Jumaat, 9 Januari 2009

Hanya yang mati selamat di Gaza?


Sikap angkuh Israel dan Amerika akan dibalas oleh Allah. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Nabi SAW bersabda " Tidak akan berlaku kiamat sehingga golongan Yahudi memerangi(membunuh) kamu (Muslimin), kemudian kamu bangkit dan memerangi mereka. Sehinggalah mereka(Yahudi) bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Dan ketika itu, batu dan pokok berkata"Wahai Muslim, di belakangku ini ada Yahudi, bunuhlah dia", sehinggalah mati kesemua golongan Yahudi".

Hari ini, mereka membunuh anak-anak Palestin yang merupakan generasi pewaris. Mereka memperkosa muslimah Palestin yang lemah. Dan mereka bertempur hebat dengan pejuang mujahidin Hamas yang senantiasa dalam fikiran mereka, samada menang ataupun mati syahid, demi mempertahankan maruah Islam dan kedaulatan tanahair.

Bangsa Arab di sekitar Timur Tengah hanya menjadi badak sumbu yang pekak, lantaran menjaga kepentingan duniawi masing-masing. Kita yang jauh di Malaysia, jangan lupa bertindak - sekurang-kurangnya berdoa agar diselamatkan umat Islam Palestin, kerana doa adalah senjata orang mukmin.

Namun berdasarkan realiti, umat Islam di negara kita juga ada yang tidak mengambil endah dengan apa yang berlaku di Palestin. Kenyataan wakil Coca Cola di Malaysia meminta rakyat tidak memboikot minuman tersebut, demi kebajikan pekerja yang beragama Islam dalam syarikat tersebut.

Benar, kalau sudah itu tempat mencari rezeki agak payah untuk menerima saranan boikot, tetapi jika sanggup berkorban demi agama, akan diusahakan pekerjaan lain yang lebih mulia, walaupun hanya menyapu sampah di bangunan atau di tepi jalanraya.

Apapun kata-kata "hanya yang mati selamat di Ghaza", menampakkan sikap pasif umat Islam. Bantuan perlu diberikan semampu mungkin, derma dihulurkan sebagai tanda kebersamaan dan mengecam dengan mengadakan demonstrasi aman juga, syiar Islam yang perlu ditegakkan. Moga Allah meneguhkan hati umat Islam agar kembali kepada Allah, umat Islam Palestin selamat dan Israel dan US yang keji dan jijik itu, dihancurkan oleh pejuang Islam dan tentera Allah. Allahu Akbar!

9 Januari 2009, 12 Muharram 1430 Hijrah

4.02 petang, Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude