Selasa, 3 November 2009

Marina Mahathir dan SIS sokong Dr Asri?





1) Berdasarkan gambar di atas, timbul beberapa persoalan. Apa hubungan istimewa di antara Datin Paduka Marina Mahathir, Lembaga Pengarah Sisters in Islam-Zainah Anwar dengan Dr Asri sehingga mereka sanggup turun padang memberikan sokongan?

2) Apa pula pendirian YB Saari Sungib dan YB Zuraidah Kamarudin yang turut hadir sewaktu Dr Asri menyampaikan kuliahnya? Sehingga kini, belum ada statement dari mereka.

3) Saya petik di sini beberapa komentar dari Datin Paduka Marina Mahathir tentang ulasan seorang pegawai JAKIM-Ustaz Zamihan yang bertugas di ILIM tentang status ijazah Dr Asri yang boleh dipersoalkan. Komentar beliau termasuk menolak fatwa pengharaman yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan nampaknya selari dengan pendirian Dr Asri yang berpandangan Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya memikirkan isu yang lebih besar berbanding pengharaman yoga.

Petikan dari blog Datin Paduka Marina Mahathir

Just when you thought Dr. Asri's arrest was just a Selangor JAIS foul-up, guess who wades in as well! This makes it interesting doesn't it, since JAKIM is a Federal Government institution???

Is this a case of all sorts of resentment and hatred all spilling out?

Jakim: Asri palsukan kelulusan Syariah
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin didakwa memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.

"Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. Sekiranya seseorang itu berkelulusan syariah, minor pengajian biasanya melibatkan bidang berkaitan seperti 'fiqh wa usul'."Pengajian Bahasa Arab dibenarkan untuk mengambil minor Syariah tetapi hanya sebagai subjek elektif. Sekiranya ia diambil sebagai elektif, maka ia tidak dikira sebagai pelajar syariah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan Mohd. Asri selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay semalam. (Now why should JAKIM mengulas tindakan JAIS when JAIS themselves couldn't at the court yesterday?)

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu disebabkan beliau menyampaikan kuliah tanpa tauliah. (But they didn't charge him with that.)

Dalam pada itu, Zamihan berkata, tindakan JAIS adalah berlandaskan Akta Kesalahan Syariah yang diguna pakai di seluruh negeri di bawah kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri. Menurutnya, kebenaran mengajar agama di seluruh negeri memerlukan pentauliahan bagi menjamin keharmonian pegangan agama umat Islam di negara ini.

"Tidak kira seseorang itu professor sekalipun, dia perlu memohon dan menghadiri temu duga yang dijalankan oleh pihak agama Islam negeri," katanya. (OK, let's see the list of those who are bertauliah then.)

Beliau turut mendakwa, pendekatan Asri banyak menggunakan metodologi fahaman Wahabi iaitu sayap dalam Islam yang memahami ajaran agama secara ekstrem. (I guess it's extreme if you propagate being nice to your non-Muslim friends, to animals, and saying that women should get a better deal?)

Menurutnya, golongan tersebut tidak mengikut pendekatan mazhab yang diamalkan di negara ini. "Bacaan talkin, tahlil, wirid, qunut dan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat semuanya dikatakan bidaah sekali gus mengelirukan masyarakat di negara ini.
"Selain itu, kebanyakan hujahnya juga banyak bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya. (Including ridiculous fatwas against yoga. Lots of us don't agree with that either.)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Well, well, well... if this is the case, let us check all the qualifications of every single Mufti in the country then. And those in high office as well. Say, the Minister in the PM's Department in charge of religious affairs ( and in charge of JAKIM) and that two-for-one Deputy Minister with all the make-up?


Meanwhile, I think Dr. Asri should simply sue JAKIM for defamation. And that comes into the purview of the civil courts. If anyone says he should go into the syariah courts instead, then we are well and truly up the creek.

Dipetik dari http://rantingsbymm.blogspot.com/


Moga kita dapat menilai isu yang tersirat di sebalik penangkapan Dr Asri yang kontroversi ini dan difahamkan pada malam ini, beliau akan membuat penjelasan(berdasarkan laman web beliau-http://www.drmaza.com)di bawah tajuk Gelombang Fitnah, bertempat di Institut Ibnu Qayyim.



3 November 2009, 15 Zulqaedah 1430 Hijrah,

3.08 petang, Malaysia Timur

1 ulasan:

Nik Adzhar berkata...

Wahabi,wahabi,wahabi.Asyik2 dituduh wahabi.Misteri sungguh manusia ni. Kalau tak nak terima pandangan/ajaran dia sudah la,kenapa nak kait dgn Wahabi pulak?

Kesian la kat arwah Syeikh Abdul Wahhab tu.Susah2 dia lawan bid'ah,khurafat.Org kata dia wahabi/kaum muda.

Minta penjelasan jabatan agama pasal kaum muda.
/kaum tua.

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude