
1) Mungkin acuan pembinaannya tidak menepati spesifikasi yang sebenar.
2) Mungkin berlaku sikap sambil lewa dalam penyeliaan pembinaan stadium tersebut.
3) Mungkin berlaku suapan antara kontarktor yang menyiapkan projek. Lantaran itu, bila bajet tidak mencukupi, akhirnya bahan yang diguna sekadar yang ada sahaja.
4) Mungkin kerana terlalu mengejar dateline untuk disiapkan. Akhirnya komponen penting diabaikan yang akhirnya menjurus ke arah kekurangan dari aspek keselamatan.
5) Kesimpulannya, ia memalukan negara. Bak kata Menteri Kerja Raya-Shaziman Mansor-ia sangat tidak dijangka dan memalukan negara. Nanti orang akan berkata, bangunan yang belum siap dah runtuh, bangunan yang dah siap pun runtuh juga! Alahai nasib badan.
3 Jun 2009,
9.37 malam, Malaysia Timur
1 ulasan:
1. Contoh cubaan arkitek anak tempatan meniru bentuk senibina generasi baru yang dinamakan teknorganik yang terkenal dengan keunikan rekabentuk bahagian bumbung yang menyerupai benda organik dan penggunaan sistem sruktur bumbung besi rintangan jauh seperti yang dilakukan oleh arkitek Kuisho Kurikawa di Terminal KL Sentral di Kuala Lumpur dan arkitek Renzo Piano di Kansai International Air port di Jepun.
2. Tetapi tidak menyedari konsep struktur besi rintangan jauh jenis yang boleh dipanggil cantilevered shell roof system menggunakan bahan kerangka bumbung space frame yang digunakan di Stadium Sultan Mizan itu tidak sesuai dengan bentuk seni bina tenorganik.
Catat Ulasan