Tersentak dan terharu apabila saya mendengar bicara penuh semangat sang ibu anak-anak Palestin yang terbunuh.
1) Seorang ibu berkata " Saya berbangga kerana anak saya seorang telah syahid dalam perjuangan menentang Israel. Anak saya akan tenang di dalam syurga, manakala tentera Israel di dalam neraka!".
2) Seorang ibu yang lain mengatakan " Kami telah biasa dengan keadaan peperangan ini. Namun kami berjanji kepada diri dan anak-anak, sedikit pun kami tidak akan berganjak dari bumi suci umat Islam ini!".
3) Seorang guru Muslimah menegaskan kepada anak muridnya " Andainya sekalian muslimin gugur syahid mempertahankan maruah tanah air Palestin, kami para Muslimat akan mengikut jejak langkah mereka untuk bertempur dengan mengangkat senjata membunuh tentera Israel".
4) Bagaimana pula niat kita di sini untuk mati dalam membantu menegakkan agama Allah SWT?
30 JANUARI 2009, 3 SAFAR 1430 HIJRAH,
8.56 PAGI, MALAYSIA TIMUR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan