
1) Kita masih terkenang sejarah pahit bila mana Khilafah Islamiyyah Turki Uthmaniyyah jatuh pada 1924 akibat konspirasi musuh Islam.
2) Mustafa Kamal Attaturk yang dikenali sebagai Bapa Pemodenan Turki adalah arkitek di sebalik kejatuhan tersebut. Menukarkan perlembagaan Turki kepada perlembagaan sekular, menggantikan azan dalam Bahasa Arab kepada Bahasa Turki, muslimah tidak dibenarkan memakai tudung dan solat jemaah tidak dibenarkan di masjid, kerana beranggapan pengamalan ibadah adalah perkara peribadi.
3) Mutakhir ini, dunia menyaksikan kebangkitan Turki. Pada mulanya kelihatan Iran yang makin digeruni US, namun mungkin akibat perbezaan mazhab, umat Islam dan dunia Islam yang majoritinya Ahlul Sunnah wa al-Jam'ah, mula menggantungkan harapan yang tinggi kepada Turki.
4) Turki terkenal dengan pimpinannya yang dinamik dan berfikrah Islam seperti Najmuddin Erbakan yang merupakan pengasas Parti Refah. Setelah dijenamakan semula, kini melalu wadah Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul, mereka memenangi pilihanraya umum Turki sekaligus bertindak sebagai Presiden dan Perdana Menteri.
5) Dunia masih tidak lupa betapa beraninya Erdogan menempelak Shimon Peres yang mempertahankan Israel dalam menindas umat Islam Palestin di Sidang Ekonomi Dunia di Davos, tahun lepas.
6) Kini, setelah insiden berdarah Mavi Marmara yang diserang komando Israel dan mengorbankan 9 orang rakyat Turki, Erdogan sekali lagi bangkit mengugut Israel untuk menilai kembali hubungan diplomatik yang telah terjalin.
7) Bahkan, semalam usul Parlimen Malaysia meminta Turki mengetuai dunia Islam mengheret Israel ke Mahkamah Antarabangsa PBB kerana jenayah keganasan yang dilakukan.
8) Sinar harapan baru telah kelihatan dan Turki bakal bangkit memimpin kembali dunia Islam, Insya Allah!
8 Jun 2010, 25 Jamadil Akhir 1431 Hijrah,
9.59 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan