Rabu, 3 Jun 2009

Stadium Sultan Mizan Gong Badak runtuh kerana...



1) Mungkin acuan pembinaannya tidak menepati spesifikasi yang sebenar.

2) Mungkin berlaku sikap sambil lewa dalam penyeliaan pembinaan stadium tersebut.

3) Mungkin berlaku suapan antara kontarktor yang menyiapkan projek. Lantaran itu, bila bajet tidak mencukupi, akhirnya bahan yang diguna sekadar yang ada sahaja.

4) Mungkin kerana terlalu mengejar dateline untuk disiapkan. Akhirnya komponen penting diabaikan yang akhirnya menjurus ke arah kekurangan dari aspek keselamatan.

5) Kesimpulannya, ia memalukan negara. Bak kata Menteri Kerja Raya-Shaziman Mansor-ia sangat tidak dijangka dan memalukan negara. Nanti orang akan berkata, bangunan yang belum siap dah runtuh, bangunan yang dah siap pun runtuh juga! Alahai nasib badan.



3 Jun 2009,

9.37 malam, Malaysia Timur

Ahad, 31 Mei 2009

Penanti pasti milik PKR, tapi apakah berjaya strategi BN?



1) Sehingga tengahari ini, dilaporkan, bilangan pengundi yang keluar baru sekitar 20% dan diakui oleh Saifuddin Nasution sebagai aliran pengundian yang lembap.

2) Walaupun calon PKR-Dr Mansor Othman menjadi favourite dan pasti memenangi DUN Penanti, namun kelihatan seoalh-olahnya BN berjaya dengan strateginya tidak menyertai pilihanraya kecil ini.

3) Tiada ulasan diberikan dalam akhbar utama milik UMNO, menyebabkan rakyat seolah-olah tidak ambil kisah pilihanraya DUN Penanti.

4) Sebab itu saya menjangka, walaupun PKR akan memenangi kerusi ini, namun propaganda yang dilaungkan UMNO dan BN, seolah-olah berjaya.

5) Apapun kita berharap, pertembungan UMNO dan PAS pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada awal Julai nanti, menyaksikan persaingan yang sengit. Ibrahim Ali yang awal-awal lagi, cenderung menyokong UMNO dan BN dalam kenyataannya, akan terus dilihat orang yang tidak tahu berterima kasih. Nantikan awal Julai ini!


31 Mei 2009

12.47 tengahari, Malaysia Timur.

Isnin, 25 Mei 2009

PAS harus bersatu di saat genting ini!



1) Isu pergeseran di antara golongan ulama dan profesional masih kedengaran. Namun begitu, tegas Presiden PAS-tiada peprpecahan di antara golongan ulama dan profesional.

2) Di pihak Mursyidul Am juga bertegas, tiada rundingan dengan UMNO buat masa ini.

3) Di saat genting-muktamar yang akan berlangsung, persiapan menghadapi PRU ke-13, dan mengukuhkan kedudukan dan persefahaman di dalam Pakatan Rakyat, ahli dan pimpinan PAS perlu bersatu.

4) Di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor-kta meyakini PAS berada di puncak kegemilangan khususnya pada tahun 1999-apabila beliau menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, mengekalkan kemenangan di Kelantan dan merampas Terengganu dari UMNO.

5) Sebagai ahli gerakan Islam, kita perlu berdoa agar tidak berlaku perpecahan di saat ini. Perjuangan Islam perlu ditunjangi niat yang ikhlas selain kepintaran berpolitik dan mengatur strategi. Bimbang kelak perjuangan mulia ini tidak direstui dan diredhai Allah SWT.



25 Mei 2009,

12.51 pagi, Malaysia Timur

Mahkamah Persekutuan penentu status Zambry-Nizar



1) Setelah Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi kerana terkhilaf, maka hanya tinggal Mahkamah Persekutuan untuk Nizar merujuk statusnya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

2) Dalam tempoh masa ini, Perak masih belum tenteram. Kempen mogok lapar yang bakal dilancarkan pada Selasa-26 Mei dan tamat pada Khamis-28 Mei, merupakan usaha Pakatan Rakyat menunjukkan kepada rakyat betapa demokrasi telah berkubur.

3) Zambry masih belum berada dalam keadaan tenang apabila melihat senario ini. Hanya apabila DUN Perak dibubarkan, dan menyerahkan rakyat membuat pilihan, barulah ketenangan itu akan dirasai.

4) Mahkamah Persekutuan selaku mahkamah paling tinggi dalam negara, bakal dinantikan keputusannya. Walaupun begitu, jika masih berpihak kepada UMNO dan BN, rakyat Perak masih terkilan kerana tidak diberikan peluang untuk menyatakan suara mereka.



25 Mei 2009,

12.45 pagi, Malaysia Timur

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude