Khamis, 29 Januari 2009

Musim Landas di Sarawak



Sekadar untuk berkongsi catatan pengalaman musafir dari Kuching ke Miri minggu lepas melalui jalan darat

1) Perjalanan kami dari Kuching ke Betong mengambil masa hampir 4 jam. Kemudian kami sampai ke Sibu 3 jam yang berikutnya.

2) Kebanyakan jalan tidak rata dan berlubang di sana-sini, menyebabkan ia merbahaya kepada kenderaan kecil seperti Kancil, Viva dan Savvy.

3) Musim banjir di sini dipanggil musim landas. Semasa tiba di Tatau(dalam perjalanan dari Sibu ke Bintulu), berlaku kejadian jalan putus akibat tanah runtuh(sebagaimana gambar di atas). Kami tersekat hampir 3 jam sebelum jalan alternatif dibina.

4) Perjalanan dari Bintulu ke Miri ada dua jalan-jalan lama dan jalan pesisir pantai. Semasa pergi, kami mengikut jalan lama-teruk dan rosak. Manakala sewaktu balik, kami mengikut jalan pesisir pantai yang lebih baik keadaannya.

5) Selepas di Miri, kami berpatah balik dan tidur di Sibu. Sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan harinya dan selamat sampai di Kuching pada petang Jumaat 23 Januari 2009.

6) Jarak perjalanan dari Kuching ke Miri adalah 848 kilometer dan pergi balik berjumlah hampir 1300 kilometer. Jika perjalanan terus tanpa henti, boleh memakan masa 14 jam. Namun, disebabkan kami perlu meneliti beberapa tempat, maka musafir kami memakan masa 4 hari 3 malam.

7) Kepada isteri dan anak tersayang, bersabarlah kerana kerap ditinggalkan demi urusan kerja.


Justify Full29 Januari 2009, 2 Safar 1430 Hijrah,

1.02 petang, Malaysia Timur



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam wrh.
oo, enta limpas sibu tak maklum pn kat ana..?? kalu mklum at least blh gak jupo mata..

sury,ni 1st time ana coment kat blog enta, slm ni masuk sokmo cm tak tulis je. tq

naele

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude