
1) Sesungguhnya dalam hidup ini, ibu memiliki 3 kali martabat lebih mulia berbanding seorang ayah sebagaimana hadith Nabi SAW.
2) Dengan sifat rahim Allah, dicampakkan perasaan belas kasihan dan kasih sayang seorang ibu yang sabar dalam mengandung selama 9 bulan bayi di dalam rahimnya.
3) Samada 1, 5 atau 10 anak, pastinya seorang ibu sanggup bersusah payah dengan bantuan ayah membesarkan anak-anak. Tidak sanggup rasanya, ibu yang waras mahu menghantar anaknya ke rumah kebajikan atau rumah perlindungan kanak-kanak jika beralasan tiada wang semata-mata, kerana meyakini anak-anak adalah amanah dan rezeki dari Allah.
4) Segala sakit demam si anak pasti akan dijaga dan ditatang sebaik mungkin kerana tidak mahu ia berpanjangan. Tidur yang tidak cukup dan kepenatannya tidak dapat dnilai dengan wang ringgit.
5) Namun bila si anak menjengah dewasa dan memiliki harta sendiri, mulai mendabik dada dan menghina ibu yang miskin. Bahkan ketika ibu sakit terlantar, belum tentu ada seorang pun anak-anak yang benar-benar ikhlas sanggup memandikan ibu, membasuh berak ibu dan memberi makan kepada si ibu.
6) Bahkan yang lebih zalim, apabila tergamak si anak yang telah dewasa dan matang serta mempunyai keluarga sendiri, menghantar ibunya ke rumah perlindungan orang tua. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Malanglah bagi mereka yang sanggup menukar syurga Allah dengan harta miliknya yang dirasakan mampu menyelamatkannya di akhirat kelak !
5 Januari 2010, 19 Muharram 1431 Hijrah,
10.15 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan