Khamis, 24 Jun 2010

Pandangan buat Dr Asri



1) Dr Asri dilihat di antara ulama muda yang lantang dan ramai pengikut.

2) Telus dan berani menegur kesilapan yang dilakukan samada pemerintah mahupun pembangkang, membuatkan pengkagumnya bersetuju dengan pandangannya.

3) Namun begitu, hubungan rapat dengan bekas MB Perlis-Shahidan Kassim dilihat sebagai hubungan yang eksklusif.

4) Isu kemasukan Dr Asri ke dalam UMNO yang dijangka pada esok hari begitu menggemparkan, kerana sebelum ini beliau dilihat lebih sesuai di dalam PAS.

5) Namun begitu, diharapkan Dr Asri dapat memilih wadah terbaik dalam menyatakan pandangan dan pendiriannya. Apatah lagi dengan isu beliau dikaitkan dengan Wahabi dan JI yang begitu hangat kini.

6) Sebagai pemerhati, Dr Asri lebih baik dalam keadaan sekarang-bergerak bebas tanpa ikatan mana mana parti politik.



24 Jun 2010,

12.23 petang, Malaysia Timur

Khamis, 10 Jun 2010

Selamat Bermuktamar!



1) Selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan PAS samada Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat.

2) Tanpa pemilihan tahun ini, diharapkan muktamar PAS ke-56 bakal menjadi medan untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi pilihnraya umum ke-13. Selain itu, mengambil peluang memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai 20,000 keahlian non-Muslim. Tidak lupa juga membuat post-morterm untuk menilai sejauh mana keberkesanan sebagai pemerintah dibeberapa buah negeri.

3) PAS dengan temanya PAS For All mula diberi harapan dan sokongan yang memberangsangkan oleh rakyat. Ia tidak sebagaimana suatu ketika dahulu, di mana PAS amat ditakuti oleh non-Muslim dan dianggap parti yang agresif dan terroris.

4) Sesungguhnya sebagaimana pesanan Muryidul Am PAS-Tuan Guru Nik Aziz yang menegaskan tiada lagi perhubungan dengan UMNO dan teguhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat sebagai medan dakwah, adalah di antara pesanan yang sangat bermakna.

5) Ia sejajar dengan pesan Dr Fathi Yakan di dalam bukunya Mengapa Saya Menganut Agama Islam-iaitu masa depan pasti milik Islam.

6) Kurangkan perselisihan, mantapkan permuafakatan, bahkan teguhkan kepimpinan di antara isu yang boleh disentuh oleh sidang muktamirin.

7) Moga PAS memimpin dan bukan lagi dipimpin serta dinaungi oleh rahmat Allah, selama mana mendokong risalah perjuangan Islam yang telah diasaskan oleh Nabi SAW. Siru 'ala barakatillah. Takbir, Allahu Akbar.



10 Jun 2010, 27 Jamadil Akhir 1431 Hijrah,

2.30 petang, Malaysia Timur

Selasa, 8 Jun 2010

Kebangkitan Turki memimpin dunia Islam!



1) Kita masih terkenang sejarah pahit bila mana Khilafah Islamiyyah Turki Uthmaniyyah jatuh pada 1924 akibat konspirasi musuh Islam.

2) Mustafa Kamal Attaturk yang dikenali sebagai Bapa Pemodenan Turki adalah arkitek di sebalik kejatuhan tersebut. Menukarkan perlembagaan Turki kepada perlembagaan sekular, menggantikan azan dalam Bahasa Arab kepada Bahasa Turki, muslimah tidak dibenarkan memakai tudung dan solat jemaah tidak dibenarkan di masjid, kerana beranggapan pengamalan ibadah adalah perkara peribadi.

3) Mutakhir ini, dunia menyaksikan kebangkitan Turki. Pada mulanya kelihatan Iran yang makin digeruni US, namun mungkin akibat perbezaan mazhab, umat Islam dan dunia Islam yang majoritinya Ahlul Sunnah wa al-Jam'ah, mula menggantungkan harapan yang tinggi kepada Turki.

4) Turki terkenal dengan pimpinannya yang dinamik dan berfikrah Islam seperti Najmuddin Erbakan yang merupakan pengasas Parti Refah. Setelah dijenamakan semula, kini melalu wadah Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul, mereka memenangi pilihanraya umum Turki sekaligus bertindak sebagai Presiden dan Perdana Menteri.

