta salinan khutbah tersebut. Kata mereka, inilah di antara khutbah yang terbaik dan berkesan pernah mereka dengar.


4) Segala puji bagi Allah, kerana hanya Dia empunya dan paling layak memiliki segala puji-pujian. Syukur padaMu Ya Allah. Sesungguhnya, aku telah menyampaikan.


19 Januari 2009, 7.02 pagi,
Malaysia Timur.

Khamis, 15 Januari 2009

Penentuan P36 Kuala Terengganu



Saya sekadar ingin mengulas mengenai Pilihanraya P36 Kuala Terengganu seperti berikut :
1) Peluang adalah 50-50 di antara YB Wahid Endut dan Datuk Wan Farid.
2) Kesemua jentera parti PAS dan UMNO sedang giat menjalankan kempen dan perang saraf di saat genting menjelang tamatnya tempoh berkempen, pada pukul 12 tengah malam esok(Jumaat-16 Januari 2009)
3) UMNO dan BN masih dengan taktik menyogok pembangunan dan janji yang pelbagai dari sudut fizikal dan material. Difahamkan, mereka sanggup berhabis RM5000 untuk sebuah keluarga yang sanggup memangkah UMNO dan BN. Mereka juga akan membayar RM 300 kepada pemuda yang memangkah kertas undi UMNO, dengan syarat mengambil gambar kertas undi yang dipangkah.
4) UMNO dan BN juga menggunakan taktik ugut dan menakutkan pengundi. Ini terbukti dengan kehadiran begitu ramai anggota polis. Tidak terkecuali menimbulkan provokasi di saat akhir dan melalui kaedah pengundi hantu.
5) PAS dengan bantuan Pakatan Rakyat tidak kurang hebatnya. Mulai semalam, para pimpinan utama Pakatan Rakyat-PKR,PAS dan DAP berkampung di Kuala Terengganu sehingga tamat tempoh berkempen. PAS ; tujuannya memenangi pilihanraya kecil ini, agar dapat mewakili suara rakyat Terengganu di Parlimen.
6) UMNO mula mencetuskan isu perkauman dengan memburukkan Tan Sri Khalid Ibrahim; MB Selangor dan menyatakan PAS dan DAP tidak mempunyai kesefahaman tentang isu Hudud.
7) PAS membangkitkan isu betapa banyak wang royalti dihabiskan untuk projek yang tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Terengganu dan arwah Datuk Razali yang dipinggirkan dalam UMNO. Menamakan sebuah sekolah menengah dan sebuah maktab perguruan di saat akhir kempen bersempena nama arwah, tindakan UMNO jelas membuktikan kebenaran hakikat isu ini.
8) Pengundi muda dan pengundi Cina di DUN Bandar, memainkan peranan besar dalam menentukan pihak mana yang akan menang. Justeru, tidak hairan bila mana, PAS dan UMNO berusaha merayu para pengundi muda yang berada di luar Terengganu untuk balik mengundi dan berusaha memenangi hati pengundi Cina.
9) Berdasarkan fakta di atas, maka kita berharap agar rakyat di Kuala Terengganu dapat memilih wakil rakyat yang terbaik untuk mereka. Elakkan calon yang ada rekod rasuah, sebaliknya pilihlah yang berintegriti. Elakkan calon yang hanya mementingkan kroni dan kepentingan peribadi, sebaliknya mengutamakan calon yang benar-benar sanggup berkhidmat untuk rakyat. Demi melihat landskap politik berubah kepada yang lebih baik, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat adalah pilihan yang paling tepat.
18 Muharram 1430 Hijrah, 15 Januari 2009,
11.05 pagi, Malaysia Timur.

Rabu, 14 Januari 2009

Air Mata Palestin





















Air Mata Palestin (Nukilan sajakku khas buat umat Islam Palestin)
Sudah kering air mata Palestin
Menangisi para syuhada yang gugur di medan jihad
Bertempur dengan Israel Laknatullah
Sudah kering air mata Palestin
Melihat bantuan tidak kunjung tiba
Saudara seIslam di Timur Tengah hanya diam seribu bahasa
Sudah kering air mata Palestin
Melihat anak-anak kecil, wanita dan pemuda gugur satu persatu
Di saat para pejuang Hamas sedang bertempur
Hanya doa qunut nazilah menjadi bekalan pengharapan
Umat Islam seluruh dunia tulus mengadu kepada Allah
Agar diberi bantuan dari langit dan segala tenteraNya
Sudah kering air mata Palestin
Sayu melihat darah menjadi murah
Nyawa seakan tidak berharga lagi
Hanya menunggu saat kematian
Di penjara terbesar dunia
Sempadan Gaza yang terpinggir dari bantuan dunia
Akibat kekejaman Israel durjana
Sudah kering air mata Palestin
Meratapi kematian sanak saudara
Hanya membilang hari
Bilakah diriku akan dijemput Allah
Dalam episod kezaliman Israel dan Amerika yang tidak berkesudahan
17 Muharram 1430 Hijrah, 14 Januari 2009
5.00 petang, Malaysia Timur









Mengimbau nostalgia sahabat seperjuangan di UM

Salam buat semua pembaca budiman. Saya berhajat hari ini, untuk berkongsi nostalgia bersama sahabat seperjuangan yang pernah berkorban tenaga, masa dan wang ringgit demi biah solehah di kampus UM awal milenium dahulu.
Kenangan pahit manis dalam perjuangan Islam di kampus, akan tetap dikenang sehingga akhir hayat. Kini, dengan masing-masing telah bekerja samada penjawat awam, swasta mahupun sendiri-diharapkan agar tetap teguh bersama perjuangan Islam. Amin
Buat sahabat seperjuangan semua, walau di mana kita berada, di situlah Islam di junjung. Menyumbanglah kepada Islam berdasarkan posisi dan kemahiran yang ada kepada masyarakat yang dahagakan ilmu dan pimpinan kita semua.
Tokoh pemuda Islam dan mantan pimpinan kampus UM yang saya hormati-Ustaz Faisal Abdul Rahman ditemani Hisom dan Afan dengan anaknya. Kini Ustaz Faisal mengajar di sekolah agama negeri di Kuala Kangsar dan pimpinan pemuda jamaah Islam di Perak.

Sahabatku-Azral Izwan. Dulu jaga duit, sekarang PTD di Arab Saudi. Sama kelas sekolah rendah tahun 6 Biru di SRK Jalan Pasar


Senior-Ust Hamidi. Dulu setiau berusaha. Kini penyelaras j-QAF di salah sebuah sekolah di Lembah Klang



Sahabat seIzdan dan Nur Nilam Puri-kumpulan nasyid yang pernah menggegar bumi Nilam Puri suatu ketika dahulu.




Gambar akhir sebelum bersurai di Perjumpaan Besar GenDynamic 2008 di Kuala Kangsar. Malangnya saya dan family perlu balik awal ke KL dan tak dapat bersama hingga majlis penutup.


Sahabat seperjuangan-Khairil Izuan, Hilmi dan Mahisan di barisan depan. Di belakang adalah Zulhilmi, Shakir, Hasanan dan Shahrul Zaman sedang menasyidkan lagu tema program



Presiden GDynamic-Hafiszi sedang menyampaikan taklimat kepada kami.


Sesi mengurup/merarau/duduk duduk cari makan. Hisom, Fadzli, Hasanan, Mahisan, Shahrul Zaman, Shakir, Nawi dan Afan.



Sesi tazkirah lepas Maghrib disampaikan oleh saya, tapi tak dapat lama sebab mujahid saya-Adam bertempur dengan pakcik Hisomnya.



Sedang mendengar ceramah dari pimpinan jamaah Islam di Perak.
Saya sertakan sekali lagu tema program kami-Perjumpaan Besar GDynamic 2008 di Kuala Kangsar

JALAN DAKWAH (ALARM ME)

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiyah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa
Dari dewan selesa
Ke jalanan yang berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama Islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan taqwa
Sehati sejiwa Dulu kini selamanya
Walau apa yang melanda hadapi bersama
Ya Allah Ya Rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan Islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yang Esa

*** Chorus
Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yang melanda hadapi bersama
Ya Allah Ya Rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa
Tenaga kita dan fikiran
Perkasakan maruah kita
Ulang Chorus 2X




17 Muharram 1430 Hijrah, 14 Januari 2009,
10.26 pagi, Malaysia Timur





Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude