
1) Saya bersama dengan sekumpulan pelajar sekolah agama pada pagi ini. Dimaklumkan awal kepada saya, mereka pelajar yang bermasalah dan hardcore di sekolah.
2) Asalnya saya tidak menjadikan itu semua sebagai benteng saya berkomunikasi dengan mereka. Dengan pendekatan memujuk, menegur dan touching, saya bersyukur majoriti memberikan kerjasama dalam slot yang dikendalikan. Semuanya dengan izin Allah SWT.
3) Namun yang mengejutkan saya, bila mana ada di antara peserta yang didapati membawa pil nospain(jenis dadah/ganja). Agak ralat dan terkilan, kerana mereka adalah pelajar sekolah agama.
4) Kini, belajar di sekolah agama juga belum tentu memberikan jaminan anak-anak kita mempunyai jatidiri yang kuat menolak anasir buruk ini. Dadah seumpama arak, yang bisa mengkhayalkan dan akhirnya menghancurkan penagihnya. Belajar di sekolah agama, tetapi minum arak dan menelan pil khayal, benda yang biasa bagi segelintir mereka.
5) Semua pelajar yang terlibat apabila ditanya, salah laku mereka ini tidak diketahui oleh kedua orang tua mereka. Saya hanya mampu berdoa bersama teman-teman urusetia, dan nampak sinar harapan bahawa mereka boleh berubah.
6) Kepada semua ibu bapa dan guru, di depan kita mungkin anak-anak dan anak murid kita baik, tetapi mungkin tidak di belakang kita. Moga Allah SWT menyelamatkan mereka dari godaan nafsu dan syaitan yang senantiasa ingin menyesatkan manusia;mengikut jalan yang terpesong dari rahmat Allah SWT.
20 Oktober 2009, 1 Zulqaedah 1430 Hijrah,
4.17 petang, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan