
1) Sudah lama peperiksaan besar seperti PMR dan SPM ditinggalkan. Namun kenangan sewaktu menghadapinya tidak dapat dilupakan.
2) Saya teringat sewaktu mengambil PMR pada 1995 di SMAP Kajang, sewaktu awal tahun, saya biasa tertidur dalam kelas subjek BI yang diajar oleh seorang guru beragama Sikh. Akibat ketiduran saya, satu kelas dileterinya. Seorang sahabat menasihatkan saya meminta maaf padanya dan berjanji tidak mengulanginya.
3) Ternyata, dalam memperoleh ilmu, seorang guru perlu dihormati walaupun dia non-Muslim. Apatah lagi pesan Saidina Ali"Barangsiapa yang mengajar kamu tentang suatu ilmu, dia telah dianggap guru kamu".
4) Justeru, walaupun telah mempunyai Master dan PhD, tidak menghalang kita untuk merendah diri, belajar seuatu yang tidak kita tahu dari mereka yang lebih tahu. Alhamdulillah, saya dan hampir 40 orang kawan yang lain memperoleh 9A dalam PMR 1995 itu.
5) Namun kini, yang menjadi kebimbangan kita ialah tekanan para pelajar yang terlalu ingin mendapat straight A sehingga apabila tidak mencapainya, sanggup membunuh diri!. Justeru, saya berpesan apa yang penting adalah kita menghayati dan mengamalkan isi kandungan setiap subjek yang dipelajari, agar dapat dijadikan bekalan dalam perjalanan kehidupan mendatang yang sangat mencabar.
6) Mendapat A dalam Pendidikan Islam, tidak lagi menjadi kebanggan kita, sekiranya akhlak dan syakhsiyyahnya jauh dari peribadi sebenar seorang Muslim. Difahamkan seramai 475,182 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini menduduki peperiksaan itu di seluruh negara. Manakala sebanyak 3,496 pusat peperiksaan PMR dengan 28,028 petugas disediakan bagi mengendalikan peperiksaan tersebut. Semoga para calon PMR 2009 memperoleh kejayaan yang cemerlang dari sudut akademik dan akhlaknya. Dan jangan lupakan DUIT-Doa,Usaha,Istiqamah dan Tawakkal.
7 Oktober 2009, 18 Syawal 1430 Hijrah,
12.23 tengahari, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan