Saya sekadar ingin mengulas mengenai Pilihanraya P36 Kuala Terengganu seperti berikut :
1) Peluang adalah 50-50 di antara YB Wahid Endut dan Datuk Wan Farid.
2) Kesemua jentera parti PAS dan UMNO sedang giat menjalankan kempen dan perang saraf di saat genting menjelang tamatnya tempoh berkempen, pada pukul 12 tengah malam esok(Jumaat-16 Januari 2009)
3) UMNO dan BN masih dengan taktik menyogok pembangunan dan janji yang pelbagai dari sudut fizikal dan material. Difahamkan, mereka sanggup berhabis RM5000 untuk sebuah keluarga yang sanggup memangkah UMNO dan BN. Mereka juga akan membayar RM 300 kepada pemuda yang memangkah kertas undi UMNO, dengan syarat mengambil gambar kertas undi yang dipangkah.
4) UMNO dan BN juga menggunakan taktik ugut dan menakutkan pengundi. Ini terbukti dengan kehadiran begitu ramai anggota polis. Tidak terkecuali menimbulkan provokasi di saat akhir dan melalui kaedah pengundi hantu.
5) PAS dengan bantuan Pakatan Rakyat tidak kurang hebatnya. Mulai semalam, para pimpinan utama Pakatan Rakyat-PKR,PAS dan DAP berkampung di Kuala Terengganu sehingga tamat tempoh berkempen. PAS ; tujuannya memenangi pilihanraya kecil ini, agar dapat mewakili suara rakyat Terengganu di Parlimen.
6) UMNO mula mencetuskan isu perkauman dengan memburukkan Tan Sri Khalid Ibrahim; MB Selangor dan menyatakan PAS dan DAP tidak mempunyai kesefahaman tentang isu Hudud.
7) PAS membangkitkan isu betapa banyak wang royalti dihabiskan untuk projek yang tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Terengganu dan arwah Datuk Razali yang dipinggirkan dalam UMNO. Menamakan sebuah sekolah menengah dan sebuah maktab perguruan di saat akhir kempen bersempena nama arwah, tindakan UMNO jelas membuktikan kebenaran hakikat isu ini.
8) Pengundi muda dan pengundi Cina di DUN Bandar, memainkan peranan besar dalam menentukan pihak mana yang akan menang. Justeru, tidak hairan bila mana, PAS dan UMNO berusaha merayu para pengundi muda yang berada di luar Terengganu untuk balik mengundi dan berusaha memenangi hati pengundi Cina.
9) Berdasarkan fakta di atas, maka kita berharap agar rakyat di Kuala Terengganu dapat memilih wakil rakyat yang terbaik untuk mereka. Elakkan calon yang ada rekod rasuah, sebaliknya pilihlah yang berintegriti. Elakkan calon yang hanya mementingkan kroni dan kepentingan peribadi, sebaliknya mengutamakan calon yang benar-benar sanggup berkhidmat untuk rakyat. Demi melihat landskap politik berubah kepada yang lebih baik, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat adalah pilihan yang paling tepat.
18 Muharram 1430 Hijrah, 15 Januari 2009,
11.05 pagi, Malaysia Timur.
1 ulasan:
The only way to stop future genocide is to fight back our way. The cowards use drones and missiles. No suicide bombs. Use snipers and hitmans. Pay them to kill their ambassadors and their families, their company ceos and their families. They kill our children. List down the numbers they have kill and we try to reach that number. An eye to an eye. Hit them anywhere in this world, from Brazil to Mongolia.
Distribute this comment to as many people as possible all over the world.
Catat Ulasan