5) Dunia masih tidak lupa betapa beraninya Erdogan menempelak Shimon Peres yang mempertahankan Israel dalam menindas umat Islam Palestin di Sidang Ekonomi Dunia di Davos, tahun lepas.

6) Kini, setelah insiden berdarah Mavi Marmara yang diserang komando Israel dan mengorbankan 9 orang rakyat Turki, Erdogan sekali lagi bangkit mengugut Israel untuk menilai kembali hubungan diplomatik yang telah terjalin.

7) Bahkan, semalam usul Parlimen Malaysia meminta Turki mengetuai dunia Islam mengheret Israel ke Mahkamah Antarabangsa PBB kerana jenayah keganasan yang dilakukan.

8) Sinar harapan baru telah kelihatan dan Turki bakal bangkit memimpin kembali dunia Islam, Insya Allah!



8 Jun 2010, 25 Jamadil Akhir 1431 Hijrah,

9.59 pagi, Malaysia Timur

Isnin, 7 Jun 2010

Air Mata Palestin




Air Mata Palestin (Nukilan sajakku khas buat umat Islam Palestin)


Sudah kering air mata Palestin
Menangisi para syuhada yang gugur di medan jihad
Bertempur dengan Israel Laknatullah


Sudah kering air mata Palestin
Melihat bantuan tidak kunjung tiba
Saudara seIslam di Timur Tengah hanya diam seribu bahasa


Sudah kering air mata Palestin
Melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa, wanita dan pemuda gugur satu persatu
Di saat para pejuang Hamas sedang bertempur
Hanya doa qunut nazilah menjadi bekalan pengharapan
Umat Islam seluruh dunia tulus mengadu kepada Allah
Agar diberi bantuan dari langit dan segala tenteraNya


Sudah kering air mata Palestin
Sayu melihat darah menjadi murah
Nyawa seakan tidak berharga lagi
Hanya menunggu saat kematian
Di penjara terbesar dunia
Sempadan Gaza yang terpinggir dari bantuan dunia
Akibat kekejaman Israel durjana


Sudah kering air mata Palestin
Meratapi kematian sanak saudara
Hanya membilang hari
Bilakah diriku akan dijemput Allah
Dalam episod kezaliman Israel dan Amerika yang tidak berkesudahan


* Diulang siar. Sajak ini telah terbit di Berita Harian pada bulan Februari 2010

7 Jun 2010

Jumaat, 4 Jun 2010

Ya Allah, Selamatkan Palestin, Hancurkan Israel !



1) Kata Ashwad Ismail- "Penderitaan enam dekad umat Islam Palestin, dapat saya rasakan dalam tempoh 28 jam sewaktu ditahan Israel".

2) Kata Tuan Noor Azman-"Saya tidak takut mati apabila kapal Mavi Mamara ditahan dan dikepung tentera Israel".

3) Kata Jamulludin Eliyas-secara bergurau dengan isterinya menyebut,"Kalau saya mati syahid, tolong langsaikan segala hutang saya".

4) Petikan kata-kata di atas, sudah cukup menggambarkan bagaimana kekejaman Israel dan semangat untuk menentang kezaliman Israel.

5) Benjamin Netanyahu-PM Israel menyatakan aktivis konvoi kemanusiaan adalah pengganas, sama seperti HAMAS dan mempertahankan tindakan tenteranya yang melepaskan tembakan dengan alasan diserang dan dipukul oleh aktivis konvoi kemanusiaan. Persoalannya, kalau benar mereka adalah pengganas, mengapa dibebaskan?

6) Ternyata dunia kini bangkit membantah tindakan kejam Israel. Namun US masih belum bersuara. Liga Arab hanya akan menyaman Israel. Kelihatan Turki sahaja yang beria-ia dan bersungguh-sungguh untuk berpatah arang dengan Israel setelah 9 rakyatnya terbunuh.

7) Saya bersetuju dengan pandangan seorang pensyarah UMS, bahawa pakatan ketenteraan perlu dibentuk bagi mengajar Israel!

8) Dan petang ini selepas solat Jumaat, bermula di Masjid Jamek Kg Baru hingga ke Kedutaan US, himpunan sejuta umat membantah kezaliman Israel dan berharap umat Islam Palestin selamat di bawah naungan Allah, akan diadakan. Moga Allah menyelamatkan umat Islam Palestin dan menghancurkan Israel!.



4 Jun 2010

8.13 pagi, Malaysia Timur

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude