
1) Mungkin kerana penduduk di sini berbilang kaum dan telah lama hidup secara harmoni, dan memahami adat budaya dan agama di antara satu sama lain.
2) Mungkin kerana umat Islam di Sarawak misalnya minoriti di sini, dan mereka memahami bahawa kalimah Allah telah biasa digunakan oleh penganut agama Kristian di sini samada Anglican, Katolik mahupun Sidang Injil Borneo.
3) Mungkin kerana sentimen atau sensitiviti di kalangan umat Islam di Sabah dan Sarawak khususnya tidak sehangat di Semenanjung, kerana mereka telah bergaul lama dengan penganut Kristian dengan mesra dan terbuka.
4) Mungkin juga kerana tidak memahami isu sebenarnya di sebalik kebenaran penggunaan kalimah Allah bagi pihak gereja khususnya dan penganut Kristian amnya.
5) Mungkin juga kerana isu ini sengaja dimainkan oleh pihak tertentu bagi memarakkan semangat keislaman yang tidak bertempat, sedangkan isu ini perlu ditangani secara berhemah dan bijaksana, agar Islam tidak dipandang agama yang terlalu eksklusif dan mewajarkan pergaduhan dan keganasan. Kepada Allah SWT, kita berharap pihak berkuasa membuat tindakan sewajarnya dan keadaan dalam negara kembali pulih dan tenang.
4 Januari 2010, 18 Muharram 1431 Hijrah,
4.21 petang, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan