Selasa, 13 Januari 2009

Teguh dan thabat dalam perjuangan Islam

Dua tokoh pemuda yang pernah mentarbiyyah, mendidik dan membimbing saya(di sebelah kiri Ustaz Nasrudin Hassan al-Tantawi dan di sebelah kanan adalah Ustaz Riduan Md Noor)
Ternyata, bila berada di bumi Kenyalang ini, banyak dugaan dan cabaran yang kadangkala melemahkan semangat untuk terus istiqamah bersama perjuangan Islam. Di antaranya :
1) Kekangan untuk menzahirkan diri disebabkan terlibat dengan perkhidmatan awam.
2) Kebimbangan untuk melibatkan terus dengan gerak kerja kerana diawasi oleh mereka yang berkenaan.
3) Kebanyakan yang terlibat dalam perjuangan di sini, adalah kakitangan awam menyebabkan perjuangan Islam di sini kurang menonjol dan menyerlah.
4) Sering dimomokkan akan berpindah ke pedalaman jika terlalu aktif.
5) Ada juga sahabat yang bimbang tentang rezeki yang akan disekat(dipecat, digantung tugas) kerana telah menandatangani akujanji.
Apabila saya merenung kembali, benar ini di antara ujian yang perlu dihadapi. Namun begitu, saya dan sahabat seperjuangan terutamanya yang terlibat di sini, berdoa agar kami terus thabat dan istiqamah bersama perjuangan Islam. Rezeki dan kerja, hakikatnya telah dijamin Allah dalam Luh Mahfuz. Apapun kami, di sini tetap mengambil langkah berhati-hati, memandangkan berdasarkan posisi masing-masing kini, ada peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan.
Buat sahabat-sahabat yang mungkin tenggelam dan hanyut dengan keadaan sekeliling, diharapkan agar bangkit dan sedar dengan tanggungjawab yang cukup besar menanti kita, khususnya membangun masyarakat yang menghayati Islam dalam kehidupan.
Buat 2 tokoh pemuda Islam di atas, tahniah dan adikmu ini sentiasa mendoakan agar antuma berdua menjadi lambang keberanian, keteguhan semangat dan keyakinan rezeki di tangan Allah seorang pemuda yang senantiasa mengharapkan keredhaan Allah dan Rasul sebagai matlamat hidup yang utama. Syukran di atas sekelumit perkongsian pengalaman dan tunjuk ajar selama ini, agar ianya menjadi panduan dan bekalan di hari mendatang yang penuh ranjau dan liku. Amin.
p/s: Siaran langsung sewaktu perbahasan usul tentang Palestin di Parlimen, masih menampakkan sikap double standard TV1(dulunya RTM 1). Semasa Ketua Pembangkang-Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahas, hanya sedikit siaran langsung yang ditunjukkan, yang kemudiannya terus ditamatkan. Semoga usul membantah kekejaman Israel semalam, membuka mata dunia bahawa negara kecil seperti Malaysia boleh bersatu dengan mengenepikan perbezaan politik demi sebuah negara Palestin yang aman.
16 Muharram 1430 Hijrah, 13 Januari 2009
1.24 petang, Malaysia Timur

6 ulasan:

Abu Muazz berkata...

salam, izwan... teruskan usaha murni di sana. semoga ALLAH akan sentiasa bersama dalam setiap gerakkerja yang dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah. Enta juga kt ana.Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Amin.

Tanpa Nama berkata...

Maksud ana-enta juga kt sana. Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung

perantau.tt berkata...

Salam akhi, kawan lama sejak sekolah rendah.. hehe

bagus blog, sarat dengan ide baru dan bernas.. aku tahu ko memang pandai menulis sejak sekolah rendah lagi.. hehe.. tu cikgu Malek (cikgu kelas kita merangkap cikgu BM) sayang kat ko

:)

Azs

Tanpa Nama berkata...

takdelah pandai sangat. Apapun tk atas ziarah. Mesti dah mantap bahasa arab ko. Insya allah ada rezeki sampailah aku kt saudi arabia nanti

Tanpa Nama berkata...

takdelah pandai sangat. Apapun tk atas ziarah. Mesti dah mantap bahasa arab ko. Insya allah ada rezeki sampailah aku kt saudi arabia nanti

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude