
1) Nabi SAW bersabda "Bantulah saudara kamu yang dizalimi dan yang menzalimi. Para sahabat bertanya "Kami boleh membantu mereka yang dizalimi, tetapi bagaimana membantu mereka yang menzalimi?" Nabi berkata "Cegahlah mereka dari melakukan kezaliman".
2) Sesungguhnya di antara doa yang sangat dimakbulkan Allah SWT, dan tiada hijab dengan Allah ialah doa orang yang dizalimi.
3) Justeru, tidak mustahil kadangkala mereka yang menzalimi orang lain, akan dibalas cash oleh Allah di atas dunia lagi.
4) Di antara cara pencegahan kepada penzalim ialah, dengan menyedarkan mereka dengan ingatan dan nasihat yang tegas.
5) Oleh itu, doa Tuan Guru Nik Aziz agar PM berubah fikiran memberikan royalti kepada Kelantan dan jika tidak akan ditimpa bala, merupakan manifestasi pencegahan yang dianjurkan oleh agama agar penzalim tidak melakukan kezaliman.
6) Menukar istilah wang royalti kepada wang ihsan, disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan tidak melalui kerajaan negeri Kelantan, adalah lambang kepada kezaliman yang akan berlaku.
7) Maka, ada baiknya doa yang dilafazkan itu, menyedarkan PM, UMNO dan BN agar tidak sewenang-wenangnya menafikan hak rakyat dan kerajaan negeri Kelantan, dari mendapat manfaat royalti petroleum tersebut!
5 Disember 2009, 18 Zulhijjah 1430 Hijrah,
11.32 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan