Khamis, 8 Januari 2009

Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Salam buat semua. Alhamdulillah dalam tempoh 3 malam saya mengajar di surau sekitar Kuching, saya telah menegaskan kepada mereka :
1) Amalkan doa "Ya Allah bantulah Islam, dan umat Islam dan Mujahidin Islam khususnya di Palestin dan Iraq dan juga di setiap tempat dan masa.
2) Amalkan doa qunut nazilah yang diamalkan oleh Nabi SAW apabila berlaku seuatu musibah dan malapetaka khususnya kepada umat Islam.
3) Melaksanakan solat sunat hajat agar diselamatkan umat Islam Palestin khususnya anak-anak yang tidak berdosa, kaum wanita yang lemah dan berikan keberanian dan kemenangan kepada pejuang Hamas.
4) Memboikot semampu mungkin barangan Amerika dan Israel seperti KFC, McDonald, kereta Ford dan Chevrolet
Akhir kalam, keganasan Israel dan sikap pekak badak US, menjelaskan kepada kita mereka kini mengawal dunia. OIC hanya tinggal Oh I see NATO menjadi No Action Talk Only dan PBB menjadi Pertubuhan Boneka Bebal. Negara Arab terutamanya Mesir yang dipimpin Hosni Mubarak, jelas musuh dalam selimut kepada umat Islam. Semuanya akibat penyakit al-Wahn(cinta dunia dan takut mati). Moga Allah menyelamatkan umat Islam Palestin dan hancurkan Israel. Amin. Takbir!
8 Januari 2009, 11 Muharram 1430 Hijrah
11 pagi Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude