1)Jenazah > jasad manusia yang sudah mati (Roh dan jasad ibarat sim card & handset).
2)Allah memuliakan jenazah umat Islam dengan menetapkan syariat agar dapat diurus dengan sempurna.
3)Mati menurut bahasa > sesuatu keadaan di mana pernafasan dan gerakan anggota tubuhnya berhenti berfungsi. Mati menurut Islam > Keadaan di mana berpisahnya roh halus(nyawa) dengan tubuh yang dicabut oleh Izrail.
4)Orang yang nak mati akan mati.Orang yang tak nak mati akan mati. Orang yang bersedia untuk mati akan mati. Orang yang tak bersedia untuk mati akan mati.
5)“Orang yang paling bijak ialah orang yang boleh menguasai dirinya (menyucikan jiwanya) serta beramal untuk kehidupan sesudah mati”. (Hadith riwayat Tirmizi, Ahmad, Hakim dan Ibn Majah).
6) Doa memperoleh kematian yang baik. “ Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, dan matikanlah kami dengan iman, dan himpunkanlah kami dengan iman dan masukkanlah kami ke dalam syurga dengan iman ”. “ Ya Allah tamatkanlah kesudahan(hidup) kami dengan kesudahan yang baik. Dan janganlah Engkau tamatkan kesudahan (hidup) kami dengan kesudahan yang tidak baik ”.
7) Kita akan merasai Alam 5R. Alam Roh,Alam Rahim, Alam Ranjau, Alam Reput, Alam Rasa.
8) “Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat" (al-Mulk, ayat 2)
9) Mati syahid (berjuang menegakkan kalimah Allah-paling mulia), mati lemas, mati terbakar, mati bersalin, mati kerana sakit (Kanser/AIDS), mati kerana accident, mati ketika beribadah, mati ketika melakukan maksiat, mati membunuh diri.
(Yang penting bukan cara mati, tetapi cara hidup kerana cara hidup yang akan menentukan cara mati!)
21 Oktober 2009, 2 Zulqaedah 1430 Hijrah,
1.15 petang, Malaysia Timur
1 ulasan:
ya rabb..Allhuma na'khtimlana bi husni khatimah, wala na'khtimlana bi su''uii khatimah...
ibnmumtaz82.blogspot.com
Catat Ulasan