Rabu, 5 November 2008

Dari mana datangnya RM 7 bilion?


Sehingga petang ini, masih berlaku pertikaian di antara ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat berhubung isu ini. Saya cuba memberikan pandangan seperti berikut :

1) Mengapa pengumuman bajet tambahan ini dibuat secara tergesa-gesa?

2) Dari mana datangnya sumber RM 7 bilion untuk menyuntik ekonomi negara yang turut terpalit dengan kemelesetan ekonomi dunia?

3) Pembelian 12 buah helikopter Eurocopter yang disahkan tiada sebarang penyelewengan oleh PAC, masih menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat dan pemerhati politik.

4) Segala langkah yang diambil sebagaimana penjelasan oleh Najib, TPM-sememangnya nampak cantik di atas kertas. Tinggal lagi, yang akan sentiasa diperkatakan adalah mekanisme pelaksanaan segala perancangan tersebut. Diharap tidak berlaku ketirisan kepada kroni-kroni pihak tertentu.

5) Dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kewangan ; Husni Hanadzlah-RM 7 bilion diperoleh hasil penjimatan subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan apabila paras minyak dunia melepasi USD70 setong. Sebelum ini juga diwar-warkan, banyak penjimatan berlaku tetapi hasilnya tidak jelas kelihatan terutama dalam aspek penambahbaikan sistem pengangkutan meliputi LRT, RapidKL, komuter dan sebagainya.

6) Diharap pihak pemerintah telus dan tidak lagi memperkotak-katikkan rakyat dengan fakta yang tepat.


5 November 2008, 7 Zulqaedah 1429 Hijrah,

4.20 petang, Malaysia Timur

1 ulasan:

runescape gold berkata...

where you come from!

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude