
1) Tidak dinafikan kita ini insan lemah yang banyak dosa.
2) Setiap kali kita berdosa, maka dianjurkan bertaubat nasuha.
3) Dosa ada 2 kategori. Kepada Allah dan sesama manusia. Dosa kepada Allah, boleh terhapus dengan taubat nasuha, manakala dosa sesama manusia tidak akan terangkat selagi mana kita tidak meminta maaf kepada manusia yang kita tindas dan zaliminya.
4) Bukan sahaja melakukan maksiat berdosa, tetapi menangguhkan taubat juga berdosa. Ada orang membuat dosa dan bertaubat, namun tetap kembali melakukan dosa kerana mungkin taubatnya tidak menepati syarat yang ditetapkan-menyesal atas dosa yang dilakukan, bertaubat nasuha dan berazam tidak mengulanginya lagi.
5) Sebab itu ada beza di antara taubat dan tau buat. Jika taubat-dimaksudkan taubat nasuha, kesannya ternampak dengan dia tidak mengulangi dosa yang silam. Namun tau buat, dia bertaubat dengan tidak sepenuh hati.
6)Moga Allah menerima taubat kita dan bukan tau buat, yang akhirnya menjenamakan kita manusia hipokrit di depan Allah SWT.
4 Disember 2009, 17 Zulhijjah 1430 Hijrah,
3.53 petang, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan