
1) Polemik kalimah Allah yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk akhbar Herald Catolic mengundang pelbagai pendapat yang pro dan kontra.
2) Secara umumnya, majoriti berpendapat kalimah Allah hanya untuk umat Islam semata-mata, dan tidak boleh diguna pakai oleh penganut agama lain.
3) Namun begitu, keharusan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam juga perlu dilihat sebagaimana yang tertera di dalam ayat-ayat al-Qur'an.
4) Apa yang ingin ditegaskan di sini, bagaimana ada pihak yang kelihatan bersungguh-sungguh mempertahankan kalimah Allah di kalangan umat Islam, tetapi pada waktu yang sama tidak begitu dalam menunaikan hak Allah seperti peraturan dan hukumNya.
5) Sebagaimana kisah yang biasa didengar-jika dia tak solat dia tak kisah pun, namun apabila dipanggil kafir atau bukan Islam, dia begitu marah. Sama sebagaimana apabila asyik meminum arak, dirasakan tiada salahnya, tetapi apabila diherdik sebagai fasiq dan zindiq, begitu sekali marahnya.
6) Justeru, sebagai kesimpulannya, wajar kalimah Allah disekat penggunaannya di kalangan penganut agama lain yang bertujuan untuk menimbulkan penyelewengan dan kekeliruan, namun propaganda murah untuk meraih sokongan rakyat dan usaha mencetuskan ketegangan kaum dan agama perlu dibantah!
5 Januari 2010, 18 Muharram 1431 Hijrah,
2.16 petang, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan