Isnin, 12 Januari 2009

Hujan air di Sarawak, hujan bom di Palestin

Sebagaimana yang semua maklum, kini-Sarawak dilanda banjir khusunya di kawasan Kuching, Sri Aman dan Sibu. Hampir 3,000 orang telah dipindahkan ke kawasan penempatan sementara. Hujan lebat dijangka berterusan sehingga Rabu ini. Di sini musim banjir dipanggil musim landas. Kelmarin dan semalam, hujan lebat berterusan sehingga 26 jam, menyebabkan banyak kawasan rendah ditelenggami air.
Dalam kuliah subuh, yang sempat saya sampaikan pagi semalam dalam keadaan hujan yang lebat-terpaksa meninggikan suara demi berlawan dengan bunyi hujan lebat-saya nyatakan kepada jamaah, bahawasanya kita masih bernasib baik kerana kita di Kuching ini, baru ditimpa hujan air, sedangkan umat Islam Palestin digugurkan hujan bom berantai dan terkini bom kimia.
Benar, kalau kita nak membandingkan nasib kita di Malaysia lebih baik, tetapi berdasarkan pengamalan Islam di kalangan Muslim Malaysia, masih banyak yang boleh diperbaiki.
Tertarik dengan isu umat Islam suatu ilusi, sedangkan golongan Yahudi dan Nasrani adalah realiti walaupun sedikit oleh Saifuliislam.com, cuba kita renung seketika di antara sifat-sifat orang mukmin yang berjaya dalam surah Mukminun. Di antaranya :
1) Solat yang khusyuk
2) Hindarkan perkara lagha(sia-sia)
3) Menjaga kemaluan mereka(dari berzina)
4) Menjaga amanah dan menepati janji
5) Menjaga solat
Natijahnya, mukmin yang menepati ciri-ciri ini, akan menjadi golongan pewaris Jannatul Firdaus dan kekal di dalamnya. Sebab itu, kita yakin, segala apa yang menimpa umat Islam kini, sebagai suatu bala dan ujian agar umat Islam mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenar dalam seluruh aspek kehidupan. Segala isme seperti sekularisme, nasionalisme, liberalisme, kapitalisme yang merupakan tajaan Yahudi Nasrani perlu dikikis terus dari minda yang telah menjadi tempat bersarang sekalian isme jahanam itu.
Semoa Allah memberi kekuatan kepada umat Islam Palestin di saat Liga Arab dan OIC hanya menjadi penonton. Ingatlah kita semua akan ditanya oleh Allah, di atas kelemahan kita membantu mereka dan bertanggungjwab di atas kematian anak-anak Islam Palestin yang merupakan generasi pelapis.
p/s: Hujan di Sarawak juga mungkin sebagai tanda ingatan dari Allah kepada mereka yang terus menerus mengabaikan amanah kepada rakyat marhaen miskin yang masih ramai di sini.
15 Muharram 1430 Hijrah, 12 Januari 2009,
11.10 pagi, Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude