
1) Episod penahanan Dr Asri memasuki babak baru, apabila Mufti Perak dan Dr Mashitah-Timbalan Menteri di JPM mengulas betapa penahanan Dr Asri oleh JAIS adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
2) Selain itu, Dr Uthman al-Muhammady juga mengulas bahawa tauliah itu penting dalam mengelakkan berlakunya ajaran sesat dan sebagai seorang intelek perlu akur dengan peraturan yang ditetapkan.
3) Dr Asri juga berniat ingin menyaman Ustaz Zamihan al-Ghari; seorang pegawai JAKIM yang menyatakan sijil Dr Asri yang diperoleh boleh dipersoalkan.
4) Dr Asri juga mendapat sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pimpinan politik, NGO, artis dan pelbagai pihak lagi.
5) Cuma sekadar suatu ingatan, dalam gelombang fitnah yang diperkatakan Dr Asri malam tadi, diharapkan agar berwaspada dengan sifat ujub ; berbangga dengan kelebihan diri sendiri sehingga menganggap semua orang salah dan hanya dirinya sahaja yang benar dan betul.
6) Sesungguhnya sifat ujub; tertipu dengan kelebihan diri sendiri merupakan suatu penyakit hati yang boleh membinasakan seseorang lantaran melihat sokongan padu dalam menempuh badai fitnah. Moga Allah SWT memberikan petunjuk kepada kita semua!
4 November 2009, 16 Zulqaedah 1430 Hijrah,
9.46 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan