Salam buat semua pembaca budiman. Setelah hampir 2 bulan saya menyepi dari dunia blog akibat kesibukan dan semangat yang semakin luntur untuk menulis dalam blog tercinta ini, Alhamdulillah, akhirnya saya diberi kekuatan pada tengahari 1 Januari 2009 untuk kembali menulis.
Saya yakin, para pengunjung setia blog ini sudah tentu menantikan buah tangan terbaru dari saya. Apapun boleh saya berkongsi pengalaman seperti berikut :
1) 3-28 Disember saya pulang ke Kuala Lumpur untuk bercuti sempena Raya Haji dan cuti akhir tahun. Sepanjang saya bercuti, saya sempat memberi kuliah di surau-surau seperti di Flat Sri Perindu, Pandan Perdana, Cheras Indah dan Maju Jaya.
2) Saya juga sempat memberikan ceramah motivasi kepada pelajar Jabatan Syariah Undang-Undang Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS) dan anak-anak penggerak gerakan Islam Wilayah Persekutuan.
3) Saya juga sempat bersama dengan sahabat-sahabat pemuda Islam Wilayah Persekutuan yang terus istiqamah menggerakkan dakwah di kota metropolitan. Syukran buat Ustaz Suhaimi dan akhi Lokman Ibrahim. Tak lupa juga sahabat-sahabat yang lain.
4) Saya juga sempat berukhuwwah kembali bersama sahabat sebatch di UM dulu dalam Perjumpaan Besar Generasi Dynamic di Tanjung Harapan Resort, Kuala Kangsar. Alhamdulillah, walaupun majoritinya telah bekerja, tetapi pengorbanan setiap dari kita telah berjaya menemukan kita dalam suasana yang penuh ceria dan terkenang kembali saat ditarbiyyah bersama suatu ketika dahulu.
5) Pada 27 Disember-sehari sebelum saya pulang ke Kuching, sempat saya menghadiri walimah sahabt karib saya-Ustaz Hisommudin Bakar di Ipoh.Wajah yang ceria dan majlis yang meriah dan penuh bermakna, diiringkan bersama doa agar kekal bahagia hingga ke syurga. Amin.
Dalam suasana menyambut Tahun baru 2009, sempat saya meninjau keadaan di Bandar Kuching malam tadi. Walaupun tiada sambutan besar seperti di Kuala Lumpur, masih ramai remaja Islam yang meraikannya. Di kelab-kelab malam, dipenuhi dengan golongan muda Cina yang sibuk berpesta sehingga mabuk.
Pada waktu yang sama, umat Islam di Palestin terus dibunuh dan sehingga kini hampir 400 orang telah terkorban. Ya Allah hancurkanlah rejim zionis Israel dengan bantuan tentera-tenteraMu!
Akhir kalam, bertemu di coretan lain. Dan agar terus thabat dengan azam untuk mendaulatkan agama Allah walau di mana kita berada. Takbir!
1 Januari 2009, 4 Muharram 1430 Hijrah,
1.20 petang, Malaysia Timur.
1 ulasan:
Very good!
Catat Ulasan