Rabu, 5 November 2008

2 Tokoh Kulit Hitam Mencetus Sensasi Dunia!

Telah sah dan muktamad Barrack Obam mecipta sejarah sebagai Presiden US yang pertama berkulit hitam dan sebagai Presiden US yang ke-44 dalam turutan sejarah Presiden US. Dengan dasar luar US yang akan dikaji terutamanya penempatan tentera US di Afghanistan dan Iraq, serta latarbelakang keluarga yang beragama Islam, sudah pasti seluruh dunia menantikan perubahan yang bakal dicetuskan oleh Obama.

Tidak lupa juga kepada Lewis Hamilton yang menjadi juara termuda dan pemandu kulit hitam pertama dalam sejarah perlumbaan Formula One. Dengan gaya pemanduannya yang cekap dan mengkagumkan peminat, kini mereka ternanti-nanti adakah Hamilton bakal mengulang kejayaan Shumacer.
Bagi saya, kejayaan 2 tokoh kulit hitam dalam tempoh 2 minggu ini, sangat menggemparkan dunia. Ternyata, orang sudah boleh menerima perbezaan warna kulit dalam menentukan soal kepimpinan dan sokongan yang padu kepada pemandu, asal sahaja mereka menampilkan prestasi yang hebat.
Bagi orang Melayu yang beragama Islam, dalam negara seharusnya lebih hebat lagi kerana kita dipacu dengan agama yang syumul. Cuma segala sikap dan sifat yang tidak bais harus dikikis agar bangsa Melayu Islam kembali disegani di dalam negara.
5 November 2008, 7 Zulqaedah 1429 Hijrah,
4.00 petang, Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude