
1) Kecoh satu Malaysia apabila Dr Asri ditangkap. Apatah lagi apabila PM, mantan PM dan ahli politik membuat ulasan betapa prosedur tangkapan oleh JAIS boleh dipersoalkan.
2) Ada pihak yang mengatakan ini suatu lagi siri sabotaj kepada Kerajaan PR di Selangor.
3) Tidak kurang pula yang menganggap tindakan JAIS adalah tindakan yang wajar. Ini kerana jika kita tidak mempunyai tauliah, sedangkan itu telah ada dalam peruntukan undang-undang, sesiapapun boleh didakwa.
4) Dr Asri juga dikaitkan dengan jawatan YDP YADIM yang baru bagi menggantikan Datuk Nakhaie Ahmad. Justeru, PGSM bersama 15 NGO Islam yang lain membantah perlantikan tersebut, disebabkan fikrah Dr Asri yang dikatakan pro-Wahabi.
5) Apapun bagi saya sememangnya prosedur penangkapan oleh JAIS disebabkan tiada tauliah boleh dipersoalkan, namun kehadiran Datin Paduka Marina Mahathir dan wakil Sister In Islam di Mahkmah Rendah Syariah, Gombak Timur semalam bagi menyokong Dr Asri, agak meragukan saya.
6) Moga kebenaran akan berpihak kepada mereka yang ikhlas memperjuangkan agama Allah SWT.
3 November 2009, 15 Zulqaedah 1430 Hijrah,
10.43 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan