1) Saya menerima sms dari Ustaz Ramadhan Fitri yang memberitahu kepulangan anakandanya-Nur Fatimah ke Rahmatullah jam 6.20 pagi tadi.
2) Sepanjang perkenalan dan persahabatan saya dengan akhi Ramadhan, beliau adalah seorang insan yang dianugerahkan Allah SWT pelbagai kelebihan seperti berbahasa Arab dan Inggeris dengan lancar, ucapan dan pidato yang penuh bersemangat, disulami ungkapan penuh hikmah, serta seorang yang mampu mengurus dan mentadbir dengan efisyen. Bahkan isterinya, Khadijah tidak kurang hebatnya dengan penampilannya bersama Nisa'.
3) Setelah hampir 13 hari di ICU, akhirnya Allah SWT lebih menyayangi Nur Fatimah-juga cucu kepada Ustaz Elias Zakaria-mantan Pengarah Pusat Pengajian Islam USM Penang. Kita meyakini pemergian anak kecil ini, Insya Allah akan diganti dengan yang lebih baik oleh Allah SWT.
4) Lama juga saya tidak berkesempatan bertemu dengan Ramadhan, namun anak muda yang penuh bersemangat dan ahli gerakan Islam tanahair yang komited ini, pasti diganjari Allah SWT berkat kesabaran beliau dan isteri di atas pemergian anak sulung mereka. Moga arwah Nur Fatimah menjadi peneman kalian di syurga kelak. Amin.
5) Salam takziah dari ana sekeluarga di Bumi Kenyalang. Moga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
22 Oktober 2009, 3 Zulqaedah 1430 Hijrah,
3.58 petang, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan