
1) Kembali ke Kuching untuk memulakan tugas tanpa isteri dan anak-anak di sisi, meskipun hanya untuk 10 hari, merupakan cabaran yang besar.
2) Makan sendiri, gosok baju sendiri, basuh baju sendiri adalah lumrah apabila tinggal berjauhan dengan keluarga tersayang.
3) Baru saya sedar dan mengalaminya, bagaimana peritnya mereka yang menempuh alam PJJ(Perkahwinan Jarak Jauh). Namun, demi kebahagiaan rumahtangga, dan karier yang telah dibina, dipendam perasaan rindu dan kasih sayang apabila berjauhan.
4) Anak-anak kadangkala tidak kenal dengan rapat siapa ayah dan ibu mereka, namun pertemuan yang dirancang mungkin 2 kali sebulan atau setiap minggu, setelah penat bekerja di hari biasa, boleh mengeratkan lagi kasih sayang.
5) Sesungguhnya begitulah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim ke atas isterinya-Siti Hajar dan anaknya-Nabi Ismail. Di atas menjunjung perintah Allah, sanggup dikorbankan kasih sayang kepada isteri dan anak yang masih kecil, yang ditinggalkan di lembah yang kering kontang.
6) Pengorbanan bertambah hebat, apabila diperintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri. Benarlah firman Allah " Ada kemungkinan apa yang kamu suka, buruk untuk kamu, dan apa yang kamu benci, baik untuk kamu ".
7) Tidaklah saya bermaksud menjadi seorang yang lemah bila tiada isteri dan anak-anak di sisi, namun merasai sendiri pengorbanan sahabat PJJ, amat menginsafkan saya.
1 Disember 2009, 14 Zulhijjah 1430 Hijrah,
12.01 tengahari, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan