
1) Setiap orang ada egonya tersendiri. Rasa diri pandai, hebat, tak pernah buat silap, menuding kesalahan orang lain dan sukar menerima teguran.
2) Penyakit ananiyyah/keakuan amat merbahaya. Bahkan dalam hadith Qudsi dinyatakan, takabbur(membesarkan diri) adalah selendang Allah. Maka siapa kita hamba yang hina berhak memakai selendang tersebut?
3) Dalam organisasi, kadangkala watak sebegini wujud. Justeru, ubatnya ialah berlapang dada, berjiwa besar dan sentiasa mengutamakan husnu al-zon berbanding su'u al-zon.
4) Tiada orang yang dirinya sempurna. Jika merasakan orang lain salah, maka diri kita juga banyak salahnya.
5) Namun, yang menjadi barah apabila sukar dan tidak mahu mengakui kesalahan diri. Kembalilah kepada asas nasihat oleh Umar-"Hisab/Nilai/Hitung/Muhasabah diri kamu sebelum diri kamu dihisab/dinilai/dihitung oleh Allah SWT".
6 Disember 2009, 19 Zulhijjah 1430 Hijrah,
11.54 pagi, Malaysia Timur
1 ulasan:
salam,
kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita EGO. Apabila seseorang itu didesak, mereka tidak dapat berfikir....
Catat Ulasan