
1) Selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan PAS samada Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat.
2) Tanpa pemilihan tahun ini, diharapkan muktamar PAS ke-56 bakal menjadi medan untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi pilihnraya umum ke-13. Selain itu, mengambil peluang memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai 20,000 keahlian non-Muslim. Tidak lupa juga membuat post-morterm untuk menilai sejauh mana keberkesanan sebagai pemerintah dibeberapa buah negeri.
3) PAS dengan temanya PAS For All mula diberi harapan dan sokongan yang memberangsangkan oleh rakyat. Ia tidak sebagaimana suatu ketika dahulu, di mana PAS amat ditakuti oleh non-Muslim dan dianggap parti yang agresif dan terroris.
4) Sesungguhnya sebagaimana pesanan Muryidul Am PAS-Tuan Guru Nik Aziz yang menegaskan tiada lagi perhubungan dengan UMNO dan teguhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat sebagai medan dakwah, adalah di antara pesanan yang sangat bermakna.
5) Ia sejajar dengan pesan Dr Fathi Yakan di dalam bukunya Mengapa Saya Menganut Agama Islam-iaitu masa depan pasti milik Islam.
6) Kurangkan perselisihan, mantapkan permuafakatan, bahkan teguhkan kepimpinan di antara isu yang boleh disentuh oleh sidang muktamirin.
7) Moga PAS memimpin dan bukan lagi dipimpin serta dinaungi oleh rahmat Allah, selama mana mendokong risalah perjuangan Islam yang telah diasaskan oleh Nabi SAW. Siru 'ala barakatillah. Takbir, Allahu Akbar.
10 Jun 2010, 27 Jamadil Akhir 1431 Hijrah,
2.30 petang, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan