Isnin, 30 Jun 2008


PENGKALAN CHEPA, 29 Jun (Hrkh) Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.

Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni, katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998.

Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat.

Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, di negara ini tuduhan liwat terhadap seseorang bagi menjatuhkan karier politiknya seperti menjadi amalan biasa.

Di Malaysia sudah jadi begitu suka tuduh menuduh. Berapa kali telah dibuat tuduhan begitu.

Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain.

Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh,� ujar beliau.

Menurutnya juga dalam Islam ada lima perkara yang mesti dikenakan hudud iaitu murtad kerana ia terlibat dengan akidah, dan mencuri membabitkan harta benda orang lain.

Manakala tuduhan zina boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Beliau berkata, tuduhan zina mesti ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan.

Menurutnya hakim sudah melepaskan Anwar terhadap tuduhan liwat sebelum ini dan sekarang tuduhan serupa pula cuba diulangi.

Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak,� katanya. Beliau juga mengakui tuduhan yang dibuat itu secara tidak langsung boleh menjejaskan imej pembangkang.

Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini,� katanya.

Beliau berkata begitu juga dengan tuduhan rasuah terhadap seseorang mesti ada bukti yang jelas dan tidak boleh dibuat sesuka hati.

Ulasan : Nampaknya isu Anwar ini cuba mengalih isu Rosmah yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan isu kenaikan harga barang dan minyak. Ya Allah peliharalah pejuang kebenaran di jalanMu dan hancurkan segala pakatan musuhMu !

PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya



Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk 'menyembunyikan' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi "kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri".

Menurutnya, keputusan untuk meletakkan Anwar di tempat selamat dibuat oleh parti dan bukannya keputusan Anwar sendiri.

Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan Anwar berlindung di sebuah kedutaan, beliau berkata menegaskan Anwar berada dalam negara.

Katanya, Anwar menafikan dakwaan liwat terhadapnya. Syed Husin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "satu percubaan yang paling jelik dan hina".

Manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahaya.

"Kita akan bincang dengan peguam. Apa yang beliau hadapi adalah ancaman kematian. Perkara ini serius. Ini merupakan konspirasi politik yang kedua dalam negara kita. Buka mata

"Sebelum ini, pada 1998. Apa mereka buat, badan kehakiman, polis. Kami keluar IPCMC, tiada apa yang berlaku. Kami dapati tiada sebab untuk percaya badan kehakiman. Jadi apa pilihan? Kami mesti membuat pilihan ini. Kami mesti melindunginya.

"Ramai rakyat Malaysia mencari pemimpinan Anwar dan kita mesti melindunginya. Bukan sebab dia suami saya dan bapa kepada anak-anak, tetapi dia pemimpin kita semua," katanya.

Beliau yang juga isteri Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman.

"Kali pertama ia membuka mata bahawa kehakiman kita tidak boleh dipercayai dan polis. Bukan semua, saya tidak kata semua sebab sekarang sudah ada hakim macam Ian Chin. Pada masa dahulunya menunjukkan kita tidak boleh percayai sistem kehakiman," tambahnya.

Wan Azizah turut mendedahkan gambar pembantu Anwar, Saiful Bahari dengan pegawai khas Datuk Seri Najib TUn Razak - Khairul Anas Yusof - yang berlatarbelakangkan pejabat timbalan perdana menteri (TPM).

Gambar tersebut diambil dari blog Malaysia Today.

Ditanya sama ada TPM terlibat dalam konspirasi itu, Wan Azizah hanya berkata: "Gambarnya berlatarbelakangkan pejabat TPM."

Ulasan : Nampaknya skrip 1998 berulang kembali. Moga kebenaran akan terserlah dan kebatilan pasti hancur musnah!

Rabu, 25 Jun 2008

Pejuang Islam yang sentiasa dikenang-Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Setelah enam tahun, kehilangan Ustaz Fadzil masih terasa
Muna Izzah Fadzil Mon Jun 23, 08 6:58:50 pm MYT

Tanggal 23 Jun datang lagi. Sudah 6 tahun tarikh sedih ini bermula dengan pemergian dan kehilangan seorang baba dan suami kepada anak-anak serta isteri yang tercinta ke rahmatullah.

Dan kepada penyokong-penyokong serta pendokong-pendokong parti islam dalam negara jua luar negara juga merasai kehilangan tokoh ilmuan dan dan pemimpin sebuah jamaah yang mendokong perjuangan Islam ini.

Al-Marhum Fadzil bin Mohd Noor, sekiranya masih hidup, telah berusia 71 tahun pada 13 Mac yang lepas.

Namun dalam usianya 65 tahun, beliau meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman yang menyerangnya, susulan daripada pembedahan koronari di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 10.30 pagi.

Sejak kecil mengenali kematangan hidup, dan kematangan itulah yang dibawa hingga kini walaupun jasadnya sudah tiada.

Oh ya, ada sesuatu fakta yang perlu saya perbetulkan di sini iaitu selalu mereka yang menulis mengenai baba,bahawa beliau sejak kecil adalah anak yatim. Sebenarnya tidak.

Ayahnya meninggal dalam than 1972 dan ibunya meninggal dalam tahun 1997. Dan juga ketika hayatnya beliau tinggal di Alor Setar dan bukannya di Muassasah. Hanya tempat persemadian beliau sahaja di Muassasah seperti yang beliau wasiatkan.

Bermimpikan 'Baba'

Terima kasih. Semua yang mengenalinya sudah maklum bahawa ketika hayatnya beliau sangat komited dengan apa yang diperjuangkan dan dilakukan dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Perwatakannya yang kadang-kadang diam tetapi sangat prihatin dan kadang-kadang banyak bercakap, menjadi ingatan setiap yang mengenalinya. Bagi seorang anak, mewakili adik-adik, serta menantu juga cucu, dan terutamanya mama saya, tidak pernah lekang ingatan kami terhadap beliau.

Mimpi mama sering dikunjugi baba dan kami akan bermimpi baba sekiranya kami punya masalah atau terlalu rindukan beliau. Itu sahaja pengubat rindu kami.

Pemimpin datang dan pergi, namun seorang baba pasti dan tidak akan ada penggantinya. Berbalik kepada pandangan pendokong Islam, pemikiran dan kepimpinannya sangat dirasai.

Banyak perkara yang dilakukan, dengan kuasa Allah telah membuahkan hasil berkat usaha beliau dan sahabat-sahabat pimpinan yang lain dan semua pihak.

Seringkali saya ditegur kenalan-kenalan baba yang menyatakan mereka terasa kehilangan beliau. Saya hanya mampu tersenyum dan menghargai semua itu. Tetapi kadang-kadang terasa kehilangan sahaja tidak mencukupi.

Mengkagumi pemikiran beliau sahaja juga tidak mencukupi. Saya bukan yang layak menyatakan perkara ini, tetapi saya melihat, pemikiran beliau harus dilebar dan diperkembangkan lagi oleh kepimpinan yang ada.

Kepimpinan yang ada kini bagi saya sudah cukup dibanggakan, dan hebat dalam memimpin organisasi. Wajah-wajah muda beriringan dengan mereka yang sudah berpengalaman akan menjadikan Parti Islam Semalaysia makin dapat diterima kawan dan lawan.

"Pengorbanan perasaan yang paling sukar dilakukan,"itulah ungkapan Al-Marhum yang sering diluahkan.

Sebelum ini saya tidak begitu menghayati luahan hati tersebut, namun apabila saya berada dalam Nisa, Puan Mastura sering menyatakan ungkapan ini dalam perjumpaan kami.

Setelah mengharungi susah payah di dalam Nisa, saya makin mengerti ungkapan baba ini. Beliau sebenarnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya dengan melontarkan ungkapan tersebut.

Memang benar pengorbanan harta benda, wang ringgit, tenaga serta masa bukan sesuatu yang sukar untuk diberi, namun perasaan amatlah sukar untuk dikorbankan.

Kini saya makin mengerti, kenapa baba diam apabila orang mempertikaikan keputusannya dan kenapa beliau juga tersenyum apabila orang tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan.

Jarang sekali beliau membebel di rumah bercerita mengenai masalah dalaman parti, kerana baba perlukan hiburan di rumah iaitu kasih sayang dan bebelan mama dan anak-anak. Itu yang membahagiakannya.

Beliau tidak perlukan perbahasan politik di rumah, kerana sakit yang dirasai dalam hati, dipendam dan dikorbankan ego serorang pemimpin. Kami mungkin tidak mengetahui bagaimana beliau berhadapan dengan suasana politik yang sebenar ketika itu dan mungkin anda semua yang lain lebih mengetahuinya.

Lempar dengan batu,dibalas bunga

Namun kami memerhati siapa sahaja yang ber'deal dengannya.Kami memerhati sikap orang terhadapnya, dan bagaimana reaksi beliau terhadap segala sikap itu. Dan di situ kami belajar banyak perkara.

Saya tidak pasti apa yang orang lain belajar daripada pemikiran beliau tetapi saya belajar ungkapan yang saya sebutkan tadi. Pengorbanan perasaan dalam jamaah sangat sukar dilakukan.

Ada kalanya kita memberi bunga, kita dilemparkan dengan batu. Dan ketika itulah , adakah kita akan bertindak dengan membaling batu juga? Kerana itulah terdengar pulak ungkapan oleh YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekiranya orang lempar batu pada kita, kita balas dengan bunga. Dan ketika itulah pengorbanan perasaan dilakukan. Adakah anda mengerti ranataian ungkapan-ungkapan ini?

Kematangan dalam kepimpinan politik,keterbukaan , kasih sayang, pandai menghargai adalah antara watak-watak beliau yang saya secara peribadi mengakagumi beliau.

Kepetahan berpidato adalah pelengkap dirinya yang dimanfaatkan sepenuhnya dalam menjalani tugasannya sebagai Ketua Pembangkang dan ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen.Kini saya merindui kepetahan itu di kalangan sahabat-sahabat beliau di dalam Parlimen.

Sudah pasti al-marhum berasa gembira dengan kemenangan PAS dan rakan kongsi PAS yang lain, dan sekiranya itu, beliau juga dan sudah pastinya pemimpin terdahulu tidak mahu kita semua mempersiakan peluang yang sudah diberi Allah.

Pemikiran beliau dan mereka yang telah pergi, mestilah digarap bersama dengan pemikiran yang ada kini supaya tampak parti yang didokong ini maju dari segi kematangan politik serta akhlaq yang baik. Ketika senang, ujiannya pasti lain dan lebih menguji diri.

Saya sebagai anak pasti merasa bangga dengan beliau tapi saya lebih merasa bangga sekiranya pemikiran beliau bukan sahaja diwacanakan TETAPI diaplikasikan bersama untuk maju ke depan. Terima kasih kepada anda semua yang menjadi penyambung warisan kepimpinan dan teruskanlah usaha-usaha yang baik.

Kami semua mungkin tidak mampu menjadi seperti anda yang berada secara langung dalam arena politik kerana jawatan dan kepimpinan bukannya warisan turun temurun tapi percayalah darah yang mengalir di dalam tubuh al-marhum ada dalam diri kami, dan secebis kata baba, kebaikan dan dakwah boleh dilakukan dalam setiap perkara.

Tidak terhad kepada politik sahaja, tapi akedemik, kekeluargaan dan apa jua yang bidang yang diceburi.Buat yang terbaik dan yang termampu. Sudah pastinya kami bersama anda semua, insya-Allah, dan pesanan itu yang dipegang sehingga kini.

Terima kasih kepada En Rashidi yang meminta dituliskan sesuatu pada hari ini untuk disiarkan di Harakah.Dan kepada Dato' Kamarudin Jaafar dan Pimpinan PAS yang lain, serta sabahat baik baba, Pak Cik Ismail Mina, sekalung penghargaan dan terima kasih kerana sudi untuk menganjurkan Majlis Tahlil beliau walau tarikh terpaksa dienjak sedikit.

Dan ucapan terima kasih khusus mewakili mama saya yang kini berada di Mesir dan kami sekeluarga untuk Pak Cik Latif, bekas peneman Al-Marhum yang ditugaskan membawa kereta baba ketika hayatnya, yang hingga kini tidak pernah lupakan kami semua dan tidak pernah berhenti bertanya khabar kepada kami. Itu sudah cukup membahagiakan kami.

Dan kami mengucapkan terima kasih di atas doa dan ingatan semua anda di luar sana , para pencinta Islam, para penyokong, para sabahat dan sesiapa sahaja terhadap beliau. Tidak terbalas jasa anda semua terhadap semua ingatan itu. Permohonan maaf jua dihulurkan sekiranya ada kesalahan yang dilakukan ketika hayatnya.

Dan kepada baba, biar bertahun lagi hidup kami di dunia ini, dirimu tak pernah kami lupakan dan setiap detik, baba ada di dalam jiwa kami dan pasti kami berdoa kita dapat berkumpul bersama seperti dahulu untuk berjumpa Allah di akhirat sana.Al-FATIHAH.


* Muna Izzah Fadzil adalah anak perempuan almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor

Ulasan : Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama para pejuang kebenaran di jalan Allah.

Sepanyol juara Euro 2008 selepas 44 tahun



Akhirnya Sepanyol menafikan legenda Jerman yang sentiasa memenangi kejuaraan besar seperti Piala Dunia dan Euro Cup dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Fernando Torres pada minit ke-33.

Bagi kaki bola, berakhirnya qiyam bola selama ini dan apalah kiranya jika kita bangun untuk qiyamullail pula selepas ini walaupun tiada lagi Euro 2008.

Hebat kita kerana sanggup bangun malam demi bola, tetapi lemah kita kerana tidak sanggup solat sunat tahajjud 2 rakaat bermunajat kepada Allah di atas segala dosa noda kita.

Moga umat Islam akhir zaman dikurniakan kekuatan iman dan taqwa untuk kembali menjadi umat yang disegani dengan kekuatan dalaman yang tidak terkalah.

Keputusan caj PTPTN sebulan lagi

KUALA LUMPUR 24 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi dijangka membuat keputusan berhubung penstrukturan semula caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam tempoh sebulan lagi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau sedang meneliti semua cadangan yang dikemukakan beberapa pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan.

''Kita sedang meneliti dan berharap dapat mencapai satu keputusan dalam masa sebulan ini selepas dibincangkan di Kabinet," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pengurusan Strategik Bakat Berdasarkan Pandangan Institusi Pengajian Tinggi Negara di sini hari ini.

Akhir-akhir ini, banyak pihak termasuk peminjam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap PTPTN kerana mengenakan caj tiga peratus daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar semula selepas pelajar menamatkan pengajian.

Berikutan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyemak caj tiga peratus itu bagi mengelak wujudnya unsur riba seperti didakwa oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Setakat ini, terdapat hampir 1.14 juta peminjam PTPTN dengan nilai pinjaman mencecah RM23 bilion. Sebanyak 49 peratus daripada mereka masih gagal membayar balik pinjaman yang berjumlah hampir RM708 juta.

Khaled menjelaskan, keputusan yang bakal dicapai itu turut mengambil kira kepentingan pelajar baru namun pada masa ini, syarat caj tiga peratus itu masih berjalan seperti biasa.

''Semua orang perlu bersabar kerana keputusan ini sekali sahaja dan untuk jangka masa panjang, oleh itu ia perlu sedikit masa.

''Ia perlu ditentukan dari segi keperluan iaitu mengikut kos pengurusan, kutipan dan penyelarasan tetapi yang pasti kadar baru hanya ditentukan pada tarikh ia berkuat kuasa," jelasnya.

Mengenai program pengurusan strategik anjuran Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (Akept), Khaled berkata, ia berperanan mengukuhkan kedudukan institusi pengajian tinggi dalam soal kepimpinan serta kualiti pembelajaran dan pengajaran.

Ulasan : Diharap caj 3 peratus ini dapat dihapuskan. Sangat membebankan peminjam. Satu lagi kaedah seperti MARA perlu dilaksana. Sekiranya mendapat CGPA 3.5 ke atas boleh dikurangkan separuh bayaran pinjaman. Pengalaman saya merayu kepada PTPTN hanya tinggal rayuan agar mepertimbangkan semua pelajar yg mendapat CGPA 3.5 ke atas juga DIBERI PELEPASAN(Saya mendapat CGPA 3.67-utk pelepasan perlu 3.7 ke atas!)

RM1 juta insentif atlet negara menang emas di Olimpik ?

KUALA LUMPUR 24 Jun – Atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing, Ogos ini dan pada temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun hadiah itu dianggap besar, ia wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.

“Untuk memenangi pingat emas ini juga bukan satu perkara mudah kerana pertandingan pada Olimpik semakin sukar. Daripada satu Olimpik kepada Olimpik yang satu lagi kita lihat standard semakin meningkat.

“Oleh itu, kita harus meletakkan sasaran yang lebih besar, lebih menarik lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen hari ini.

Najib berkata, negara-negara jiran seperti Singapura juga menawarkan insentif S$1 juta untuk atlet mereka yang meraih emas Olimpik.

Beliau berkata, ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya sukan Olimpik itu ‘begitu gah’ dan diadakan empat tahun sekali.

Najib berkata, mesyuarat juga bersetuju memberi RM300,000 kepada pemenang pingat perak dan RM100,000 untuk gangsa.

Bagi pasukan yang memenangi emas, kadar minimum yang ditentukan ialah RM150,000 untuk setiap pemain.

Selain itu, pencen bulanan yang diterima oleh pemenang pingat Olimpik juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi pemenang emas, RM3,000 perak (sebelum ini RM1,500) dan RM2,000 gangsa (sebelum ini RM1,000). Ia berkuat kuasa bulan depan.

Buat masa ini hanya lima atlet negara pernah memenangi pingat Olimpik iaitu pasangan beregu lelaki badminton negara, Razif dan Jailani Sidek (gangsa Olimpik Barcelona 1992), beregu lelaki, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (perak Olimpik Atlanta 1996) dan pemain perseorangan Rashid Sidek (gangsa Olimpik Atlanta).

Jawatankuasa itu juga bersetuju memberi insentif kepada atlet paralimpik negara iaitu RM300,000 (emas), RM200,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa).

Ulasan : Berbaloikah diberi insentif hingga sejuta ringgit? Benar Malaysia tidak pernah menang emas Olimpik, tetapi dengan insentif sebanyak ini hanya memberi untung kepada pemenang pingat emas negara dan rakyat yang sedia tertekan dengan kenaikan harga minyak, menjadi penyokong yang gembira semata-mata.

Jangan cabar Islam - Sehingga menimbulkan kegelisahan rakyat – Sultan Azlan

POH 24 Jun – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini mengingatkan rakyat supaya jangan menguji dan mencabar isu-isu berkaitan agama Islam hingga ke peringkat yang boleh menimbulkan kegelisahan rakyat.

Menurut baginda, ketenteraman awam boleh terjejas dan perang saudara mungkin tercetus kerana perkara mengenai agama sangat sensitif dan menyentuh emosi.

“Islam menganjur umatnya untuk menghormati agama lain dan tidak bermusuh dengan penganut agama lain selagi kemuliaan Islam tidak dipersenda, selagi Islam tidak dihina dan selagi hak umat Islam tidak dicerobohi,” titah Sultan Azlan ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini.

Perak diperintah kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu apabila ketiga-tiga parti itu menguasai 31 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) memiliki 28 wakil dalam DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi.

Baginda turut mengingatkan anggota Dewan Undangan Negeri Perak supaya memelihara kemuliaan dewan menerusi perkataan, perbuatan serta tingkah laku selain cara dan adab berpakaian bagi menghormati adat dan resam yang melambangkan kemurnian budaya dan ketinggian tamadun.

Sultan Azlan bertitah, agama Islam diberi pengiktirafan khusus dalam Perlembagaan Negara dan menjadi tunjang utama dalam pembentukan minda serta budaya khususnya dalam kalangan orang Melayu.

Titah baginda, berdasarkan latar belakang tersebut, Islam diterima dan diiktiraf sebagai agama rasmi dengan diberikan keistimewaan dan perlindungan sewaktu perjanjian merdeka dirintis.

Justeru, baginda bertitah, masjid dan surau yang merupakan rumah suci Allah juga hendaklah bebas daripada pengaruh mana-mana fahaman politik kepartian.

“Demi menjamin perpaduan ummah, beta sama sekali tidak membenarkan masjid dan

surau dijadikan pentas untuk menjalankan kempen-kempen politik kepartian,’’ tegas baginda.

Pada masa sama, Sultan Azlan mahu kemuliaan DUN Perak dan adat sopan ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa dipelihara baik secara perkataan, perbuatan dan tingkah laku.

Tata cara dan adab berpakaian setiap wakil rakyat, titah baginda, juga hendaklah menghormati adat dan resam yang melambangkan kemurnian budaya dan ketinggian tamadun.

‘‘Beta berharap agar persidangan pertama DUN Perak kali ini dapat berlangsung dalam suasana harmoni serta berupaya menghasilkan pandangan dan idea bernas hingga dapat dijadikan panduan kepada anggota pentadbiran kerajaan,’’ titah Sultan Azlan.

Baginda turut berharap agar kerajaan negeri yang telah diberi perkenan untuk dibentuk berikutan pemilihan yang telah dilakukan oleh rakyat dapat mengotakan segala janji pembangunan.

Sejak merdeka pada tahun 1957, inilah kali pertama kerajaan negeri Perak tidak diperintah oleh perikatan parti UMNO, MCA dan MIC yang menjadi tunjang BN.

“Masa berkempen telah berakhir dan kata-kata yang menjurus kepada kepentingan politik kepartian hendaklah dihentikan,” titah baginda.

Menurut Sultan Perak, mengurus sebuah kerajaan memerlukan pendekatan berlainan dengan era berkempen dan segala tindakan hendaklah disandarkan kepada undang-undang dan peraturan.

Titah Baginda: ‘‘Perbuatan rasuah, diskriminasi dan salah guna kuasa tidak harus dibenarkan berlaku. Beta menyeru supaya semua pihak memiliki azam dan kesungguhan untuk memaju dan membangunkan negeri Perak.”

Ulasan : Insya allah moga Kerajaan Perak yang ditadbir Pakatan Rakyat mampu menjadi contoh good governance dan diredhai Allah.



Ahad, 15 Jun 2008

Perhimpunan di Istana Negara, 6 ditahan



Enam orang, termasuk tiga ahli Parlimen PKR ditahan, dipercayai kerana mempertikaikan tindakan polis melarang sekumpulan 70 orang penyokong Hindraf berhimpun di depan Istana Negara.

Kumpulan itu termasuk 48 kanak-kanak yang membawa ‘teddy bear' untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Hari Bapa hari ini.

Ia merupakan tindakan simbolik bagi mencerminkan anak-anak kepada tahanan ISA yang tidak dapat menyambutnya bersama bapa masing-masing yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting.

Antara yang ditahan di Kamunting ialah lima pemimpin Hindraf itu - M Manohan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar.

Mereka ditahan pada 13 Disember tahun lalu, selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Seorang daripada mereka, Manoharan bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu atas tiket DAP dan menang kerusi negeri Kota Alam Shah.

Beliau memperolehi 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

Sementara itu, tiga ahli parlimen PKR yang ditahan itu ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Sivarasa Rasiah (Subang) dan PKR S Manikavasagam (Kapar).

Sivarasa adalah naib presiden PKR. Zuraidah adalah ketua Wanita PKR, manakala Manikavasagam pula adalah anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR.

Tiga orang lagi ialah N Surendran (penasihat undang-undang Hindraf); Salmah Ismail (setiausaha Zuraida) dan Loude Mary (aktvis Hindraf).

kira-kira 70 anggota polis termasuk 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), berkawal di luar Istana Negara.

Sivarasa ditahan pada kira-kira jam 10.25 pagi manakala Zuraida pula ditahan lima minit kemudiannya. Keenam-enam mereka kemudiannya dibawa dengan kenderaan polis ke balai polis Brickfields.

Pada kira-kira jam 10.40 pagi, kumpulan tersebut tiba dengan menaiki bas yang berhenti kira-kira 100 meter dari istana.

Mereka kemudian berjalan beramai-ramai menuju ke Istana Negara, termasuk kira-kira 30 orang dewasa yang memakai lencana Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf).

Mereka turun melaungkan 'Daulat Tuanku' dan 'bebaskan tahanan ISA.

Berunding dengan polis

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan menghampir istana oleh anggota polis yang mengawal kawasan tersebut.

Kemudian, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu tiba dan berunding dengan pegawai polis di situ. Turut berada di situ ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dan Ketua Polis Brickfield, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Sejurus selepas itu, Muhammad membenarkan kanak-kanak tersebut bergerak menuju ke pintu utama istana untuk menyerahkan 'teddy bear'.

Difahamkan, usaha untuk menghubungi pihak istana untuk menghantar wakil menerima hadiah dari kanak-kanak tersebut, tidak berjaya.

Ekoran itu, mereka mengambil keputusan untuk menyerahkan 'teddy bear' dan sedulang pisang kepada Ronnie sebagai mewakili kerajaan Selangor.

Mereka kemudiannya meminta kerajaan negeri mengatur untuk menyerahkan 'teddy bear' tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan tersebut kemudiannya bersurai pada kira-kira jam 11.30 pagi. Perhimpunan pagi ini berjalan secara aman.

Manakala tiga ahli Parlimen PKR dan tiga lagi yang ditahan itu, dibebaskan kemudiannya dengan jaminan sendiri, dan dilihat keluar dari balai polis Brickfields pada kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Sementara itu, Wan Abdul Bari kemudiannya memberitahu wartawan, mereka ditahan kerana didakwa menghalang anggota polis menjalankan tugas mereka.

Ulasan : Moga tahanan ISA akan dibebaskan dan keluarga tahanan ISA bersabar di atas kezaliman yg menimpa. Sesungguhnya doa dan harapan org yg dizalimi akan dimakbul tanpa hijab



Rabu, 11 Jun 2008

Ibu gemilang lahirkan tujuh doktor


KUALA LUMPUR 10 Jun – Dilihat dari luar, kehidupan Anis Abdullah dari Muar, Johor tidak jauh berbeza dengan warga emas lain. Sebagaimana wanita berkeluarga yang lain, beliau seorang ibu yang penyayang.

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa di sebalik sifatnya itu, wanita berkulit putih ini sebenarnya seorang ibu yang amat istimewa.

Tujuh orang anak yang dilahirkannya menjadi doktor termasuk tiga orang doktor pakar.

Kecemerlangan kesemua anak Anis dalam akademik dan kini terlibat dalam kerjaya sebagai doktor perubatan bukanlah sesuatu yang pernah diimpikan oleh pesara guru berusia 65 tahun itu.

Kejayaan anak-anaknya membolehkan Anis – yang lahir dalam keluarga Cina sebelum diserahkan kepada keluarga Melayu ketika berusia tiga bulan – menerima Anugerah Ibu Gemilang sempena Majlis Anugerah Ibu Malaysia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Anugerah itu disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada majlis sambutan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Anak sulung Anis, Datuk Dr. Azhar Md. Noh, 43, merupakan seorang pakar bius di Hospital Ampang Puteri. Dr. Azhar belajar bidang perubatan di Universiti Glasgow, Scotland, manakala anak kedua, Dr. Muhammad, 41, seorang pakar urologi, juga berkhidmat di hospital yang sama.

Anak ketiga, keempat dan keenam beliau, Dr. Nor Shahidah, 40; Dr. Raha, 38; dan Dr. Nor Hafizah, 34, kesemuanya lulusan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) dan kini mengusahakan klinik persendirian.

Dua lagi anaknya iaitu Dr. Nor Bahiyah, 35, dan Dr. Umi Kalthum, 28, adalah lulusan Trinity University College di Dublin, Ireland, kini masing-masing bertugas di Hospital Pakar Yayasan Salam dan sedang melanjutkan pengajian untuk menjadi pakar mata.

Anis berkata, beliau dan suami, Md. Noh Yunos, seorang pesara kerani, bersikap tegas dan mementingkan pendidikan anak-anak.

“Kami bersikap tegas kerana tidak mahu anak-anak merasai kehidupan susah yang kami lalui dulu.

“Anak-anak dipastikan mendapat pendidikan duniawi dan ukhrawi yang sempurna seawal usia lima tahun lagi, walaupun kami tahu ibu bapa pada dasarnya tiada kuasa menentukan masa depan anak-anak,” katanya kepada pemberita.

Anis yang bermenantukan lima orang doktor memberitahu, dalam mendidik anak-anak, beliau memberi tumpuan kepada masa depan mereka.

“Apabila kita fokus pada masa depan, ia membolehkan kelemahan diri diperbaiki. Jika melihat ke belakang pula, kita hanya akan mengganggu fokus tersebut,” ujarnya.

Ulasan : Benar jasa dan pengorbanan ibu sangat tinggi dalam mendidik anak-anak menjadi manusia yang sbeenar. Tetapi kerap kali dilupakan peranan bapa. Selepas ini, YADIM perlu mengadakan anuegrah Bapa Mithali pula. Selamat Hari Bapa!


Petronas ditubuh Tun Razak untuk kekalkan harga minyak murah

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mendedahkan bahawa Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat.

Dalam kes ini Petronas ditubuh untuk pastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah, ujarnya dalam satu temubual dengan Harakah di sebuah hotel dekat sini semalam.

"Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.

"Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat," ujar Husam.

Menurut Husam, Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka.

Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia, ujarnya.

Menurut Husam, keuntungan Petronas kini mencapai berlipat kali ganda lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi jumlah 'replacement ratio dalam negara (1.8),

"Maknanya jika sekarang kita guna 1 liter, kita ada Replacement Ratio 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini," ujarnya.

Kemudian jika dilihat kepada rekod Petronas berdasarkan laporan tahunannya, hasilnya sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, katanya.

Pada tahun 2006, keuntungan selepas cukai ialah RM43 bilion, sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 (satu tong), katanya.

"Sekarang harga minyak naik lebih USD130 satu tong, tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yang lebih lagi.

"Pada tahun 2007 pula keuntungan bersih Petronas ialah 46.4 bilion.Dalam laporan tahunanya pendapatan besarnya disumbangkan oleh minyak yang telah dijual kepada orang ramai melalui stesen-stesen minyak (domestics) iaitu RM62.7 bilion pada tahun 2007.Ini bermakna minyak yang dijual Petronas kepada orang ramai menjadi sumber pendapatan terbesar Petronas," katanya.

Selain itu harga minyak Malaysia 30 peratus lebih tinggi berbanding minyak yang Petronas import kerana minyak yang dihasilkan di Malaysia ada kualiti yang lebih baik dan harga yang lebih tinggi, katanya.

"Bermakna di atas kualiti minyak ini, kita akan dapat lebihan pendapatan berbanding harga minyak yang kita beli pada pasaran dunia untuk kegunaan domestik tadi, katanya.

Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi, katanya.

Ulasan : Ibarat kata YB Salahauddin Ayub yang bersemuka dengan YB Shahir Samad malam tadi, Petronas kata Tun Razak adalah guardian of the wealth nation !

Islam Hadhari tetap di negeri Pakatan


Program mempromosi Islam hadhari akan diteruskan di semua lima negeri Pakatan Rakyat walaupun Pulau Pinang dan Selangor mengambil keputusan menghentikan penyebarannya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan memang menjadi tanggungjawab jabatan itu, sebuah badan bawah Jabatan Perdana Menteri, menjalankan program tersebut dan tugas itu akan diteruskan.

"Sebelum diharamkan dulu, kita (Jakim) telah melaksanakannya di sektor awam dan perdana menteri menyuarakan di peringkat antarabangsa. Dalam konteks Malaysia, kita fokus kepada pelaksanaan program," kata ketua pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau menambah, selepas pilihanraya umum 8 Mac, program-program jabatan itu untuk mempromosikan Islam hadhari tidak menghadapi sebarang masalah.

"Tidak ada masalah. Program macam biasa. Ia meliputi semua negeri," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Wan Mohamad berkata, pada penilaian peribadinya, ahli-ahli politik di lima negeri gabungan pembangkang ini "macam tidak selesa" dengan istilah Islam hadhari.

"Mereka nampak tidak selesa istilah Islam hadhari digunakan," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya lagi, beberapa bahagian kandungan versi Islam yang dimajukan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu kelihatannya "boleh dipersetujui" oleh mereka.

Diminta mengulas kenyataan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin untuk "tidak meneruskan" lagi pelaksanaan program Islam hadhari, beliau enggan mengulas selagi tidak mendengar pengumuman rasmi dibuat.

"Tunggu apa beliau sebut dulu," kata Wan Mohamad.

Mohammad Fairus semalam memberitahu Malaysiakini, mengambil langkah seperti Selangor 26 Mei lalu, Pulau Pinang memutuskan secara rasmi menghentikan promosi Islam hadhari dan ia akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.

"Kita tidak akan meneruskan sama sekali program Islam hadhari ini," katanya.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bulan lepas, exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata: "kerajaan telah membuat keputusan, Islam hadhari tidak diizinkan untuk diperkembangkan di negeri Selangor, cukuplah dengan dinul (agama) Islam."

Sementara itu, Kelantan, yang dikuasai PAS sejak 1990, tidak pernah melarang penyebaran Islam hadhari oleh jabatan-jabatan persekutuan.

Setiausaha politik kepada menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri tidak pernah mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang melaksanakan program Islam hadhari.

"Kita tidak ambil sebarang tindakan. Ini negara demokrasi. Selagi aman dan tidak bercanggah dengan Akta Hasutan dan lain-lain, kita tidak ambil sebarang tindakan. Lagi pun kita bukan kerajaan persekutuan," kata Anual Bakri Haron.

"Biar rakyat sendiri teliti dan buat keputusan (terima atau tidak)," tambahnya.

Beliau mengakui, sejak beberapa tahun lepas, terdapat program penyebaran konsep Islam hadhari dijalankan oleh Jakim, Jabatan Penerangan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di negeri itu.

Bagaimanapun, Annual berkata secara peribadi beliau "sangat bersetuju" dengan tindakan Pulau Pinang menghentikan program Islam hadhari di negeri itu.

"Kita sejak awal lagi memang sudah mempersoalkannya (Islam Hadhari).

"Tulisan (presiden PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dalam buku) Hadharah Islamiah (bukan Islam hadhari) itu sudah menjadi dokumen rasmi penolakan (PAS)," kata Anual.

Ulasan : JAKIM hanya pelaksana dasar yang diterapkan oleh Pak Lah. Mungkin PAS perlu bersemuka dengan JAKIM dan Pak Lah untuk menegaskan bahawa Islam Hadhari tidak relevan dari sudut nama dan diperbahaskan dari 10 prinsip yang ada di dalamnya.

'PM pengaruhi pemecatan saya'


Tan Sri Sanusi Junid menuduh perdana menteri mempengaruhi Sultan Pahang agar memecat beliau sebagai presiden Universiti Islam Aantarabangsa (UIA).

Beliau berkata Sultan Pahang sebagai ketua perlembagaan universiti itu "hanya boleh memberhentikannya atas nasihat" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Memandangkan hubungan yang cukup baik antara saya dengan ketua perlembagaan UIA, sudah tentu tindakan (pemecatan saya) ini tidak dibuat atas kehendak DYMM Tuanku sendiri," katanya hari ini.

"Tempoh perkhidmatan saya masih ada dua tahun lagi, tiada kesalahan (saya) yang dinyatakan, bererti penamatan tempoh khidmat saya daripada jawatan presiden UIA, dengan serta-merta ini, adalah satu pemecatan disebabkan desakan beberapa pihak yang berkepentingan."

Tambahnya, bahagian IV perkara 20 (iii) perlembagaan universiti itu menunjukkan pemecatannya akibat nasihat atau desakan perdana menteri.

Dalam kenyataannya, Sanusi berkata beliau dipecat dalam satu surat bertarikh 2 Jun tetapi surat tersebut diserahkan kepadanya semalam.

"Surat pemecatan saya ... tanpa menunjukkan sebarang sebab oleh sesiapa pun, secara lisan atau tulisan," katanya.

Beliau menambah, dakwaannya itu diperkuatkan lagi oleh kenyataan menteri pendidikan tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada minggu lalu bahawa tiada pihak yang mendesak bekas menteri besar itu berhenti dan kuasa menamatkan khidmatnya hanya ada pada ketua perlembagaan UIA.

Sanusi berkata, kenyataan Mohamed Khaled pada 7 Jun dan hari ini "menunjukkan beliau (menteri) tidak dirundingi dahulu sebelum surat (pemecatan) dikeluarkan."

Bekas menteri pertanian itu menambah, sidang media dan kenyataan akhbarnya pada 5 Jun lalu bukanlah untuk "membuat sensasi untuk menarik perhatian orang."

Sanusi juga mendakwa laporan sebuah akhbar hari ini yang menyebut beliau sebagai berkata "tiada siapa yang boleh memecatnya (Sanusi) sehingga tempoh perkhidmatannya tamat pada 2010" sebagai fitnah.

Beliau juga berkata, bahawa beliau tidak bersalah kerana tidak pernah menggunakan jawatan tersebut untuk kepentingan peribadi.

Jawatannya di UIA mula diperkatakan orang selepas beliau mengumumkan keluar daripada Umno bersama Tun Dr Mahathir Mohamad pada 19 Mei lalu.

Sehari selepas tindakannya, beliau tidak menghadiri majlis perasmian sambutan ulang tahun ke-25 UIA oleh perdana menteri dan sikapnya itu dipersoalkan beberapa pihak.

Minggu lalu, Sanusi menjelaskan ketidakhadirannya itu "telah mendapat restu ketua perlembagaan untuk mengelak daripada membuat ucapan memuji-muji Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi pengasas UIA."

Menurut akhbar, ketua setiausaha negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah dilantik menggantikan Sanusi berkuatkuasa tarikh pemecatannya.

KSN dilaporkan telah menerima watikah pelantikan yang ditandatangani oleh Sultan Ahmad Shah.

Salinan watikah telah dihantar oleh rektor UIA profesor Datuk Dr Syed Arabi Idid kepada ketua setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Zulkefli A Hassan.

Ulasan : Masalah dalaman antara bekas veteran UMNO dan pimpinan UMNO kini semakin gawat. Ini antara buktinya.

Selasa, 10 Jun 2008

Pengundi Melayu tanggung padah ?

KUALA LUMPUR 9 Jun - Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya orang Melayu di Selangor kini mula sedar bahawa mereka terpaksa menanggung padah kerana salah memilih kerajaan.

Menurut beliau, ini berikutan keputusan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata, walaupun Menteri Besar Selangor beragama Islam tetapi tidak mempunyai kuasa sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu.

''Apabila kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas memerintah Selangor, bidang kuasa adalah di tangan Exco kerana kekuasaan dan keputusan ditentukan oleh mereka,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Penghargaan Perkhidmatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2007 di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr. Xavier Jayakumar bersama Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu.

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri Selangor telah memberikan jaminan untuk melaksanakan sistem akidah Islamiah.

''Tetapi apa yang boleh dilakukan melainkan terpaksa bersetuju kerana suara mereka hanyalah suara minoriti.

''Cuma saya ingin beritahu orang Islam di Selangor, itulah harga mahal yang terpaksa mereka bayar kerana salah memilih kerajaan,'' katanya.

Beliau yang juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dengan keputusan kerajaan campuran negeri Selangor itu.

Menurutnya, keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan.

Kata beliau, wujud satu garis panduan khas kerana Islam adalah agama rasmi negara dan mempunyai garis panduan tertentu tanpa mengetepikan agama lain.


KIRA-KIRA 10 tahun lalu, penduduk di sebuah taman perumahan yang majoritinya beragama Islam di Shah Alam, gempar apabila tersebar berita sebuah gereja yang terbesar di Asia Tenggara, bakal dibina berhampiran di kawasan mereka.

Ekoran itu, penduduk dan jawatankuasa masjid berhampiran menubuhkan jawatankuasa bertindak membantah cadangan pembinaan gereja itu dengan menyerahkan memorandum kepada pihak berkuasa termasuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Malah, jawatankuasa berkenaan turut menganjurkan forum yang mana salah seorang daripada ahli panel ialah peguam, Mohamed Hanipa Maidin, yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, yang menjelaskan secara panjang lebar mengenai kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan.

Setelah isu itu senyap, tiba-tiba rakyat negara ini dikejutkan dengan kenyataan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin bukan Islam daripada pelbagai kaum, Jumaat lalu.

Tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat Islam, Dr. Xavier memaklumkan cadangan kerajaan negeri menghapuskan peraturan keluasan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh melebihi 10,000 kaki persegi atas alasan larangan terhadap saiz, panjang dan ketinggian itu tidak lagi sesuai.

Sambil meminta pemaju perumahan mengambil kira keperluan penduduk bukan beragama Islam agar menyediakan tapak yang lebih luas berbanding hanya 0.4 hektar sahaja ketika ini, beliau juga berjanji akan menambah peruntukan tahunan kepada rumah ibadat bukan Islam daripada RM3 juta ketika ini.

Dr. Xavier mungkin menyedari langkah itu bakal mendapat pujian masyarakat bukan Islam yang akan mengangkatnya sebagai 'pejuang', di samping menggunakan sepenuhnya peluang menduduki kerusi Exco kerajaan negeri ketika pakatan pembangkang berkuasa.

Persoalannya di mana suara wakil-wakil Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) lain yang beragama Islam. Meskipun ia baru di peringkat cadangan, tetapi adakan disebabkan alasan untuk memenuhi keperluan penganut agama lain, mereka sedia bertolak-ansur mengenai perkara itu.

Adakah pemimpin-pemimpin Pas negeri kini semakin menyimpang daripada matlamat membina negara Islam yang menjadi wadah perjuangan mereka selama ini, sehingga sanggup mendengar sahaja kenyataan seorang pemimpin yang satu 'selimut' dengan mereka mahu menghapuskan peraturan mempertahankan kedudukan Islam seperti termaktub dalam perlembagaan, sesuatu yang sentiasa tidak disenangi puak- puak cauvinisme.

TenggelamNada itu disuarakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang melihat biarpun ada wakil Pas dalam barisan kerajaan negeri, tetapi perjuangan Islam mereka seperti tenggelam manakala PKR pula asyik dengan konsep kesamarataan mereka, hatta terhadap masjid atau surau dengan rumah ibadat bukan Islam.

Baginya, cadangan itu sekiranya dipersetujui, seakan memberi lampu hijau bahawa rumah ibadat boleh dibina tanpa sebarang had walaupun di kawasan perumahan yang didiami pelbagai kaum sedangkan selama ini peraturan yang hendak dihapuskan itu berlandaskan garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berupaya memastikan keperluan sesuatu rumah ibadat di Selangor seimbang dengan jumlah penganutnya sekali gus dapat memelihara keharmonian kaum.

Di Selangor, penduduk beragama Hindu berjumlah kira-kira 700,000 orang tetapi mempunyai lebih 1,000 kuil sedangkan hanya terdapat 380 masjid di seluruh negeri dengan jumlah penduduk beragama Islam seramai empat juta orang.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad sambil mempertahankan cadangan itu berpendapat, walaupun tidak ada had dari segi saiz, namun pembinaan rumah ibadat bukan Islam tetap tertakluk kepada peraturan dengan mengambil kira sensitiviti penduduk setempat.

Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Selangor yang juga Yang Dipertua Pas Pandan itu melihat cadangan berkenaan mampu mengawal bilangan rumah ibadat bukan Islam yang dibina secara haram.

Beliau memberikan contoh di sebuah penempatan setinggan di Selayang yang mempunyai sehingga 20 buah kuil Hindu.

"Mungkin keperluan penduduk kawasan itu tidak mencukupi, jika dibina sebuah kuil yang besar, ia sudah memadai dan tidak akan ada lagi kuil-kuil pada jarak hanya beberapa ratus meter sahaja antara satu sama lain.

"Oleh itu saya melihat cadangan ini tidak menimbulkan masalah kerana pembinaannya tetap tertakluk kepada syarat dan hanya sesuai di penempatan majoriti bukan Islam, bukan boleh dibina dengan sewenang-wenang sahaja.

"Hak orang bukan Islam pun perlu dijaga, itu hak mereka dengan syarat mereka tidak menjejaskan atau mengancam hak orang lain. Boleh besar tetapi kena tengok tempat, jika menyebabkan sensitiviti umat Islam, ia tidak seharusnya dibina," katanya yang mengakui perkara itu pernah disentuh mesyuarat Exco tetapi belum ada kata putus dicapai.

Beliau menolak tanggapan Pas bersetuju dengan cadangan itu demi kepentingan politik kerana menurutnya, jika tidak ditangani dengan betul, ia boleh menimbulkan kemarahan penduduk Melayu pula.

Apa pun, hakikatnya peraturan yang mengehadkan saiz itulah yang mahu dihapuskan Dr. Xavier, yang mungkin tidak disedari oleh Iskandar.

Tidak mustahil apabila dihapuskan peraturan itu, kita boleh melihat rumah ibadat bukan Islam yang menyamai keluasan Masjid Shah Alam memandangkan mereka sudah tentu tidak akan menghadapi masalah dari segi kewangan.

Sudah banyak orang Melayu beralah kepada tuntutan dan desakan kaum lain, jadi sebelum terlambat, kata putus perlu dicapai bagi memastikan suasana harmoni yang dinikmati sebelum ini, teguh terpelihara.

Setelah berkeras mahu melaksanakan projek ternakan babi yang didakwa menggunakan sistem termoden di Sepang, pakatan pembangkang di Selangor terus 'menunaikan janji' dengan menghadiahkan sesuatu yang tidak dijangka oleh umat Islam, semata-mata atas prinsip kesamarataan.

Ulasan : Sebagaimana biasa, Utusan Malaysia masih dengan berita provokatif dan ke arah pergaduhan antara agama. Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dalam setiap tindakan terutamanya PAS sebagai salah satu parti yang terlibat. Penjelasan dan penerangan yang teliti perlu diberi kepada rakyat, jika tidak akan disalah anggap.

Keuntungan hasil minyak dibazir, negara dipenuhi penyelewengan - Presiden PAS


KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Rakyat merasa tertipu dengan manifesto kerajaan Barsian Nasional (BN) sebelum ini melalui pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan manifesto pilihan raya umum BN pada 25 Februari lalu.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata kerajaan BN perlu mengulangkaji tindakan salah yang telah dibuat seterusnya membetulkan situasi dengan segera bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sekarang ini.

"Kerajaan BN juga disaran agar membuat kerjasama dengan negara-negara Islam yang lain untuk menangani masalah kenaikan harga minyak memandangkan kebanyakan negara Islam memiliki sumber galian tersebut," ujarnya pada sidang media pelancaran kempen mengumpul tandatangan bantahan kenaikan harga barang oleh Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di pejabat Agung PAS semalam.

Tegasnya, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak adalah tidak tepat dengan sifat negara yang sebelum ini pernah mendabik dada dengan menyatakan negara ini sedang maju ke depan.

"Minyak merupakan suatu hasil negara yang boleh menguntungkan serta dimanfaatkan dengan sebaiknya.

"Namun, keuntungan daripadanya telah dibazirkan kepada projek mewah yang telah ditiriskan dengan amalan penyelewangan dan rasuah yang berleluasa," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata kerajaan masih mempunyai pilihan untuk mengelakkan kenaikan harga minyak di pasaran.

"Kerajaan sepatutnya mengurangkan perbelanjaan keraian, elaun-elaun ahli-ahli parlimen serta kos pentadbiran," katanya pada sidang media yang sama.

Ujarnya, kerajaan boleh berbelanja sehingga RM10 juta ketika melaksanakan majlis pelancaran projek Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor Utara (NCER) tetapi pada masa yang sama tiada peruntukan untuk mengekang kenaikan harga minyak.

"Kita melancarkan gerakan untuk mengumpulkan tandatangan sokongan rakyat untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

"Pada masa yang sama, kita juga bersama dengan badan perhubungan PAS wilayah akan mengadakan siri-siri demonstrasi bersama rakyat sehingga 12 Julai ini," katanya.

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga katanya, menyarankan agar kerajaan memansuhkan tol-tol di seluruh negara agar ianya tidak membebankan rakyat hingga menyebabkan hasil cukai Petronas dibazirkan untuk menampung kos operasi berganda oleh konsesi yang sedia ada.

"Kerajaan BN juga perlulah memecat Menteri-menteri dan Timbalan Menteri yang terlibat dengan skandal penyalahgunaan dan pembaziran dana negara hingga menyebabkan beban hutang negara meningkat dan membebankan rakyat," ujarnya.

Harga minyak Malaysia kini antara yang termahal

A. Kadir Jasin

PADA hari Sabtu, 7 Jun, akhbar The Star menyiarkan berita bertajuk "PM: Get true picture of global oil price hikes" (PM: Dapatkan gambaran sebenar mengenai kenaikan global harga minyak.)

Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.

Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.

"Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang."

Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini - peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.

Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk "mendapatkan gambaran sebenar" mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.

Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).

(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)

Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.

Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.

Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.

Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.

Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.

Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah "murah" kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah �mahal� kerana pendapatan kita rendah.

Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport. Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.

Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita. Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .

Selain itu mereka ada "pilihan". Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)

Tetapi akibat dasar "flip-flop" kerajaan kita � sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh - penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.

Rakyat rasa tertipu dan keliru. Pada 3 Jun Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad berkata harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos.

Susah kita hendak faham. Berita ini tersebar satu dunia. Jadi Shahrir cakap karut atau memang harga akan naik hanya pada bulan Ogos tapi entah macam mana bos dia naikkan harga lebih awal.

Jadi saya nak tanyalah sikit. Shahrir tidak hadir mesyuarat Kabinet kah? Tidak masuk akal kalau Kabinet tidak dibawa berunding mengenai keputusan menarik balik subsidi dan menaikkan harga minyak yang sangat berat kesannya kepada rakyat jelata.

Atau (atau) Shahrir cuba memberi amaran bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak sekali lagi Ogos ini?

Satu lagi tabiat buruk sesetengah pembesar kita adalah kecenderungan mereka membandingkan Malaysia dengan negara-nagara yang lebih miskin dan lebih mundur.

Kalau kita hendak banding negara kita dengan negara-negara miskin, tidak perlulah kita bersusah payah hendak menjadi negara maju. Kita jadi sajalah macam negara-negara miskin yang kucar-kacir dan rakyat jelatanya menderita.

Perdana Menteri bercakap mengenai kebajikan generasi akan datang. Apakah prospek mereka jikalau hari ini pun mereka tidak cukup makan, tidak cukup pakai dan tidak cukup persekolahan kerana kos sara hidup dan inflasi yang tidak terkawal?

Jadi itulah lebih kurang kefahaman saya setelah membuat sedikit kajian seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika berucap sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Sabtu lalu.

Kesimpulannya, harga minyak petrol (dan juga diesel) di negara kita kini adalah antara yang termahal di dunia berasaskan pariti kuasa membeli (purchasing power parity).

Ia semestinyalah akan memberi kesan yang luas terhadap kuasa membeli dan inflasi serta prestasi ekonomi keseluruhannya. - kadirjasin.blogspot.com

Ulasan : Perkara ini memang disedari. Sebab itu ia membangkitkan kemarahan rakyat bawahan!

Elaun PM, menteri dipotong 10%

Elaun keraian perdana menteri, timbalannya, menteri dan timbalan menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Mengumumkan langkah penjimatan sehingga RM2 bilion setahun, perdana menteri berkata kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah lain bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan susulan kenaikan harga minyak.

Ketika ini, elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalannya (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Menangani Inflasi, Abdullah berkata penjimatan RM2 bilion itu akan digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, lapor Bernama.

Langkah penjimatan itu termasuk:

bullet buttonmembekukan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri dan mengehadkannya kepada dalam negeri dan rantau Asean sahaja serta tidak melebihi seminggu.

bullet buttonmengurangkan perbelanjaan awam meliputi mengehadkan perjalanan menteri, timbalan menteri dan pegawai awam ke luar negara.

bullet buttonmelarang mengubahsuai pejabat serta menangguhkan sebarang pembelian aset termasuk penganjuran majlis dan upacara keraian.

bullet buttonmembekukan jawatan baru kecuali bagi jawatan kritikal dalam bidang pendidikan, kesihatan dan penguatkuasaan serta jawatan yang menambah kutipan hasil negara.

Abdullah berkata perjalanan ke luar negara hanya dibenarkan bagi tugas rasmi melibatkan persidangan dan mesyuarat antarabangsa yang penting atau mesyuarat di antara kerajaan.

Tambahnya, pegawai yang hadir hendaklah mereka yang terlibat secara langsung dan pegawai kementerian dan jabatan tidak melebihi tiga orang.

Seorang menteri layak membawa tiga pegawai kementerian semasa tugas rasmi ke luar negara, kata lagi, sementara timbalan menteri membawa dua pegawai sahaja.

Perdana menteri juga berkata kerja penyelenggaraan aset sedia ada hendaklah secara optimum supaya ia dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan perbelanjaan.

Tambahnya, pemberian cendera hati tidak digalakkan tetapi, jika perlu, dihadkan kepada buku, kraftangan tempatan atau produk makanan tempatan.

Ulasan : Kita akan lihat bagaimana pengamalannya nanti hasil dari keputusan ini. Bagi saya, wajar elaun Menteri dipotong lebih tinggi lagi demi kemaslahatan rakyat di bawah.

Judi: Sediakan panduan peraduan SMS


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disarankan mengeluarkan satu garis panduan berhubung peraduan dan pertandingan agar tidak mengandungi unsur-unsur perjudian.

"Satu garis panduan berhubung dengan peraduan dan pertandingan yang tidak dikategorikan sebagai perjudian perlu dikeluarkan oleh Jakim agar tidak terkeluar dari landasan syarak," kata Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Yusri Mohamad mengulas keputusan Jakim untuk memutuskan sama ada 'Peraduan 100 hari 100 Kereta' anjuran Celcom Mobile Sdn Bhd yang bermula 2 Jun lalu sama ada haram atau sebaliknya susulan mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Khamis lalu, mufti itu menasihatkan umat Islam supaya tidak menyertai peraduan itu kerana mengandungi unsur perjudian.

"Peraduan itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor," katanya.

"Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruahan, dan pertaruhan adalah satu perjudian."

Peraduan itu yang dijadual berakhir 9 September ini menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi setelah menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam satu kenyataannya hari ini, Abim berharap garis panduan yang dikeluarkan nanti dapat merungkai kekeliruan terutama sekali di kalangan orang Islam mengenai status peraduan tersebut.

"Abim memandang berat serta pernah menyatakan kebimbangannya terhadap kewujudan sebarang unsur perjudian di dalam peraduan ataupun pertandingan membabitkan penggunaan SMS," kata Yusri.

Selain itu, pertubuhan itu juga mencadangkan:

bullet buttonSebarang peraduan terutama membabitkan wang sama perlu dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan serta Jakim agar memenuhi ketetapan-ketetapan syarak,

bullet buttonJakim menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau sebarang peraduan yang melibatkan penggunaan wang bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur perjudian,

bullet buttonSyarikat swasta yang ingin mengadakan sebarang peraduan yang melibatkan penggunaan wang merujuk institusi agama seperti Jakim dan jabatan agama Islam di peringkat negeri.

Jumaat lalu, Celcom mempertahankan tindakannya menganjurkan peraduan tersebut dengan alasan ia tidak mempunyai unsur perjudian seperti yang didakwa oleh Dr Mohd Asri.

Ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi itu Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, kajian yang menyeluruh telah dibuat sebelum menganjurkan promosi itu.

"Jika wujud unsur-unsur perjudian atau apa juga yang haram dalam promosi Celcom, saya akan menjadi orang pertama yang akan menentang penganjuran promosi seperti itu," beliau dipetik sebagai berkata.

Ulasan : Cadangan ABIM dialu-alukan dan JAKIM perlu bertindak lebih proaktif dalam menangani isu seperti ini. Bagi Celcom, sekadar merujuk kepada panel peguam tidak memadai, kerana jelas peraduan 100 kereta, 100 hari mengandungi unsur perjudian yang sememangnya dilarang oleh Islam. Sila rujuk www.zaharuddin.net

Isnin, 9 Jun 2008

Inflasi: Pakar ekonomi bimbang


KUALA LUMPUR 8 Jun - Kadar inflasi di negara ini yang diunjurkan lima peratus bulan ini dan 4.2 peratus pada tahun ini, boleh melonjak tinggi jika kerajaan gagal memberikan tumpuan betul terhadap kenaikan harga makanan terutama barang kawalan.

Keadaan dilihat bakal memburuk sekiranya harga minyak meningkat lagi selepas menyaksikan kenaikan tertinggi dalam sehari sebanyak AS$10.75 kepada rekod baru AS$138 setong di New York pada Jumaat lalu, daripada paras rekod AS$135 setong sebelum ini selepas Israel menggugut untuk menyerang Iran sekiranya meneruskan program senjata nuklearnya.

Menurut pakar-pakar ekonomi tempatan, peningkatan kadar inflasi tidak dapat dielakkan kerana minyak yang dinaikkan harganya merupakan sumber asli terpenting dalam menggerakkan keseluruhan ekonomi Malaysia.

Kerajaan pada 4 Jun telah mengumumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen seliter dan diesel RM1 seliter dalam usahanya menstruktur semula pakej subsidi negara.

Mereka menambah, petrol dan diesel merupakan bahan api paling banyak digunakan untuk tujuan pengangkutan di Malaysia pada kadar 60 peratus.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani berkata, negara mempunyai rekod baik dalam mengekang kadar inflasi selama 30 tahun tetapi kali ini Malaysia pasti tidak dapat lari cengkaman inflasi.

''Ini kerana, kenaikan harga minyak kali ini agak tinggi dan sudah pasti mengakibatkan pelbagai kos bertambah terutama membabitkan sektor pengangkutan yang terlibat secara langsung dalam ekonomi negara.

''Dengan kenaikan yang diumumkan ini, Malaysia diunjurkan berdepan dengan kenaikan inflasi sebanyak empat peratus tahun ini,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Mohd. Fauzi menambah, kawalan terhadap harga makanan perlu diutamakan kerana kenaikannya yang seiring dengan kenaikan harga minyak berupaya untuk melonjakkan kadar inflasi, tambahnya.

Beliau menjelaskan rakyat di negara ini membelanjakan 36 peratus pendapatan untuk makanan dan kenaikan harga minyak mengakibatkan peruntukan perbelanjaan itu meningkat kepada 50 peratus.

''Ini bermakna kos sara hidup semakin tinggi dan cara untuk membantu meringankan kehidupan rakyat adalah memastikan semua 21 barangan kawalan dijual pada harga dibenarkan.

Beban''Dengan cara ini, biarpun berdepan dengan peningkatan kos-kos lain ia tidak melibatkan persaingan dengan kos makanan, sekali gus boleh mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat,'' jelas beliau.

Seorang lain pakar ekonomi tempatan, Datuk Zainal Aznam Yusoff berkata, kerajaan kini perlu bekerja lebih keras untuk memastikan pertumbuhan ekonomi berjalan lancar bagi mengurangkan kadar inflasi.

Beliau yang merupakan bekas penasihat ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM), berkata, rakyat kini bukan sahaja dibebani dengan kenaikan harga minyak yang bakal mengakibatkan peningkatan kos-kos lain tetapi juga kenaikan tarif elektrik.

Zainal Aznam berkata: ''Dalam keadaan sekarang, sekiranya ekonomi negara gagal diurus dengan berhati-hati, kadar inflasi boleh melonjak tinggi.''

''Sebenarnya, kenaikan inflasi yang diunjurkan oleh BNM sebanyak 4.2 peratus tahun ini, sudah cukup besar kerana 30 tahun lalu kadar itu berlegar antara satu hingga 2.5 peratus sahaja.

Bagaimanapun, seorang pakar ekonomi lain, Tan Sri Ramon Navartnam yakin bahawa peningkatan kadar inflasi boleh ditangani sekiranya harga makanan kawalan dipantau secara serius.

Katanya, kadar inflasi biasanya diukur berdasarkan sekumpulan barangan yang meliputi makanan yang mewakili peratusan terbesar sebanyak satu pertiga, pengangkutan, sewa kediaman, utiliti dan perkhidmatan.

''Sekiranya kawalan harga makanan dibuat secara betul, saya percaya inflasi boleh dikawal,'' tambah Ramon lagi.

Beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa unjuran peningkatan inflasi yang tinggi akan digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menaikkan harga barangan dan kos.

Ramon mencadangkan supaya kerajaan mengasingkan kaedah pengukuran kadar inflasi di bandar dan juga luar bandar supaya gambaran yang lebih tepat dan jelas diperoleh.

''Kaedah satu ukuran untuk bandar dan luar bandar yang diguna pakai sekarang adalah kurang tepat kerana kadar inflasi di bandar selalunya adalah lebih tinggi daripada luar bandar,'' jelas beliau lagi.

Potong Elaun Menteri tidak rasional-Shahir Samad

PULAU PINANG 8 Jun - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan cadangan untuk memotong elaun yang dinikmati oleh menteri adalah tidak rasional.

Sepatutnya, kata beliau, cadangan untuk menjimatkan wang kerajaan perlu difokuskan kepada aspek rasional dan bukan disebabkan oleh perasaan marah kepada menteri.

''Kalau potong elaun menteri-menteri, tidak sampai RM1 bilion pun. Kalau elaun menteri sampai berbilion, saya rasa ada kesan.

''Jangan buat sesuatu kerana kita marah. Kita fokus pada yang rasional. Kalau buat cadangan yang rasional pun, baru ada kesannya tapi bukan sebab rasa geram dengan menteri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Dewan Pemuda Pas supaya elaun yang dinikmati menteri dipotong sebagai salah satu langkah penjimatan wang kerajaan.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, berikutan peningkatan harga barang keperluan kini, langkah berjimat cermat sepatutnya tidak hanya diamalkan rakyat tetapi turut diikuti pemimpin kerajaan.

Aspek penjimatan wang kerajaan, kata Shahrir, telah dimulakan oleh menteri-menteri sebelum ini lagi malah beliau sendiri telah mengarahkan supaya perbelanjaan untuk acara-acara yang dianjurkan oleh kementeriannya dikurangkan.

''Sebelum ini pun, kalau majlis sendiri (kementeriannya) kita tidak perlu bagi cenderamata kepada menteri. Buat sederhana sahaja selain mengurangkan seminar dan perjalanan dalam usaha berjimat cermat," katanya.


Kakitangan awam dilarang kerja sambilan-Noraini

KUALA LUMPUR 8 Jun – Kementerian Sumber Manusia tidak bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk membolehkan kakitangan kumpulan sokongan bekerja sambilan selepas waktu pejabat.

Timbalan Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, kakitangan awam tidak boleh melakukan kerja sambilan kerana ia telah terikat dengan perjanjian dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dikhuatiri boleh mengganggu produktiviti mereka.

‘‘Jika kakitangan awam berterusan hendak melakukan kerja sambilan, mereka hendaklah berbincang dengan pihak JPA sendiri,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas penyampaian Anugerah Hari Ibu anjuran sebuah akhbar harian dan Secret Garden di Hotel Nikko di sini hari ini.

Semalam, CUEPACS mencadangkan kerajaan memberi kelonggaran kepada kira-kira 850,000 kakitangan awam kumpulan sokongan untuk bekerja sambilan selepas waktu pejabat.

Menurut kongres itu, kakitangan awam bagi kumpulan P1 T1 kini berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan tarif elektrik.

Noraini menjelaskan, seseorang kakitangan awam tidak boleh melakukan pekerjaan sambilan walaupun ia tidak mengganggu produktiviti mereka.

Malah, katanya, kerajaan juga telah menaikkan gaji kakitangan awam pada tahun lalu bagi tujuan mengurangkan beban yang mereka tanggung.

‘‘Kenaikan gaji itu diberi bagi membolehkan mereka mendapat pendapatan lebih tanpa perlu melakukan kerja sambilan,” ujarnya.


MTUC rancang piket

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menggerakkan piket jika tuntutan mereka untuk mendapatkan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) RM300 sebulan tidak mendapat layanan sewajarnya.

Timbalan Presidennya, Mohd. Khalid Atan berkata, tindakan itu dibuat kerana MTUC sudah tidak boleh menerima alasan-alasan yang diberikan oleh kerajaan berhubung isu tersebut.

Katanya, golongan pekerja kini hidup dalam keadaan tertekan berikutan peningkatan harga minyak sebanyak 40 peratus dan barang keperluan lain yang setakat ini dilihat mencecah 30 peratus.

"Bagaimanapun, kami akan beri peluang dahulu kepada kerajaan kerana MTUC merancang untuk bertemu dengan Kementerian Sumber Manusia bagi membincangkan isu COLA dalam bulan ini.

"Kami mahukan sesuatu yang positif kerana selama ini semua tuntutan kami tidak ditunaikan dan hanya diberikan gambaran yang samar-samar sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, hampir 50 peratus ahli dalam MTUC mendapat gaji di bawah garis kemiskinan kebangsaan dan kenaikan harga minyak baru-baru ini semakin membebankan mereka.

Sehubungan itu, katanya, tidak sukar untuk MTUC menarik kira-kira 800,000 golongan pekerja di negara ini untuk menyertai piket berkenaan.

Tambah Mohd. Khalid, pertemuan dengan Kementerian Sumber Manusia dirancang diadakan penghujung bulan ini dan jika tuntutan mereka gagal dipenuhi, Majlis Am MTUC akan bertemu bagi memutuskan langkah lanjut termasuk mengumumkan piket terbesar di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh mengatakan ia tidak mampu berbuat apa-apa kerana sebagai kerajaan, ia pasti ada kuasa dan kelebihan untuk menguatkuasakan COLA wajib dibayar oleh setiap majikan.

Jelasnya, permintaan MTUC itu bukan sekadar untuk pekerja swasta di negara ini sahaja tetapi juga untuk kebajikan anggota-anggota sektor awam yang turut bergabung dengan MTUC.

Ulasan : Di saat penganalisis ekonomi melahirkan kebimbangan kerana inflasi yang akan naik mendadak, Menteri KPDNHEP ternyata mengesahkan bahawa para Menteri tidak sanggup berkorban. Biarlah yang dipotong elaun itu tidak sampai 1 billion pun, janji potong ! Inikah yang dikatakan "Selamat, Aman dan Makmur"?-hanya rakyat yang disuruh berjimat, sedangkan yang di atas lena diulit kemewahan. Memang kena sangat apa yang ditulis oleh Mufti Perlis. Pada waktu yang sama, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia pula tidak membenarkan kakitangan awam khasnya kumpulan sokongan untuk bekerja sambilan. Kalau hampir 2/3 dari gaji bulanan dibelanjakan untuk petrol/diesel, apa lagi yang tinggal untuk simpanan? Dan buat MTUC, saya menyokong tindakan anda semua demi kebajikan pekerja dalam sektor swasta. Moga Allah membantu kita semua dalam keadaan yang serba gawat kini.



Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude