Isnin, 19 Januari 2009

Segala Puji Bagi Allah !


Justify Full
1) Segala puji bagi Allah, kerana dengan izinNya, YB Abdul Wahid Endut mewakili PAS, yang juga Adun Wakaf Mempelam memenangi pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu mengalahkan calon BN ; Datuk Wan Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,613 undi. Kemenangan yang telah dijangka sangat mengkagumkan kerana pengundi Cina beralih arah. Di samping itu, BN kalah kerana beberapa faktor. Di antaranya :

a) Calon yang dipersepsikan sebagai elitis, tidak mesra dan sombong.
b) Masalah dalaman UMNO ; perpecahan pelbagai kumpulan.
c) Para penceramah UMNO dan BN tidak menyentuh isu yang dekat dengan hati pengundi di KT, sebaliknya menjadi medan mempromosi diri sempenan Perhimpunan Agung UMNO pada Mac 2009.
d) Segala janji pembangunan dianggap sebagai tanggungjawab oleh rakyat dan bukan gula-gula pilihanraya.
e) Hubungan mantap langit dan bumi di kalangan pimpinan dan ahli PAS di samping dokongan ahli Pakatan Rakyat.(Dr Wan Abdul Rahman Wan Latif). Disebutkan juga oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharudin dalam analisis PR 36 KT di Astro Awani-laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya bakal bergantung kepada pilihanraya DUN di Sarawak, yang dijangka antara 2010 atau 2011.


2) Segala puji bagi Allah kerana sajak nukilan saya yang bertajuk Air Mata Palestin disiarkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 16 Januari 2009(Jumaat).


3) Segala puji bagi Allah, kerana selesai saya menjiwai khutbah dan membacanya dengan penuh bersemangat Ustaz Hasrizal Jamil(www.saifulislam.com) "Palestin Memanggilmu Kembali Kepada Islam", para jamaah meminta salinan khutbah tersebut. Kata mereka, inilah di antara khutbah yang terbaik dan berkesan pernah mereka dengar.


4) Segala puji bagi Allah, kerana hanya Dia empunya dan paling layak memiliki segala puji-pujian. Syukur padaMu Ya Allah. Sesungguhnya, aku telah menyampaikan.


19 Januari 2009, 7.02 pagi,
Malaysia Timur.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude